Cantik susunan bahasanya...

Kita diberi rezeki bangun berqiyamulail, maka bersyukurlah, tapi jangan dipandang rendah orang yang tidur, kerana dia mungkin tidur dengan air mata taubat dan penyesalan.

Kita diberi rezeki gagah berpuasa sunat, maka bersyukurlah, tapi jangan pandang rendah insan yang belum mampu istiqomah berpuasa sunat, siapa tahu pahala sedekah secara sembunyinya diangkat ke langit.

Kita diberi rezeki mampu khatam Al-Quran sebulan sekali, maka bersyukurlah, namun jangan diejek- ejek, disindir insan yang masih merangkak- rangkak dengan muqaddamnya. Siapa tahu Allah lebih mencintainya yang istiqomah belajar mengaji dengan segala kepayahannya.

Kita diberi rezeki dengan harta dunia dan mampu bersedekah jariah, maka bersyukurlah, namun jangan dihina si miskin yang tidak mampu memberi kerana kekurangannya. Mana tahu mulutnya tidak berhenti berzikir menjadi pahala sedekahnya.

Kita direzekikan lahir dari keluarga yang alim. Kecil- kecil sudah mantap imannya, sudah sempurna menutup auratnya, sudah sempurna solat, bacaan Al-Quran dan hadisnya. Maka bersyukurlah, tetapi jangan dihina anak- anak yang lahir dalam keluarga yang porak- peranda. Kita tidak tahu pahala yang diberi Allah atas payah jerihnya mereka mencari agama.

Bersyukurlah andai kita diberi rezeki beramal ibadah, namun ibadah itu hancur sama sekali saat kita berasa aman dengannya dan meremehkan orang lain.

Ingatlah sejarah Iblis Laknatullah yang hebat ibadahnya namun terhumban keluar kerana satu titik......
*SOMBONG*

13 Comments

  1. inshaallah
    sedapnya tgk gmbr kek

    ReplyDelete
  2. syukran diatas peringatan...betul, jgn berasa I'm holier than you...

    ReplyDelete
  3. Sangat betul Abam Kie. Jiwa kita kena sentiasa menunduk bukan meninggi. Kalo meninggi akan terasa riak dan sombong

    ReplyDelete
  4. Jsngan anggap diri kita alim. Ada orang lebih baik daripada kita.

    ReplyDelete
  5. semoga kita sentiasa ada sifat merendah diri. sifat yg disukai allah

    ReplyDelete
  6. Sombong ibarat api marak yang sekelip mata meranapkan sebesar dan seindah-indahnya sebuah rumah.

    ReplyDelete
  7. Tepat sekali. Kadang-kadang ada yang alpa.

    ReplyDelete
  8. senang cerita kan.. kita buat saja apa yang kita nak buat janan perlekeh orang lain sebab kita tak tahu belakang kita hubungan dia dengan Tuhan macam mana. yang banyak amalan belum tentu semua Allah terima dan jangan sesekali tinggi diri..

    ReplyDelete
  9. What a beautiful words. 😊 My abah pernah cakap, jangan pernah rasa diri ni lebih baik dari orang lain sebab boleh jadi dia lagi baik dari kita dekat mata Allah. Just do what good and husnuzon. <3

    ReplyDelete
  10. jernihkan hati dan sentiasa bersangka baik, masya allah peringatan yang sangat baik

    ReplyDelete
  11. Sentiasa bersangka baik dan merendah diri...

    ReplyDelete
  12. biasakan yang baik baik kan abam, insya allah hati sentiasa baik. amiin.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.