Friday, 13 December 2019

Bercuti di kampung kerana terputus bekalan air paip



"Pada tarikh 2.12.2019 telah berlaku mendapan tanah disebabkan faktor cuaca hujan yg berterusan pada paip air bersih bersaiz 700 mm di Loji Rawatan Air Bukit Remah, Tanah Merah, Kelantan. Kerja pembaikian segera telah dilakukan, namun disebabkan kedudukan paip yg agak dalam lebih kurang 25 kaki serta berlaku pergerakan pada tanah di lereng bukit menyebabkan kestabilan paip menjadi tidak stabil dan berisiko utk bocor semula. Atas faktor ini, alternatif penggantian paip mild steel bersaiz 700mm sepanjang 65 meter terpaksa dilakukan dengan kadar segera oleh kontraktor yg dilantik AKSB. Jangkaan kerja2 pembaikian ini agak rumit dan memakan masa selama lebih kurang 4 hari bermula 03.12.2019 sehingga 06.12.2019. Anggaran akaun terlibat lebih kurang 16700 akaun punca bekalan daripada Loji Rawatan Air Bukit Remah. Atas kesulitan yang berlaku pihak AKSB akan melakukan sebaik mungkin dalam memastikan kerja2 pembaikian paip dapat disiapkan mengikut masa yg ditetapkan..."

Patutlah pada tengahari Isnin, 2 Dis 2019 bila abam kie buka paip di porch, air x keluar langsung. Terus call seorang tukang paip AKSB dan dia bagitahu memang bekalan air dipotong kerana kerosakan besar seperti di atas. Dia jelaskan semua kawasan di Jajahan Tanah Merah terlibat dengan ketiadaan bekalan air ni. OMG!

Pada pagi Rabu tu abam kie check air di dalam tangki macam tinggal sekaki je lagi tinggal. Alamak! Air dalam dua tangki ni cuma dpt bertahan selama 2 hari je. Satu langkah drastik perlu diambil. Abe Kie menelefon Kak Long yg tinggal di Dungun sama ada dia dah sampai di rumah keduanya di kampung kami di Machang. Memang dia bini rumah kedua di kg agar mudah dia, anak2 dan cucu2nya nak tinggal bila balik beraya di kg. Dia sudi menumpangkan abam kie dan keluarga buat sementara waktu sehingga bekalan air kembali pulih.


Maka sebelum Zuhur tu abe kie dan anak2 bergerak balik kg. Tak sempat solat Zuhur di rumah sebab air dah abis belaka. Inilah anak2 abam kie daripada perkahwinan pertama. Yg paling kiri tu Anis, yg tengah tu Alin dan kanan tu Alis.


Inilah jalan masuk ke kampung abe kie iaitu Kg Tandak, Machang, Kelantan. Sebelah kanan rumah kuning tu la rumah kedua Kak Long manakala di sebelah kiri tu rumah Kak Ngah.


Inilah jalan masuk ke rumah ayah, tempat abam kie dilahirkan dan dibesarkan. Kena menapak 150m sebelum sampai ke rumah ayah. Tapi ayah x dok d sini lagi. Dia tinggal di rumah mak tiri. Tapi dia lebih banyak menghabiskan masa di umah Kak Long sebab nakkan privacy. Lagipun boleh lah dia tengok2kan umah kak long tu sbb dia cuma balik 1X sebulan je.


Inilah lubang besar yg terhasil dek arus deras dari Sungai Sat Hilir, Machang. Mcm jalan raya ni bertindak sebagai penampan air sungai yg melimpah tebing gara2 banjir. Jika tidak kerana jalan besar ni, banjir akan lebih kuat spt tahun 70an dan sebelumnya. 


Inilah jalan masuk ke rumah ayah. Jalan ni asalnya selebar batas sawah padi je. Tapi ayah menggunakan tulang empat keratnya untuk melebarkan batas padi itu menjadi lorong yang muat sebuah kereta melaluinya. Rasanya ayah menyiapkan lorong ini sekitar awal 90an. Sebelum tu kereta boleh masuk ke rumah tapi kena melalui tanah org lain la. Mujur ayah ambik inisiatif mcm ni utk memudahkan anaknya balik ke kg. Thanks, my beloved dad!


Oppss! Anak Kak Ngah, Akim ada mengusahakan projek ternakan itik telur. Slps grad dari UPSI thn lepas dia masih gagal mendapatkan kerja. Jadi dia buat penternakan itik ini dgn bantuan adik lelaki abam kie yg masih menganggur dan bujang. Dapatlah menyara isteri dan anak kecilnya. Jadi jika kawan2 nak order telur itik utk dibuat telur masin atau bahulu, boleh je wassap no di atas, ye?


Itik pulang petang! Kawasan lapang di depan rumah ayah ni dijadikan reban itik. Ada dalam 100 ekor semuanya termasuk angsa. Di depan tu kelihatan jelapang/kepuk/baloh padi... Masa kecik2 dulu di sinilah ayah akan menyimpan stok padi yg baru dituai.


Taddaaa! Inilah rumah ayah kesayangan ambo. Ayah mewarisi rumah ini drp datuk. Dulu2 cuma beratapkan rumbia dan berdindingkan buluh je. Skrg dah digantikan atap bata, dinding kayu dan bahagian dapur tu dibina drp konkrit. Cuma sayangnya sejak ayah berkahwin lain pada 2007 rumah ini terbiar sepi aja. Adik pula tinggal dengan abam kie sebelum berpindah ke rumah kak ngah hingga sekarang. Tp kini dia ada juga sekali-sekala tidur d rumah pusaka ini. Sebab utamanya kat rumah ayah ni dpt line 4G berbanding dgn umah2 kak long n kak ngah biar pun jarak mereka x sampai 150m pun! Heran tul. Abam Kie pun tinggal tetap di rumah ini sehingga darjah 6 je. Pada thn 1986 sudah belajar di SBP. Lepas sekolah masuk UM. Abis belajar bertugas di Sabah. Lepas tu balik Kelate dan kahwin. Tapi betul kata org...tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. Kenangan membesar di rumah ini memang tak bisa dilupakan dari minda dan hati abe kie.


Inilah rumah Kak Ngah. Dia duduk di sini sejak 2003 jika x silap. Setahun sebelum tu ibu tersayang telah kembali ke rahmatullah. Rumah ni dekat dgn tali air dan asalnya tanah sawah. Rumahnya seluas 3000 kaki persegi. Cuma yg x best bila dtg sini line internet setakat H+ yg paling kuat.

Inilah rumah Kak Long. Rumahnya sempit je tp ada 4 bilik. Bila dpt duit ganjaran tamat perkhidmatan awam sbg misi, dia terus bina rumah ini. Kecik pun x apa, janji dpt tinggal sini bila balik kg. Tak perlu menumpang di umah kak ngah lagi.


Di sekeliling umah kak long ni, ayah menanam pelbagai jenis pokok spt serai, pisang, tebu, limau, terung, cili, kacang panjang dan sebagainya. Ayah memang dilahirkan sbg petani. Tanam apa pun pasti naik subur pokok ni. Abe kie je tak nnurun (mewarisi) kebolehan ayah tu. Huhuhu...


Inilah tali air di sebelah umah kak ngah. Masa dulu lebar jugak la. Tapi entah kenapa skrg pihak KADA mengecilkan tali air tu. Masa kanak2 abe kie selalu gak cari etok dan bermain rakit di dalam tali air ni. Kenangan terindah zaman kanak2 tu.


Pada pagi 7 Dis 2019 (Sabtu), abe kie wassap jiran di TM. Dia kata air dah ada. Syukur, Alhamdulillah. Mujurlah pihak AKSB menunaikan janjinya. Jadi abe kie n anak2 bersiap2 utk balik ke rumah. Sesampainya di rumah pada jam 11 pagi tu air hampir memenuhi tangki. Jadi dapatlah abe kie dan keluarga mandi sepuas2nya! 

Harap seronoklah membaca cerita pasal kg abe kie ni. Semoga post ini akan menjadi tatapan anak cucu pada masa hadapan. In Shaa Allah.

14 comments:

  1. bila balik kampung ada satu perasaan tu tak dpt nak gambarkan tapi yang pasti mengamit kenangan.
    rumah kpg saya pun dh tua over 30 yrs.

    ReplyDelete
  2. Seronoknya suasana kampung.. impian saya satu hari nanti nak cari tanah kampung dan bina pondok kecil untuk masa tua..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.Seronok tu rumah kak long dengan rumah kak ngah berhadapan je..

    ReplyDelete
  4. bestnya tengok kampung abam Kie, rumah ayah tu walaupun dah lama tapi nampak masih terjaga cantik lagi...
    seronok duduk kt kampung ni kan, umah adik beradik dekat-dekat, kalau susah nk minta tolong apa-apa mudah...

    ReplyDelete
  5. Udara di kampung mmg x sama dgn tempat lain..

    ReplyDelete
  6. Bila baca entry ni terasa macam jalan-jalan kat kampung cikgu jugak hehehe..
    Setuju tu tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain

    ReplyDelete
  7. seronok kalau ade kampung yang macam ni. kampung saya kat KL jer... hahahah

    ReplyDelete
  8. bestnya suasana kampung. dah ada air tentu lagi seronok

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah rezeki jugak tu balik kampung, menggamit memori yg takkan dapat dilupakan ^_^

    ReplyDelete
  10. Seronok masih ada kampung Abe Kie. Sha dah takde kampung. Raya pun di taman je. Tapi Tak kisah di mana pun, asalkan ada mak abah sekali, Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  11. Bestnya balik kampung Abam Kie

    ReplyDelete