Assalamualaikum. Pada awal bulan Nov lepas, rakan blogger Syazni Rahim ada PM abam kie meminta nama penuh dan alamat surat-menyurat. Hmmm.... Abam Kie dah agak...Ni mesti dia nak bagi cenderahati sebab jadi salah seorang pengunjung tetap blog dia kan? Tanpa rasa syak apa2, Abe Kie emel la maklumat yg dipinta. Selepas seminggu menunggu tetiba mat despatch J n T datang hantar bungkusan ke rumah. Bila dibuka parcel tu terkejut sakan jugak la bila menemui sebuah novel karya sulung Syaz Eym bertajuk 'Terkaitnya Kita'. OMG! Ingatkan dapat hadiah biasa2 je spt penanda buku atau rantai kunci. Terima kasih Syaz. Tak sangka la dapat hadiah novel daripada penulis itu sendiri. Sebelum ni ada juga abam kie beli novel direct dgn penulisnya tapi yg tu kena bayar la. Postage pun bknnya free! Tapi kali ini lagi terharu sebab dapat novel daripada penulis itu sendiri. Terima kasih banyak-banyak Syaz!

Novel ni tak tebal pun. Dalam 138 ms aje, jadi x ambik masa la nak habiskannya. Cerita-cerita dalam novel ni rupa2nya berkait antara satu sama lain. Cerita pendek yang santai mengenai kejadiah di dalam kehidupan kita seharian. Antara isu yg menarik dalam novel ini ialah kasihnya seorang jaga sekolah rendah terhadap seekor ibu kucing dan dua ekor anaknya sehinggakan dia cuma mengambil 'paternity leave' selama 3 hari apabila isterinya bersalin anak sulung mereka. 

Kemudian kisah seorang ibu yang tak mengakui anaknya sendiri kerana amat marah kepada bekas suaminya yang kantoi 'projek' dengan skandalnya di dalam bilik tidur rumah mereka. Pelik tul si pompuan yg meroyan ni sampai sanggup membenci anak kandungnya sendiri. Sedari kecil anak lelaki ini dijaga oleh orang gajinya. Sedih tul. Huhuhu....

Akhir kata kepada rakan2 blogger yang belum memiliki novel karya Syazni Rahim ini boleh je menghubungi beliau secepat mungkin di SINI. Atau pun boleh beli di Shopee dengan harga cuma RM20! Sokonglah rakan blogger yang baru bergelar penulis ini, ye? Sekian. Terima kasih. 

17 Comments

  1. ramai yang dapat novel dr syaz nih... moga dengan keluarnya novel best ini syaz akan terus berkarya ...

    ReplyDelete
  2. Kisah si nani tu suspen kn? hihihi

    ReplyDelete
  3. Rasa seronok terima hadiah.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah rezeki dapat hadiah.. sy pun baru2 je tau yg kak syaz nie penulis novel.. semoga terus maju dlm berkarya..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih abam kie, semoga terhibur ya 🤗

    ReplyDelete
  6. jom join giveaway saya https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

    ReplyDelete
  7. Alhamduillah Abam Kie. rezeki tu.. hehe

    ReplyDelete
  8. wahh bestnya dapat novel!! >•<

    ReplyDelete
  9. best novel ni, plot twist dia best !

    ReplyDelete
  10. Tahniah Abam Kie. Karya Syaz tu memang best

    ReplyDelete
  11. penulis ada tanda tangan tak, klu ada mesti lg special jadinya buku tu..

    ReplyDelete
  12. Rezeki tu abam kie.. alhamdulillah.. moga syaz terus maju dalam berkarya

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.