Salam. Ayah Kie menerima artikel ini di whatsappp. Sangat menarik untuk dikongsi dengan rakan-rakan sekalian. Semoga kita mendapat pengajaran darinya. In Syaa Allah.
        
Mendengar isteri membebel di rumah, bererti aku masih punya keluarga.

Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bererti aku masih punya suami.

Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti aku masih punya mak ayah.

Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, itu bererti aku mampu bekerja keras.

Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti aku punya teman.

Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku makan cukup.

Mencuci dan menggosok tompokan baju, itu bererti aku memiliki pakaian.

Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti aku memiliki tempat tinggal.

Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti aku dipercayai dapat melakukannya.

Mendapatkan banyak aduan dari customer kita menandakan bahawa customer kita masih ada, masih setia dan menginginkan kita menuju perubahan ke arah lebih baik.

Mendengar bunyi exzos dan hon itu bererti aku boleh mendengar.

Mendengar bunyi Azan Subuh dipagi hari, itu bererti aku masih hidup.

Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari.

Aku juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar aku masih memiliki teman yang peduli padaku.

Seseorang yang peduli tentang aku telah mengirimkannya kepadaku.

Dan kerana aku peduli tentangmu maka aku mengirimkannya juga kepadamu.

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meski tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun.

Semoga yang membaca pesan ini selalu diberkahi dengan kesihatan, kebahagiaan dan kedamaian. Amiin

12 Comments

  1. dalam rumah tangga memang kena tolong menolong kan.. baru berkat and bahagia

    ReplyDelete
  2. sederhana pun tetap bahagia juga kan hehe
    happy weekend to u n family^^

    ReplyDelete
  3. Saya sangat bersyukur dengan kehidupan saya sekarang..ada keluarga, ada kawan2 (tak ramai tapi ada), buat blog pun orang baca, masak apa pun orang suka makan, ada rumah untuk berteduh walaupun tak besar tapi selesa, ada kenderaan nak kemana2 walaupun tak de lesen..hahahah

    ReplyDelete
  4. Besyukur semoga ALLAH limpahkan rahmat dan rezeki yg berkat.. Terima kasih Abe Kie atas perkongsian ^^

    ReplyDelete
  5. Sederhana adalah kunci kejayaan dan kebahagiaan. Nice info Mr Abam Kie. :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah atas nikmat yang Allah berikan..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, syukur selalu <3

    ReplyDelete
  8. Bersyukur la dengan semua nikmat yang telah Allah berikan...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, tq for this post :D

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.