Dari kawan ada yang menjadi rapat..
Dari kawan ada yang menjadi sahabat..
Dari kawan ada yang menjadi kekasih..
Dari kawan  ada yang menjadi isteri /suami.. 
Dari kawan ada yang menjadi ipar.. 
Dari kawan ada yang menjadi biras...
Dari kawan ada yang menjadi bisan.. 
Dari kawan ada yang menjadi mentua... 
Dari kawan ada yang menjadi  madu.. 
Dan dari kawan ada yang menjadi lawan..
Itulah lumrah kita dalam berkawan...

Bila berkawan dengan ramai kawan ini..
Baru kita sedar bukan semua kawan kita hidup sempurna..
Mungkin dia banyak duit,
tapi ada broken family...
ada yang tak berduit, tapi ada keluarga yang bahagia..
Dari kawan itulah kita belajar sesuatu..

Nak cakap tentang kecewa dan terasa hati dengan kawan- kawan,
Sampai bila-bila takkan habis, namun disebabkan nak hubungan itu kekal panjang, terpaksa 'fake' kan semuanya...

Fake smile, fake feelings dan fake emotions kerana sayang..

Jangan kerana kita lihat kawan kita sering ketawa, sering tersenyum.,.....
Bukan bererti dia tidak boleh terluka..
Kita sama-sama manusia, ada hati dan perasaan..

Jadi jangan kita perlakukan kawan kita itu sesuka hati ..

Dalam berkawan kena ada satu prinsip, tak puas hati tanya depan-depan..
Jangan dengar dari orang lain sebab setiap lidah manusia itu ada  'racun' yang berbisa..

Demi mengelakkan dari salah faham dan permusuhan, tak kiralah jika kita ada kawan yang jenis nakal, masuk air, suka buat lawak bodoh sekalipun jika dia seorang kawan yg baik, dia akan berani menegur salah dan silap kita.    
Seorang kawan yg baik akan menerima teguran dari kawan baiknya dengan hati yg terbuka..
Lebih-lebih lagi tentang kebaikan dan mengingatkan kita kepada Tuhan..

Kawan ketawa memang ramai..
Kawan menangis sukar dicari..
Tapi mereka mungkin tiada dengan kita di saat susah..
Namun siapa tahu dalam diam mereka tetap mendoakan kita..
jadi jangan kita berburuk sangka pada kawan..

Suatu masa nanti, satu demi satu kawan akan meninggalkan kita, masing-masing dengan tujuan yang berbeza.. Mungkin antara kita juga ada yang terpisah buat selama-lamanya.. Yang tinggal cuma KENANGAN Dan NAMA.....

Hargailah dan sayangilah kawan-kawan kita selagi hayat masih ada..💕