Assalamualaikum. Abe Kie menggunakan perkhidmatan Njoi untuk menonton TV tempatan di rumah. Cuma masalahnya kualiti gambar siaran RTM dan Media Prima ialah dalam standard definition (SD) dan bukannya high definition (HD). Oleh itu, kepuasan menonton TV tidak terasa bila kualiti gambar sama seperti 20 tahun dahulu biarpun menggunakan smart TV 4K. 


Tambah menyakitkan hati apabila gambar kelihatan pecah-pecah seperti kristal. Alah, macam kita tengok VCD calar dan terlekat-lekat di skrin komputer seperti 10 tahun dahulu. Memang menyakitkan hati betul. Rupa-rupanya masalah gambar yang bertukar seperti kristal dan 'lagging' ini berpunca dari batang di piring ASTRO yang pecah dan diresapi air. Lama-lama kepala batang pada piring ASTRO tu akan kembang dan pecah. Jadi Abam Kie menghubungi seorang installer ASTRO di Tanah Merah untuk menukar batang di piring tu. Lepas diganti gambar terus jadi baik seperti sediakala. Lepas tu bila hujan lebat pun masih boleh tengok siaran ASTRO a.k.a Njoi! 


Tapi Abam Kie masih tak berpuas-hati kerana tak dapat kualiti gambar HD. Lalu abam kie google dan terjumpa laman web myklik.rtm.gov.my. Rupa-rupanya di sini boleh dapat gambar HD sehingga resolusi 1080p. Tapi itu bergantung kepada kelajuan internet di rumah la. Kalau guna fibre optic memang confirm la dapat gambar comel. Tapi di tempat abam kie belum dipasang dengan line fibre optic tu. Di dalam gambar di atas terpapar saluran yang boleh ditonton menerusi laman web ini. Jika nak download applikasi RTM Mobile di android box pun boleh juga. 


Manakala untuk siaran TV Media Prima pula boleh diakses menerusi www.tonton.com.my. Taip je URL ni dan kita boleh menonton menerusi handphone, tablet, PC, laptop dan smart TV. Kualiti gambar berdefinisi tinggi pun boleh dapat jika line intenet kuat. 


Satu lagi laman web untuk menonton siaran Media Prima ialah www.xtra.com.my. Selain daripada saluran TV3, NTV7, TV9 dan 8TV, kak drama boleh juga menonton saluran Drama Sangat. Saluran berita seperti CNA dan Al-Jazeera juga dapat ditonton. Best kan?


Akhir sekali jika nak menonton siaran TV tempatan dan luar negara secara percuma, kawan-kawan kena install applikasi 6TV Malaysia di handphone dan android box. Antara saluran TV yang boleh ditonton ialah TV Indonesia, TV Thailand, Nat Geo, HBO, Discovery, Fox Sports dan banyak lagi. Cuma saluran-saluran antarabangsa ini diambil dari negara2 seperti Vietnam, India, China, Arab yang tidak menyediakan sarikata dalam Bahasa Inggeris apatah lagi Bahasa Melayu. Jadi buat2 faham je la bila tengok tu. Jika kawan-kawan nak download apps 6TV, boleh je klik di SINI. Pas tu install di HP atau android box. Semoga berjaya dan boleh menikmati banyak saluran TV untuk ditonton, ya!


6TV Malaysia menawarkan banyak saluran percuma untuk tontonan anda. Tidak perlu lagi bayar mahal untuk menonton ASTRO! Cubalah! Anda pasti akan tertawan dan berpuashati. 




17 Comments

  1. Terima Kasih kongsi abam kie.. saya pun guna njoi..

    ReplyDelete
  2. Wah! Banyaknya channel bole tengok :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkonsian. saya mmg jarang tgk siaran tv tempatan. mostly akan layan astro, netflix atau youtube jer...

    ReplyDelete
  4. Alternatif untuk mereka yang tiada tv atau hendak siaran percuma.

    ReplyDelete
  5. sekarang ni dunia tanpa sempadan segalanya boleh kita acfess kan. rupanya tgk online baru dpt hd tu ye alahai

    ReplyDelete
  6. kalau kualiti gambar tak cantik. tak syok juga..hehe

    https://www.tiarasaphire.com/2020/12/drama-indonesia-assalamualaikum-calon.html

    ReplyDelete
  7. betul, tv quality tinggi patutnya punya quality gambar yang tinggi pula, minimal hd itu wajib

    ReplyDelete
  8. Betul la tu abam kie. Siaran tv media prima melalui Astro pun tak HD. Suara pun tak clear. Kalau dengar berita kena tekan butang volume sampai 50 baru dengar biji butir

    ReplyDelete
  9. menarik abg kie..boleh cuba nnt :)

    ReplyDelete
  10. Banyak pilihan ya untuk menonton siaran tv sekarang. Eza tengok tv tengok berita jeee. Hihi.

    ReplyDelete
  11. Macam Cik TK, pakai decoder mytv. Terus dapat siaran tv1, tv2, tv3, ntv7, 8tv, tv9, drama sangat, awesome tv, alhijrah dan segala shop2 tu. Tapi, jarang juga tengok tv sebenarnya.

    ReplyDelete
  12. waalaikumussalam. alhamdulillah memang puas hati guna

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.