Daddy memang tak berpuashati dengan perkhidmatan Poslaju ni. Sejak dipisahkan dari Pos Malaysia dan bergerak secara bersendirian makin menjadi-jadi pula kemalasan para posmennya.

Pada hari Rabu yang lalu, Daddy menunggu posmen Poslaju untuk datang menyerahkan bungkusan dari kawan di Pulau Pinang. Dua hari sebelum itu kawan berkenaan sudah memaklumkan kepada Daddy bahawa dia sudah mengepos item berkenaan. Tunggu punya tunggu posmen Poslaju ni tak juga datang-datang. Lalu Daddy pun keluar membeli makanan pada jam 2 petang.

Sebaik sahaja Daddy pulang ke rumah, anak sulung berumur 10 tahun memberitahu yang tadi posmen Poslaju ada datang nak serahkan bungkusan tetapi bila dia tahu Daddy tiada di rumah maka dia meninggalkan kad menyuruh Daddy mengambil bungkusan itu di pejabat pos. Hangin satu badan Daddy dibuatnya dengan mamat Poslaju ni! Kan org dah bayar untuk awak menyerahkan item tu kepada saya maka serahlah 'by hand'. Ini satu kesulitan pula untuk Daddy pergi ke pejabat pos dan memungut item berkenaan. Adakah sukar untuk menelefon pelanggan dan bertanyakan bila Daddy free dan ada di rumah? Patutlah kos pengiriman Poslaju murah!

Sepatutnya Poslaju mencontohi syarikat perkhidmatan penghantaran cepat yang lain seperti Nationwide, Skynet dan lain-lain. Syarikat ini akan menelefon penerima dahulu sebelum menyerahkan bungkusan. Penghantar cepat mereka akan cuba mencari lokasi rumah penerima berdasarkan tunjuk-arah yang diberikan. Ini baru professional!

Tapi Poslaju ni nak ambik jalan mudah. Bila sampai rumah tak ada orang terus je tinggalkan kad suruh kita datang ambik barang di pejabat pos. Banyak cantik! Wahai pihak pengurusan Poslaju, sila bekalkan elaun topup kepada posmen anda untuk buat temujanji penghantaran dengan penerima item pada masa depan, okay?

Akhir sekali Daddy harap adalah posmen yang akan baca entri ini. Kalau tak ada pun Daddy akan bagi link ke blog ini kepada pihak perkhidmatan pelanggan Poslaju. Sekian. Terima kasih.


14 Comments

  1. ni setuju.! mmg diorg ni mcm tak bertanggung jawab... hari tu aunty atie hantar parcel dari aussie, then kami tggu lama..tak sampai.. padahal ada jer dekat rumah..then tup2 parcel tu dah dikembalikan ke aussie! Pegi check postbox.. ada card dlm tu.. terang2 ada number telephone.. kenapa diorg tak call?sigh!!

    ReplyDelete
  2. Ada yang ok ada yang sebaliknya Cikgu.Sebab pengalaman PC sendiri,ada yang poslaju perkerjanya sabar dan prihatin dan ada yang sebaliknya.

    ReplyDelete
  3. dah lama rasanya depa buat mcm tu, tnggalkan kad kalau penerima take di rmh....cdgn yg baik bagi elaun hp.. 👍

    ReplyDelete
  4. kalau beli barang di shopee saya prefer penghantara J&T atau Dhl, kalau poslaju memang lama lah menunggu.... kan ada anak di rumah kenapa tak boleh tinggal pada anak... kalau j&t apa-apa dia akan call, saya selalu akan minta dia masukkan barang pos dalam grill rumah je... mudah kerja mereka dan kerja kita

    tapi kadang ikut tempat dan orang yang buat jugak... ada yang ok ada yang tak ok

    ReplyDelete
  5. saya selalu jer delivery tinggalkan barang depan umah, tp rasanya bukan pos laju. tengok2 dah ade barang depan umah

    ReplyDelete
  6. Poslaju mmg lambat smp barang lah, dah kena org pos barang hari isnin, hari jumaat baru sampai. Pernah juga kena peegi ambil barang kt pwjabat pos.

    ReplyDelete
  7. saya ada pengalaman buruk dan baik dengan pos laju ni...uhuks

    ReplyDelete
  8. Kat area saya ni poslaju dia bagus, dia akan call kita. mintak izin boleh ke nak masuk dalam peti surat, etc..

    ReplyDelete
  9. Setuju! Selalu sangat kalau takde rumah je..alih-alih dapat kad dari poslaju suruh pergi ambil barang. Time duduk diam kat rumah taknak pulak dia datang. Adeh!

    ReplyDelete
  10. Sebelum ni punya pengalaman dengan pos laju setakat ni okay la. Ada je yang call kata dah ada depan rumah.

    ReplyDelete
  11. Pernah terjadi kepada GV. Dekat dua kali juga, Last last GV terus je pergi ke tempat pos laju ambil barang. huhu.

    ReplyDelete
  12. baru semlm ada kes dgn poslaju. datang hntr tengahri buta,time anak2 tdo...pastu dok hon2 byk kali..bising sgt..

    ReplyDelete
  13. mungkin sikap individu....rietta pernah kena sekali...tpi boleh req second attempt...xsure dgn kes abam kie ni....

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.