Assalamualaikum. Anak bongsu Abam Kie, Nur Imtinan 'Afiiyah kini sudah berusia 5 tahun pada 1 Dis 2020 lepas. Seminggu sebelum hari kejadian dia hampir setiap hari bertanyakan bilakah tarikh sambutan hari lahirnya. Macam tak sabar betul. Biasalah kan budak kecik? Lalu Abam Kie tanya dia nak makan apa pada hari sambutan hari lahirnya? Dia terus jawab, "Afiiyah nak makan pizza!"

Maka pada hari Selasa lepas Abam Kie memesan pizza dan hidangan tambahan dari Pizza Hut Tanah Merah. Dalam jam 2.45 petang delivery boy menghantar pesanan tersebut. Tidak lama kemudian ummi balik membawa sebiji kek dari Kuala Krai. Terus Afiiyah nak bergambar depan kek tu. Biar pun baru sampai dari pejabat, ummi masih lagi sempat nak menggoreng mihun biar pun Abam Kie dah bagitahu cukup aje makan pizza dua keping tu untuk kami sekeluarga. 


Abam Kie pun turut ambil gambar di depan kek besar ni. Maklum la masa kecil dulu mana merasa sambutan hari lahir bagai. Sedar2 dah tua baru nak beli kek. Begitulah trend sekarang bila anak2 sambut hari lahir pasti Abam Kie sekeluarga buat makan2 sikit untuk menghiburkan hati kami. Tahun ni buat sambutan di rumah sahaja gara-gara PKPB. In Shaa Allah, bila keadaan kembali reda kami akan sambut di luar pula. Sekian. Terima kasih. 


25 Comments

  1. Selamat hari lahir, Nur Imtinan Afiiyah, semoga kamu menjadi anak solehah yg membahagiakan ibu ayah.. Aminnn.

    Anak sy masa umo 5 tahun dia masih belum tahu bila tarikh hari jadinya akan tiba, hihi.

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir Dik, semoga menjadi anak yang solehah kepada ibubapa. sedap kek tu... hehehe

    ReplyDelete
  3. hepi besday puteri solehah sedapnya kek

    ReplyDelete
  4. Happy birthday afiiyah , semoga menjadi anak yg solehah di dunia dan akhirat ..Amiin

    ReplyDelete
  5. sedap nampok kek tu..hepi bestday afiiyah..:)

    ReplyDelete
  6. Nur Imtinan 'Afiiyah, Sanah helwah ya. Semoga NIA terus membesar menjadi anak yang solehah ya. Sihat sentiasa. Menyenangkan keluarga dan insan-insan disekeliling juga.

    ReplyDelete
  7. alaa comelnye dia...dah pandai igt tarikh bulan lahir sendiri yea....sedap snow cheese cake....

    ReplyDelete
  8. alahai excited die..moga menajdi anak yg solehah..

    ReplyDelete
  9. Happy birthday afiiyah , semoga menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat ..Amiin

    ReplyDelete
  10. Ala comelnya dia. Love to see her happy face. Sannah helwah honey!! <3

    ReplyDelete
  11. Happy birthday Afiiyah yang comel, moga jadi ank soleha dan rajin belajar yea...

    ReplyDelete
  12. Selamat hari lahir Afiiyah..semoga jadi anak solehah titian ayah ibu ke syurga.

    ReplyDelete
  13. Happy birthday afiiyah..semoga menjadi anak yang solehah dan menjadi kebanggaan mak ayah yer

    ReplyDelete
  14. Happy birthday Afiiyah. Semoga membesar jadi anak solehah ye..

    ReplyDelete
  15. Happy birthday Afiiyah.. Semoga berjaya dunia dan akhirat..

    ReplyDelete
  16. Happy birthday Afiyah. Semoga sukses dan jadi anak baik.

    ReplyDelete
  17. Happy belated birthday, moga segala impian menjadi kenyataan Afiiyah :)

    ReplyDelete
  18. happy birthday affiyah... pakcik doakan semoga adik menjadi anak yg berguna dan berbakti kepada kedua ibu bapa..

    ReplyDelete
  19. Sanah helwah Nur Imtinan 'Afiiyah. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah yang berjaya di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  20. Happy belated birthday.
    Dapat kek keju leleh. Untung budak-budak sekarang. Apapun rezeki mereka. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  21. semoga membesar sihat ceria solehah insyallah.. happy belated birthday =)

    ReplyDelete
  22. happy birthday dear! sebiji muka abamkie

    ReplyDelete
  23. Selamat hari lahir Afiiyah..semoga jadi anak solehah titian ayah ibu ke syurga.

    ReplyDelete
  24. Wah bagusnya.. kecil2 dah ingat tarikh birthday!! Selamat Hari Jadi ye Afiiyah. Semoga membesar menjadi anak solehah ya

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.