Setelah trauma dengan pengalaman ditipu oleh penjual barang elektrik dari Kota Tinggi, Johor yang menipu Abam Kie semasa membeli chest freezer tempohari, Abam Kie bangkit kembali daripada pengalaman disabotaj penjual di Lazada tersebut. Pada bulan Julai lalu, mesin basuh semi-auto jenama Pensonic rosak. Mesin tu dah berusia 5 thn. Lalu abam kie survey la di Shopee kot2 ada yg berkenan. 


Cari punya cari akhirnya terjumpa satu mesin basuh jenama Midea pada harga RM310.20 termasuk shipping. Kapasiti cuma 6 Kg. Tapi rasa OK la untuk mesin basuh kedua. Kos penghantaran cuma RM21 je oleh J n T. Sebelum ni abam kie x berapa yakin dengan jenama China. Tapi pada hari tu abam kie berubah fikiran. Beli je la masa offer ni. Bila abe kie survey di kedai elektrik berhampiran harga model ni RM390 sebelum tawar-menawar. 

Alhamdulillah. Setelah 3 hari menunggu, akhirnya lori J n T hantar mesin basuh ni. Terus abam kie dan anak 'install' benda ni di dapur basah. Terus cuba. Alhamdulillah. Mesin basuh ini berfungsi dengan baik.


Manakala mesin basuh lama ni Abe Kie iklankan di mudah.my. Tak lama kemudian ada seorang pembuat kek dari Kuala Krai nak beli. Dia sendiri datang ambil mesin tu di rumah abe. Abe Kie tolak harga RM70 aje sebab bahagian pengering tu jammed. Tapi kalau dibaiki OK lagi. Cuma Abam Kie malas nak angkut hantar kedai. 

Begitulah kisah abam kie membeli mesin basuh di Shopee. Jika tak yakin, jangan beli barang elektrik yang berat di atas talian, ye? 

17 Comments

  1. Midea sekarang ni pun dah femes , harga pun affordable. Scarynya kena tipu beli barang on line kan abam.

    ReplyDelete
  2. Betul abang Kie. Kalau Naim refer di kedai elektrik sekitar di rumah Naim ja. hehee

    ReplyDelete
  3. beli barang di shoppee je senang abam kie.. sb mudah ..servey2 mmg harga online murah lagi.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.Selamat berkhidmat mesin basuh baru.

    ReplyDelete
  5. saya tak pernah lagi beli barangan elektrik secara online

    ReplyDelete
  6. Dana sejak pernah terkena sekali dengan lazada memang tak pernah beli situ, apa2 kat shopee je... senang, bila pakai jnt memang cepat... murah mesin nya kira oklah tu 6kg cuma 300 lebih

    ReplyDelete
  7. wahhh murah ea harga mesin basuh tu. Nak belikan untuk mak jugak nanti hehe

    ReplyDelete
  8. time promotion la seronok beli!

    ReplyDelete
  9. Saya selalu juga beli barang elektronik di shopee lagi mesra pengguna, tapi lazada masih belum berani lagi..

    ReplyDelete
  10. ammi selalu kalau nak beli benda yg agak mahal..sebelum buat bayaran tu ammi doa je banyak2 semoga semuanya dipermudahkan. supaya penjual tu tak sampai hati nak menipu. bukan senang wo nak cari walau RM10 pun

    ReplyDelete
  11. bagus juga abam dpt jual mesin basuh lama.. harga murah sgt bolehlah owner baru tu repair

    ReplyDelete
  12. Saya cuma beli brg dr Shopee ja, sbb dah bbrp kali ada masalah bila beli dr Lazada. Tapi tak pernah beli benda yg lebih 20kg. Ni kira murah jg,

    ReplyDelete
  13. brg2 cmni kalau nak beli online mmg amik msa yg lama dan perlu selidik btl2 seller dia. kalau x nti sia2 je

    ReplyDelete
  14. Saya rajin juga beli online. Setakat ini ok juga beli dr shopee.

    ReplyDelete
  15. electrical items besar2, saya prefer beli kat kedai. so far hanya beli item yg kekecik aje. yg tak la mahal sgt.
    alhamdulillah elok sampainya ye.

    ReplyDelete
  16. Barang elektrik yang CIk TK pernah beli online cuma blender. Nasib tahan sampai sekarang. 2 tahun dah pakai

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.