Friday, 10 April 2020

Ayah perlu ambik berat anak perempuannya


Kalau ayah tak ambik berat, lelaki lain akan buat..

Sampai satu masa, anak perempuan akan datang perasaan segan dengan ayah. Ada sesetengah perkara yang dia rasa cuma boleh cakap dengan mak sahaja.

Selalunya masalah ni lagi kritikal kalau waktu kecilnya ayah jarang luang masa berkualiti dengan anak-anak perempuan.

Ada tak bermaksud ada.

Tubuh ada. Tapi main handphone, tak berbual, tak tanya khabar, tak peluk cium, tak ajar mengaji, takda buat aktiviti apa pun dengan anak.....sama macam tiada.

Anak-anak faham kalau ayah memang tiada di rumah. Tapi, kalau ada macam tiada, memang boleh mengundang bahaya.

Masalah kritikal ni lebih meruncing kalau sudahlah ayah jarang luang masa berkualiti bersama, anak cuma asyik ditegur dan dimarah. Mereka makin menjauh hati.

Simpan semua gadjet. Televisyen juga.
Banyakkan beraktiviti dengan anak perempuan. Main kad, bersukan, melukis, ajar anak baiki paip dan pergi pasar.
~ Supaya mereka tak cari aktiviti di luar rumah dengan orang lain.

Banyakkan memuji anak perempuan.
'Awak cantik'.
'Pandai masak nasi'.
'Suka tolong ibu'.
'Pandai jaga adik.'
~Supaya dia tak termakan pujian lelaki lain.

Banyakkan beli hadiah untuk anak perempuan.
Tudung, barang sekolah, mainan, barang keperluan.
~Supaya dia tak rasa ingin dengan hadiah dari tangan orang lain.

Banyakkan pegang tangan anak perempuan masa berjalan.
Di pasaraya, ke masjid, di atas jalanan, di tempat orang ramai.
~Supaya tidak lagi rasa perlu untuk dapat perlindungan dari lelaki lain.

Biasakan bergurau dan menasihati anak perempuan dengan kata-kata yang baik dan manis.
'Kakak wanita solehah'.
'Tutuplah aurat elok-elok'.
'Nanti malaikat lindung'.
'Allah sayang sebab kakak budak baik'.
~Supaya hatinya sentiasa diisi dengan tarbiah yang tak putus sebagai peringatan dari seorang ayah.

Biasakan teman anak perempuan ke tandas awam.
Tempat asing, stesyen minyak, rumah orang, pasaraya.
~Supaya dia rasa ayah sentiasa ada untuk jaga keselamatan dia.

Nampak macam dimanjakan dan tak pandai jaga diri sendiri.

Tapi ironinya...

Anak perempuan yang dekat dengan ayah selalunya lebih kuat semangat dan berani. Mereka tahu ayah mereka akan sentiasa jadi pelindung dan penyokong mereka yang paling utama.

Kredit : Siti Suryani Yaakop

14 comments:

  1. PC rapat dengan mama dan babah...sebab ada bab dan kekuatan masing-masing..cuma lazimnya anak perempuan ni dikatakan lebih dekat dan rapat dengan ayahnya.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah suami selalu dengan Nayla walaupun ibunya langsung tak ada perhatian dari si ayah. haha

    Cuma satu je ayah Aien selalu tekankan, jangan dating! kah..,

    ReplyDelete
  3. those are absolutely right!!!... but I have to say that I rather strict with my daughters... and so far alhamdulillah...may Allah keep it that way forever, they don't dare to do things that I disapprove... I like that quote "Kalau ayah tak ambik berat, lelaki lain akan buat.."!!!!

    ReplyDelete
  4. betul kadang2 orang melarang terlalu memuji anak. tapi sebenarnya pujian tu terapi untuk anak dan buat anak rapat dgn kita,pujian juga adalah kata-kata yang baik. good info abam kie

    ReplyDelete
  5. im crying reading this sebab terbayang abah punya pengorbanan. izzati pun rapat dengan abah and he's my inspirations and idol. Semoga Allah dapat membalas setiap pengorbanan dan kasih sayang setiap ayah di dunia ni dengan rahmat dan cintaNya, aamiin aamiin.

    ReplyDelete
  6. Rabia memang rapat dengan ayah. Dengan umi pun rapat juga

    ReplyDelete
  7. Hehehhe... betul laa abey Kie... Saya pun lebih rapat dengan ayah. Majority list dlm entry tu yang ada ayah saya buat waktu saya sekolah rendah dulu. bila nak masuk menengah, cara ayah pun dah lain, tapi saya tahu, ayah bersifat melindungi. Terima kasih abey kie utk perkongsian ini...

    ReplyDelete
  8. terima kasih abe kie atas tips ni...banyak benarnya apa yang ditulis tu...

    ReplyDelete
  9. agreed. i felt so much better when i talk to my dad. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  10. Terbaik baik, nasihat dari hati akan menyentuh ke hati juga 👍🏻👍🏻👍🏻

    ReplyDelete
  11. saya ada dua anak perempuan..dan kerana terpaksa saya berjauhan dengan mereka

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah rezeki Allah bagi ayah yang ambil berat. Betul tu, walaupun sibuk dan tiada di rumah, anak-anak akan faham kalau sentiasa luangkan waktu yang ada.

    ReplyDelete
  13. Better be friends dgn anak2 Kan.. cantik2 anak abam

    ReplyDelete

Followers

Newsletter