Sehebat-hebat kita ada lagi yang lebih hebat
Jom hayati nukilan Abam Kie pada hari ni. Semoga ianya berguna kepada kita semua. In Shaa Allah.
Syurga lelaki
pada perempuan iaitu IBU
Syurga perempuan
pada lelaki iaitu suami.
Sehebat-hebat suami
kena patuh pada ibu.
Sehebat-hebat ibu
kena patuh pada suami.
Masa hidup
anak perlukan doa ibu bapa.
Masa mati
ibu bapa perlukan doa anak.
Di dunia
nasab itu pada lelaki.
Di akhirat
nasab itu pada perempuan.
Sehebat-hebat manusia, bila mati dia tetap perlu orang lain untuk kebumikan jenazahnya.
Setinggi-tinggi ilmu yang manusia ada.
Dia tetap perlu belajardaripada seorang guru.
Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah keluarga.
Walau sekaya mana pun seorang manusia.
Dia tetap perlu untuk berurusan dengan orang lain...
Seorang General Manager tidak akan mampu uruskan perjalanan premis tanpa general worker.
Seorang raja tidak berkuasa tanpa ada rakyat jelata.
Inilah manusia... Lemah.
Walau sehebat mana pun kita di dunia.
Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi.
Taraf kita hanya seorang "Hamba".
Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang terbaik dan terhebat???
Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf ujub, riak, sombong dan hina.
Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat... sombong dan merasa dia lebih baik.
18 Comments
hakikatnya kita cuma hebat di amta manusia
ReplyDeleteNukilan yang bermakna.
ReplyDeleteAlhamdulillah..
you humbled me. thank you. Salam Jumaat~
ReplyDeleteLifestyle Blog | The Grey Lines Between
betul tu cikgu, sentiasa lah kita rasa diri ini hina, rendah diri .... kita cuma hamba, sesungguhnya yang Esa cuma Dia ...
ReplyDeleteA good reminder Cikgu. ^^ Salam jumaat.
ReplyDeleteBetul-betul mengingatkan kita kepada Sang Pencipta. Jangan ada rasa sombong diri dan takbur. Semoga kita saling bantu-membantu antara satu sama lain
ReplyDeleteSalam jumaat abam kie. Terima kasih atas perkongsian ini.
ReplyDeletekita hanyalah hambar marilah bersifat hamba tq abam for sharing
ReplyDeletewow.menakjubkan nukilan abam kie.. tulah sesungguhnya manusia ni bergantung sesama sendiri uuntuk bantu masuk syurga..
ReplyDeleteBetul tu Abam Kie. Terima kasih sebab kadang-kadang manusia ni mudah lupa dan leka.
ReplyDeletethanks abam kie untuk tulisan ni...muhasabah diri sama2, kita bukanlah yang terbaik..
ReplyDeletethank you sir for reminder
ReplyDeletesesungguh nya Allah Maha Hebat. kerdil nya diri kita T_T
ReplyDeleteSombong itu Tuhan tak suka tapi manusia suka.Kadang rasa macam tak sombong tapi dengan lisan menampakkan kesombongan itu yang paling bahaya kan Cikgu.Nauzubillah.
ReplyDeletesetuju cikgu =)
ReplyDeleteSetuju...kita manusia biasa...
ReplyDeletesyukran..hidup ini saling memerlukan..
ReplyDeletetq for sharing, abam.
ReplyDeletenice words.
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.