Segelintir besar pengguna telefon pintar mengadu kuota internetnya habis dalam fempoh yang sangat singkat. Sedangkan baru sahaja beberapa hari melanggan pakej data. Terdapat juga aduan walaupun penggunaan internet yang tidak kerap tetapi cepat kehabisan kuota! 

Realitinya, wujud fungsi dan penetapan (setting) di dalam telefon pintar yang menyebabkan perkara seperti ini berlaku. Cuma pengguna sahaja yang tidak sedar. Apabila setting mode telefon pintar diset/auto set ke "auto download" menggunakan "mobile data" ini akan mengambil data anda tanpa sedar.

Berikut adalah beberapa tetapan untuk menjadikan telefon pintar pengguna anda "manual download".


Tetapan FACEBOOK (FB):

1. Buka FB

2. Pilih penjimatan data

3. Pilih aktifkan penjimatan data

atau

1. Buka FB

2. Pilih 'setting'

3. Pilih media dan kenalan

4. Pilih jangan mainkan video secara automatik


Tetapan WHATSAPP:

1. Buka aplikasi WhatsApp

2. Pilih "setting"

3. Pilih "data and storage usage"

4. Pilih "media auto-download"

5. Pilih "when using mobile data

6. Hilangkan semua tanda "tick" dalam kotak


Tetapan TELEGRAM:

1. Buka telegram klik bahagian atas sebelah kiri

2. Pilih 'setting'

3. Pilih "data and storage"

4. Hilangkan semua tanda "tick dalam kotak


Tetapan PLAY STORE:

1.Buka Play Store

2. Pilih "setting"

3. Pilih "auto-update apps"

4. Pilih "auto-update apps over wifi only"/"don't auto-update apps".


Tetapan YOUTUBE:

1. Pergi ke bahagian "setting"

2. Kemudian klik pada "general

3. Aktifkan fungsi "limit mobile data usage". Ini bermaksud hanya video yang berdefinisi biasa atau standard sahaja yang akan dimainkan apabila anda menggunakan pakej mobil internet telefon pintar pengguna. Format video HD hanya akan diaktitkan apabila pengguna membuka aplikasi YouTube melalui wifi

atau

4. Klik pada menu di bahagian atas kanan (3 titik bertindih) video yang ditonton. Seterusnya klik pada "Quality" dan pilih kualiti video yang inginkan seperti 144p,240p,360, atau 480p. Harus diingat bahawa semakin tinggi definisi video yang dipilih maka semakin banyaklah data internet yang bakal digunakan.

'SELAMAT MENCUBA!'