PKP dijangka lebih lama.

Bersedia sahaja, paling awal 6 minggu.. boleh sehingga 3 bulan - 6 bulan.

Bantuan-bantuan oleh goverment kepada rakyat ini menjadi antara signal awal, PKP akan lebih lama. Belum kira lagi bantuan bank dan moratarium.

Maka, kita perlu bersedia.

1. Perayaan- perayaan tahun 2021, bersedia untuk TIADA. Termasuk Thaipusam, Tahun Baru Cina dan Hari Raya Puasa.

2. Simpan sahaja dalam otak, perkara ini sampai Jun 2021 kemungkinan besar berlaku.

3. Bisnes berkaitan event, pelancongan, hotel, kedai2 dalam Mall, kena laju buat keputusan. Jangan tunggu dan lihat duit hangus demi mahu bertahan.

4. Gerak kerja digital, kena buat segera. Website, page, shopee dan apa sahaja yang boleh onlinekan bisnes.

5. Orang bisnes, ambil langkah defend (simpan duit) dan attack (buat duit) dengan kadar segera.

6. Belajar benda baru untuk bisnes dan terima perubahan demi untuk masa depan, bukan lagi masa tenggelam dalam perubahan.

7. Pasaran saham akan lebih meriah, duit akan banyak dalam pasaran kesan dari bantuan ini.

8. Rumah dan kereta akan lebih banyak dilelong, untuk mereka yang terjejas.

9. Untuk yang ada duit, bukan masa beli rumah undercon, pasaran rumah sewa jatuh. Nak beli, beli rumah yang sudah siap atau lelong.

10. Economy Cycle, setiap benda yang turun dan jatuh pasti ada benda dan perkara yang menaik dan terus mendaki. Pastikan kita berada di graf yang menarik dan mendaki kejayaan.

Sumber: Abdul Basit (Guru Pengurusan Bisnes)