Monday, 2 September 2019

Khasiat buah kemunting untuk kesihatan


Kemunting (Rhodomyrtus tomentosa) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Myrtaceae yang tumbuh di kawasan tropika dari negara India, Sri Lanka, China dan kawasan Asia Tenggara.

Kemunting menghasilkan buah berbentuk beri yang bujur yang dimakan mentah atau boleh dibuat jem, jeli atau jus. Isi buah yang manis ini memang sedap dimakan. Buah yang masih muda rasanya kelat. Biasanya, buah yang terhasil daripada pokok yang ditanam lebih manis berbanding dengan pokok yang tumbuh liar.

Pokok kemunting juga mengandungi tar kayu yang digunakan sebagai pewarna hitam iaitu tujuan komestik untuk menghitamkan bulu kening dan juga mencuci gigi.

Pokok kemunting boleh ditanam dengan menggunakan biji, secara tut atau boleh gunakan keratan ranting. Buah yang masak mengandungi biji yang mudah bercambah. Pokok yang ditanam menggunakan biji akan berbuah selepas 3 tahun ditanam, berbanding dengan pokok kemunting yang ditanam dengan cara tut atau keratan yang akan berbuah dalam masa satu (1)  tahun sahaja.

Batang kemunting mampu mencapai tinggi dua meter. Kayunya sangat keras.Pokok kemunting sesuai dijadikan tumbuhan hiasan. Bunganya yang berwarna merah muda dengan benang sari menawan, layak dijadikan tanaman di halaman rumah.

Buah muda berwarna hijau ketika muda dan akan bertukar kepada warna ungu atau ungu tua atau hitam apabila masak. Permukaan buah kemunting yang telah masak seperti berkabut. Setelah bahagian kepalanya dibuang, maka kemunting siap dimakan bersama kulit-kulitnya.

Isinya berwarna merah kuat dan rasanya manis. Buah kemunting masak mengandungi air, gula, vitamin dan juga mineral. Isi buah seperti anggur, hanya terasa lebih berserat. Bahagian daunnya mengandungi bahan tanin yang tinggi yang berguna.

Khasiat buah kemunting untuk kesihatan amat banyak:

- Air rebusan kemunting yang masak diminum akan merawat cirit birit dan juga disenteri. 
- Buah kemunting yang dimakan segar baik sebagai tonik penghadaman.
- Daun kemunting boleh digunakan sebagai ubat pupuk untuk luka dan menghentikan pendarahan. Juga membantu menyembuhkan luka-luka. 
- Air rebusan daun yang diminum juga mampu menyembuhkan demam panas, melegakan sakit dan juga membantu dalam membersihkan tubuh badan kita.
- Air rebusan daun dan akar kemunting digunakan sebagai minuman untuk ibu-ibu yang lepas bersalin, mengawal cirit birit dan untuk sakit perut. 
- Bahagian akar kemunting yang direbus dijadikan rawatan pedih bawah dada dan mengatasi masalah sistem penghadaman.
- Akar yang dicampur air mendidih boleh digunakan untuk rawatan mata atau dijadikan ubat pupuk pada dahi.
- Air rebusan akar pokok kemunting boleh digunakan untuk merawat muntah darah.
- Bagi wanita bersalin, air rebusan pucuk daunnya yang direbus dengan daun inai dan daun jambu membantu mengecutkan rahim..
- Untuk merawat keputihan, boleh rebus pucuk dan akarnya.
- Kandungan buah ini mampu meningkatkan hemoglobin, jumlah sel darah merah, dan juga meningkatkan antianoxic.
- Daun juga digunakan sebagai bahan perubatan herba untuk penyakit diabetes.

Semasa zaman kanak-kanak dulu pantang aje tengok buah kemunting masak, pasti abam kie dan kawan2 akan memetiknya. Pokok kemunting ni banyak terdapat di tanah beris atau sedikit berpasir. Kebetulan masa tu padang sekolah bersebelahan dengan perkuburan. Selepas main bola, kami pergi cari buah kemunting, x kisah la waktu PJK atau petang. Sedap makan buah kemunting yang manis2 kelat tu.

Namun demikian, pada masa sekarang pokok kemunting sukar dijumpai lagi. Kanak2 zaman sekarang pun x kenal dan makan buah kemunting kot? 

15 comments:

  1. baru tahu macam ni rupanya buah kemunting, dah la byk khasiat... bgs sangat ni

    ReplyDelete
  2. fav zaman kanak2 kalau merayau msk semak samun mesti bw blk buah ni😆

    ReplyDelete
  3. ok serius tak pernah jumpa buah kemunting ni..

    ReplyDelete
  4. tak pernah jumpa lagi buah kemunting

    ReplyDelete
  5. First time tgk buah kemunting ni.tapi bila baca, banyak nya khasiat dia.

    ReplyDelete
  6. banyaknya khasiat buah ni. mcm pernah nampak. tapi tak berapa sure. tak lama lagi commercial lah kot buah ni.

    ReplyDelete
  7. ini lah buah yg jadi jajan masa kecik2 dulu.... dana suka panggil kemunting ni blueberry malaysia... sbb ciri2 dia hampir sama hehehhe

    ReplyDelete
  8. dah lama tak makan buah ni. tak ingat dah ada lagi ka dak sekarang ni. huhu

    ReplyDelete
  9. xpernah jumpa lg buah ni...pertama kali juga dengar...kalau kemunting perak tahu la....teringin pula nak mencari buah ni....

    ReplyDelete
  10. Masa kecik-kecik dulu selalulah jumpa buah kemunting ni sebab selalu merayau-rayau masuk hutang dengan kawan-kawan kampung.

    Dah lama tak makan lagipun dah tak masuk hutan lagi sejak dah masuk sekolah berasrama fuh! lama gila nostalgia sungguh

    ReplyDelete
  11. banyak khasiat buah kemunting ni tapi nieyl x pernah juga buah ni dkt area kg or rumah nieyl ni abam kie

    ReplyDelete
  12. Tak pernah makan lagi buah ni. Dgr nama pernah tpi tgk live tak pernah lagi

    ReplyDelete
  13. bukan kanak2 zaman skang je tak tahu buah ni, aida ni hah pun tak pernah jumpa buah ni, abamKie.
    very rare to me.
    tq for sharing.

    ReplyDelete