Kerana Dia Lelaki
wanita adalah senjata ampuhnya
peruntuh tembok nafsunya

Kerana Dia Lelaki
Kelunakan suara wanita luar biasa
mampu menggoncang imannya

Kerana Dia Lelaki
Gerak geri wanita yang manja
Racun berbisa untuknya

Kerana Dia Lelaki
Santun budi wanita perhatian utama
namun batasnya perlu ada

Dan..

Kerana Dia Lelaki
egonya tinggi,
fahamilah,
ada saatnya perlu demi kehormatan dirinya,
ada saatnya tersalah tempatnya tapi ingatlah,
dia juga manusia.

Kerana Dia Lelaki
akal logiknya mengawal perasaan,
fahamilah,
sifatnya perlu untuk memimpin,
maka ada saatnya,
emosinya sukar ditafsir wanita.

Kerana Dia Lelaki
masalahnya sering terpendam,
tiada diluahkan,
fahamilah,
dia mahu menyelesaikan sendiri,
berikan ruang dan masa untuknya,
setelah beberapa ketika,
bantulah dia.

Kerana Dia Lelaki
dia seorang manusia,
maka fahamilah,
bukan mudah mencari insan kamil,
seperti Rasul tercinta,
setidak-tidaknya dia mengikut jejak Rasulnya,
sekurang-kurangnya dia telah berusaha.

13 Comments

  1. apa motif gambar dengan sajak abam ni??
    tapi apsal sexy nau org ni...nak tunjuk kesasaan dada la tu hahahha

    ReplyDelete
  2. Terbaik 👍...lelaki begitulah..

    Photo tu..panas jual durian...hehe..

    ReplyDelete
  3. kalau ada penjual durian gaya gini, laju2 nak beli mahal pun takpe hahahha... kerana dia lelaki sado

    ReplyDelete
  4. Kerana dia lelaki, egonya mmg tinggi...setuju sangat ni abam kie..
    Btw..seksila abam sado yg tengah kopek doyan tu..😉

    ReplyDelete
  5. Sometimes, i just dont understand man :(

    ReplyDelete
  6. Ada orang kata lelaki tak boleh tengok perempuan menangis.Terus lembut hati..Tapi sebenarnya kan, orang perempuan pun tak boleh tengok lelaki menangis, bukan takat hati je cair habis otak, jantung, buah pinggang semua boleh cair..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lelaki yang memangis tu hensem, maka meletuplah ovari mereka.

      Delete
  7. Seperti lagu Anuar Zain - Lelaki ini. hihi. nice puisi Mr Abam Kie. :)

    ReplyDelete
  8. Kamu Adam ni ada yang simpan dan pendam..sampai masa bongkar dan kongsi.

    ReplyDelete
  9. Perempuan selalu nak lelaki fahami mereka, tetapi mereka sendiri enggan untuk memahami lelaki... maka hadam lah sajak ni

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.