Wednesday, 23 October 2019

Jom buat begedil dengan Abam Kie


Assalamualaikum. Siapa yang tidak suka begedil ayam? Dari kanak-kanak sampai orang dewasa menyukai begedil. Begedil tersedia dalam pelbagai macam jenis, antaranya begedil kentang, begedil tauhu dan begedil jagung.

Ada pula yang membuat begedil daging ataupun begedil ayam.

Begedil ayam dibuat dengan mencampurkannya dengan whipped potato atau kentang tumbuk. Begedil boleh dimakan sebagai camilan atau dimakan bersama soto dan apa-apa makanan berkuah sup. Makan begedil ayam dengan cili api atau sos cicah lagi sedap, tau!

Bahan-bahan untuk membuat begedil juga sangat senang didapatkan dan tidak leceh. Cara memasak begedil pula sangat simple dan tidak memakan masa. Anda boleh cuba membuat begedil dirumah dan hidangkan kepada keluarga anda. Sila cuba resepi ini.



Resepi Begedil Ayam Sedap Sangat!

1 kg kentang.
3 tangkai daun sup diracik halus.
3 tangkai daun bawang
1 sudu besar lada sulah (lada putih) ditumbuk halus.
2 sudu besar bawang goreng (boleh tambah ikut suka).
  lebihan lauk ikan dan ayam yang ditumbuk halus
* garam secukup rasa.
* telur secukupnya.
* minyak untuk menggoreng.

Cara Memasak Begedil Ayam

1. Kupas kentang, potong dan goreng hingga empuk.
2. Kemudian tumbuk kentang selagi panas. Sebab kalau tumbuk bila sejuk kentang akan jadi keras dan susah ditumbuk.
3. Lebihan lauk ikan dan ayam disiat-siat lalu ditumbuk separa halus.
4. Gaulkan semua bahan kecuali yang bertanda *
5. Tambah perasa ikut selera sendiri.
6. Mula membentuk begedil mengikut citarasa sendiri. Biasanya berbentuk bulat datar.
7. Akhir sekali, celupkan begedil yang sudah dibentuk ke dalam telur yang sudah dipukul dan dibubuh sedikit garam.
8. Goreng dalam minyak yang panas dan penuh.

Mudahkan cara memasak begedil dengan menggunakan lebihan lauk ayam dan ikan? Inilah cara Abam Kie untuk mengelakkan pembaziran. Kadang2 Abam Kie siat2kan je lauk lebih tu dan dicampur ke dalam nasi goreng! Hidup mesti kreatif dan innovatif, kan? Selamat mencuba!

24 comments:

  1. wah terima kasih abam kie kongsikan resepi. harus cuba ^_^

    ReplyDelete
  2. nak buat senang je nk mulakan buat tu yg mls hehehehehe

    ReplyDelete
  3. wah sedap ni..thanks sharing resepi a.kie..:)

    ReplyDelete
  4. lebihan ayam/ikan selalu buat masak kicap/cili/taucu..sekali sekala tukar resepi..
    sedap dimakan begitu saja..

    ReplyDelete
  5. sedapnya bergedil lagi-lagi makan dengan soto

    ReplyDelete
  6. feberet saya gak berdegil ni.. hahaha

    ReplyDelete
  7. wahhh rajin abam Kie, dana jarang sangat buat bergedil tapi bila tengok entry abam Kie ni rasa nak buat lak

    ReplyDelete
  8. Kak mmg suka mkn pegedil nti blh traylah.. Klu beli xpuas hati sbb skt jer

    ReplyDelete
  9. tak pernah buat begedil guna left over chicken sbb selalu jadikan leftover tu sebagai rencah utk goreng nasi or cekodok. Selalu buat begedil daging je.

    ReplyDelete
  10. sedapnya...xpernah buat sendiri lgi....hehehe...

    PS: insyALLAH satu hr nnti abam kie punya rejeki ke sana....

    ReplyDelete
  11. kalau makan kat kedai memang suka cari bergedil tapi xpernah pula try buat sendiri..hehe

    ReplyDelete
  12. Makan macam tu je sedap..makan dengan soto pun sedap ni Cikgu AK.

    ReplyDelete
  13. Next time nak buat lagi. Hari tu tak berapa jadi bergedil

    ReplyDelete
  14. Tak pernah buat, terasa macam leceh... makan tu pernahlah kot, di kedai makan :)

    ReplyDelete
  15. Tengok gambar pun rasa lapar terus. Thanks kongsi resipi!

    ReplyDelete
  16. sedapnyaaaa! Selalu kalau leftover masuk nasi goreng je sebab begedil ni kena ada kentang. tak rajin sangat nak lenyek bagai

    ReplyDelete
  17. Simple dan senang buat begedil cara Abam Kie ni hehehe...

    ReplyDelete
  18. Aduhai... Tengok makanan ni, tetiba lapar lah pulak...

    ReplyDelete
  19. sedap begedil ni.. thanks abam kie untuk resepi ni

    ReplyDelete