Passiflora feotida atau nama tempatannya pokok letup-letup berasal daripada keluarga yang sama dengan buah markisa iaitu Passifloraceae. Oleh sebab itu, letup-letup juga dikenali dengan nama lainanya iaitu buah markisa belukar. Namun ada segelintir yang mengenali tanaman ini sebagai buah ulat bulu disebab oleh fizikalnya yang dilindungi oleh kelongsong seperti ulat bulu. Sebenarnya, letup-letup punya banyak khasiat. Ia telah di amal sejak dahulu kala lagi. Kini ia bagaikan susah tidak wujud lagi. Sebab itulah tanaman ini dikategorikan sebagai buah eksotik. 

Antara khasiat dan kegunaan letup-letup adalah seperti berikut: 

1. Merawat masalah jantung tersumbat - Ambil 40 helai daun letup-letup dan bersihkan. Kisar daun tersebut menjadi jus dan diminum tanpa sebarang campuran - Campurkan jus dari daun letup-letup muda bersama susu - Ambil pucuk mudanya sebagai ulam 

2. Merawat asma. Ambil beberapa keping daun letup-letup dan sapukan sedikit kapur. Ramas daun tadi perlahan- lahan sehingga menghasil kan jus berwarna hijau keputihan. Ambil jus tersebut dan sapukan pada dada setiap hari sebelum tidur. 

3. Ubat kurap. Ambil beberapa helai daun dan lumatkan. Tepekkan daun yang telah lumat tadi pada bahagian yang terkena kurap dan balutkan dengan kain kasa. 

4. Menurunkan suhu badan. Amalkan makan buahnya yang telah masak atau dibuat jus. Sesuai juga untuk mengubati demam.

5. Merawat bisul. Ambil beberapa helai pucuknya dan lumatkan bersama 4 bijl beras. Tampalkan daun yang telah betul-betul lumat tadi pada permukaan bisul setiap hari sehingga ia pulih. 

6. Elak demam kuning. Masyarakat Cina percaya bahawa daun letup-letup mampu merawat demam kuning. Caranya adalah dengan menjemur beberapa helai daun sehingga kering dan jadikannya sebagai mandian untuk bayi yang baru lahir 

7. Merawat kencing manis. Ambil beberapa helai daun dan akarnya. Bersihkan dan direbus. Airnya di minum ketika masih hangat 3 kali sehari.   

8. Menurunkan kadar kolesterol. Makan daun letup-letup 3 kali sehari. Setiap kali makan, anda perlukan 2 helai 

9. Tambah darah. Amalkan minum air rebusan akar letup-letup setiap hari sebelum tidur. 

10. Mengecutkan jerawat. Ambil beberapa helai daun letup-letup dan lumatkan. Sapu daun yang telah lumat tadi pada permukaan jerawat.

Semoga kawan2 mendapat manfaat hasil perkongsian Abam Kie pada hari Jumaat yang mulia ini. Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.


17 Comments

  1. Replies
    1. itu lah, masa kecik tahu buat main saja pokok ni...

      Delete
  2. kat kampung saya di panggil pokok chimplukan (bahasa jawa johor)
    masa kecil ini lah jajannya, dok la berebut cari yang masak selalunya dengan adik dan sepupu, sapa dapat selamatla dpt yang masak, kalau lambat tengok tinggal yang hijau je

    ReplyDelete
  3. dulu bersepah2 pokoknya, skrg susah dah nak jumpe

    ReplyDelete
  4. Banyak khasiatnya ya. Tahu sedap makan buahnya je selama ni.

    ReplyDelete
  5. masa kecik2 dlu suka main pokok letup ni.. tapi rasa dia tu aduyaii nda sedap!

    ReplyDelete
  6. ok ni time kecik2 suka main, now belajar khasiat dia dah...

    ReplyDelete
  7. kitorang suka makan buah letup2 tu ... hehe.

    ReplyDelete
  8. Wahhh...banyak juga khasiatnya ye.. Tq for sharing

    ReplyDelete
  9. BUAH LETUP KELAMBU NI SEDAP JUGA RASANYA

    ReplyDelete
  10. Oh jarang jumpa ni.. banyak juga khasiatnya...

    ReplyDelete
  11. Di kebun saya ada banyak sedang berbuah. Boleh jual ka tuan?

    ReplyDelete
  12. lama tak jumpa pokok ni, abam.
    sgt lama!
    ni antara dlm memori kanak2 saya.

    ReplyDelete
  13. byknya khasiat dia. teringat dulu masa kecil selalu cari buah letup2 yg selalu tumbuh kat pagar2 rumah

    ReplyDelete
  14. oh tak pernah dok makan la pulak sebelum ni

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.