Dengar di Radio IKIM... Ustaz Pahrol Mat Juoi kupas tentang LALAI. Mula² Ustaz kongsi tanda² LALAI.

Tanda-tanda LALAI antaranya:

1. Kurang membaca Al Quran

2. Kurang berzikir

3. Lalai dalam solat, kurang ingat kepada Allah:
  - Tidak fokus,
  - Sering terlupa bilangan rakaat,
  - Melewatkan solat,
  - Kurang solat jemaah.

4. Banyak membuang masa utk hiburan, sukan dan di meja makan serta menonton tv.

5. Kurang @ malas berdoa.  Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.

6. Sentiasa sibuk dgn urusan dunia; mudah stress.

7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.

8. Tak berhati² dgn perkara yg syubhah dan haram.

9. Tangguh utk bertaubat.

10. Malu utk belajar agama.

11.  Bangun fikir nak makan apa & apa aku nak buat hari ini.

Ada juga Ustaz sebut:
Jarak antara hati kita dgn ketenangan, ibarat jarak' kita dgn Al-Quran._

Pesan Ustaz:
Beli Al Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dgn Al Quran tu, kita nak bersahabat dgn dia. (nak baca)

Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat LALAI:

1. Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca Quran.
2. 'Bunuh' kebaikan yg kita buat, kita tak nampak berbuat baik itu suatu yg utama.
3.  Hilang fokus dlm hidup.
4.  Mudah lesu dan buntu, sentiasa rasa esok masih ada dan suka tangguh beribadah dan kerja soleh.

Sebab-Sebab LALAI:

1. Mengulang² dosa kecil sampai jadi kelaziman.
2. Berkawan dgn org² yg lalai.
3. Berada dlm persekitaran 'rosak'. (Cth: pergaulan bebas dgn bukan muhrim, dedah aurat dan buat maksiat), berada di situ bukan utk tujuan berdakwah.
4. Tidak berzikir.
5. Terjerat dlm perancangan² licik musuh Islam. (Cth: berlebihan dlm mendengar lagu dan menonton filem yang melalaikan.

Cara² mengatasi LALAI:

1. Cari sahabat yg baik dan soleh.
2. Hadiri majlis ilmu.
3. Bangun malam utk solat tahajjud.
4. Banyakkan zikir dan solat taubat.
5. Rajin baca Al-Quran.
6. Bersangka baik kpd org lain. 
7. Pemaaf.
8. Ingat mati.
9. Kurangkan makan.
10. Amalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
11. Bersabar, bersyukur dan bertawakkal.

Silakan kongsi post ini dengan rakan-rakan anda. Terima kasih.

17 Comments

  1. terima kasih atas ingatan abam kie

    ReplyDelete
  2. Insaf.Sangat terkesan dihati.Moga setiap langkah mahu perbaiki diri dan berubah Allah permudah.Aamiin.

    ReplyDelete
  3. terima kasih kerana berkongsi...tiba2 terus nak berzikir...

    ReplyDelete
  4. terima kasih untuk perkongsian dan ingatan cikgu

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas peringatan :)

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas peringatan.. Saya pun banyak juga terlalai nih. Astagfirullahhalazim.. Doakan saya tak hanyut dan lalai lebih jauh.

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas perkongsian..kekadang kita lalai

    ReplyDelete
  8. semoga kita tidak menjadi orang yang lalai

    ReplyDelete
  9. Terima kasih Abam Kie.

    Semoga kita semua tidak lalai dan alpa dengan duniawi semata-mata

    ReplyDelete
  10. Semoga kita munasabah dan tidak tergolong dalam golongan orang yang lalai. Thank you for this info ✨

    ReplyDelete
  11. terima kasih abam kie untuk ingatan ini..

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.