covid

*Yang Kita Nampak*

Pergerakan terbatas
Tidak boleh lagi ke sana kemari.
Duduk dirumah setiap hari.
Tiada bekerja hanya kutip gaji.
Yang berniaga terputus pendapatan.
Gelandangan makin gundah gulana.
Anak- anak semua dirumah.
Tidak dapat lagi pergi bercuti apatah lagi membeli itu ini

*Yang Kita TIDAK Nampak*

Allah beri kita luang masa bersama keluarga.
Jika dulu susah bersua muka walau serumah.
Yang bekerja Allah beri rehat untuk tumpu ibadah.
Jika dulu selalu kata asik tak sempat.
Yang niaga Allah sedang menguji keimanan untuk dinaikkan lagi darjat.
Yang gelandangan Allah mahu dia tahu dia masih disayangi
Disediakan tempat sempurna terurus segalanya.
Allah tunjukkan mereka masih ada harapan.
Menguji si kaya adakah sudi bersedekah.
Anak2 sentiasa didepan mata bergurau bercerita.
Yang pemboros sudah dapat berjimat.

*PKP Ramadhan menghampiri*

*Yang Kita Nampak*

Tiada lagi Bazaar
Yang menjual pelbagai juadah.
Tiada lagi terawih di masjid.
Tiada lagi beli belah
Untuk persiapan Raya.

*Yang Kita TIDAK Nampak*

Puasa itu untuk kita merasa seperti yang tiada.
Bukan kenduri melayan tekak membazir dan berlebihan.
Allah mahu kita hidupkan ibadah dirumah.
Terangi rumah dengan Zikrullah.
Allah rindu hambaNYA sekeluarga memujinya.
Allah mahu kita insaf.
Puasa bukan tentang pembaziran tapi tentang nenghargai rezeki.
Menafaatkan apa yang ada.

*PKP - Raya bakal menjelma... Yang Kita Nampak*

Tidak dapat lagi melaram baju sedondon.
Tak dpt tempah biskut raya selagi jenis yang ada.
Tiada lagi duit raya untuk si anak.
Tiada lagi duit raya untuk diberi sebagai sedekah.
Tidak lagi dapat balik ke kampung.

*Yang Kita TIDAK Nampak*

Raya itu tanda kemenangan selesai berpuasa.
Bersyukur dan bersederhana dgn apa yang ada.
Allah mahu kita berjimat dan menghargainya bersama keluarga.
Allah mahu kita didik anak apa itu Hari Raya.
Raya untuk disyukuri dan di rai bukan untuk kutip duit raya.
Mahu ingatkan kita sedekah itu bukan hanya pada hari raya.
Allah mahu kita rasa menyediakan segalanya sendiri.
Memasak juadah dan rai sekeluarga.
Bukan balik melaram di malam raya.
Ibu ayah berkeringat dikampung sediakan segala.

*PKP Yang Kita Nampak*

Tiada lagi ibadah haji dan umrah kerana wabah yang melanda

*Yang Kita TIDAK Nampak*

Allah mahu memberitahu Dia yang menentukan rumahnya utk di lawat atau tidak.
Bukan kerana kau kaya berharta boleh pergi bila2 masa. Tempah hotel 3, 4, 5 bintang.

*PKP*

Allah bukan menghukum.
Allah sedang mendidik kita.
Mengingatkan kita yang telah banyak terkeluar landasan terutama yg membudayakan agama Allah.
Allah sayang hamba2 NYA.
Yang dicipta sebegitu sempurna
Dengan penuh kasih sayang.

Wabak ini hanya dihantar untuk memberi amaran, mengingatkan dan mendidik kita agar kembali ke jalanNYA.

#malaysia menang
#kita mesti menang

19 Comments

  1. Macam-macam hikmah waktu PKP.

    ReplyDelete
  2. Kan. Fikir kebaikannya. Alhamdulillah. Sentiasa bersyukur apa adanya

    ReplyDelete
  3. sangat setuju cikgu, bila kita rasa stress... rasa nak marah sentiasa ingat apa yang terjadi pasti ada hikmahnya

    ReplyDelete
  4. Selamat pagi abam kie...
    Sepanjang PKP ni kan terlalu banyak kebaikan utk diri nieyl dan keluarga terutamanya...:)

    ReplyDelete
  5. yang kita tak nampak..... sungguh, banyak perkara baik yang membuka mata kita untuk tidak menilai dengan apa yang kita nampak SAHAJA.

    ReplyDelete
  6. Banyak hikmahnya bila pandang dengan mata lebah..
    semoga covid 19 berlalu pergi..

    ReplyDelete
  7. Setiap yang berlaku ada hikmahnya..Sesungguhnya perancangan Allah lebih hebat

    ReplyDelete
  8. hikmah yg kita tak nampak tu sangat banyak. Allahu T_T

    ReplyDelete
  9. lebih banyak yang tak nampak sebenarnya..

    ReplyDelete
  10. setuju sgt..bg Ayu banyak sgt hikmah PKP ni. terpulang pd kita la utk menggunakan peluang2 yg Allah beri pd kita semua. Subhanallah...

    ReplyDelete
  11. Yang tidak nampak itu yang buat kita rasa sangat berasa terbeban kan Cikgu.Bukan daripada COVID-19 sahaja..dalam ujian atau dugaan lain pun hikmah yang tersembunyi itu yang sering merungsingkan.

    ReplyDelete
  12. setuju, banyak kebaikan nya pkp ni.

    ReplyDelete
  13. Ada hikmah di sebalik musibah ini. Berdoa semoga corona ini cepat lenyap di muka bumi ini.

    ReplyDelete
  14. Tq abam kie aras ingtan hikamh ini

    ReplyDelete
  15. Sebenarnya memang banyak hikmah di sebalik dugaan kita kali nie.. Tapi biasalah manusia, hanya nampak yang tersurat tanpa memahami yang tersirat sebenarnya...

    ReplyDelete
  16. i hope everyone can keep on being strong. It really changes mostly everyone's life. hoping this virus can go away.

    ReplyDelete
  17. moga yang baik sahaja untuk kita semua =)

    ReplyDelete
  18. banyak hikmah pkp nih syukur alhamdulillah!

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.