Monday, 30 September 2019

Egonya kita dengan anak!


Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap. Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri.

Anak salam dan masuk ke kelas dengan keadaan emosi yang terguris. Dah dua kali kena marah. Kalau tak bagitahu pasal surat tu pun takpe fikirnya. Buat kena marah je.

Seharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru. Bila habis sekolah, dia tinggal di taska atau rumah pengasuh. Sementara menunggu ibu dan ayah balik..

Bila matahari semakin hilang cahayanya, baru ibu dan ayah datang mrnjemput.

Dah 8/9 jam tak jumpa ibu ayahnya. Banyak yang dia nak kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu juga mereka excited nak cerita dan bertanya itu dan ini. Nak bagitahu cikgu puji dia pandai, nak bagitahu kawan puji kotak pensil yang ibu baru belikan

Tapi mereka dimarahi kerana dikatakan menyibuk waktu orang tua nak bercakap. Mereka menunduk dan masuk ke bilik. Bergurau pulak dengan adik-adik. Kecoh bunyinya. Tetiba wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab bising waktu ayah nak tengok berita. Ayah suruh baca buku.

Tengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak tunjuk kat ibu didapur. Tetiba terlanggar pulak bucu meja. Jatuh dan pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri.

Dan anak ini akhirnya tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Tiap hari, pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena.

Itu senario yang selalu kita hadapi. Malahan saya sendiri mengalaminya. Sungguh tinggi ego kita. Sungguh kita sangat mementingkan diri.

Anak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat???

Bila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa. Kerana waktu mereka ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka.

Keegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat.

Emosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir si anak

Jika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana pula dengan anak-anak? Jam 7.30 dah terpacak di sekolah. Pagi sekolah agama dan petangnya pula sekolah kebangsaan. Tidak penatkah mereka?

Kita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kg.

Ingatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah.

Peringatan untuk saya dan anda.

Kredit : Ustaz Hasnan

13 comments:

  1. good sharing! tq...
    selalu cuba beringat bila nak marah anak tu. tapi ada masa tu terlepas juga...

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas ingatan cikgu.
    sekarang saya sedang cuba untuk jadi emak yang lebih sabar dengan aiyan, rutin harian masa amik dia dari sekolah dalam kerete saya mesti tanya dia makan apa kt kantin, buat apa kat kelas, aktiviti apa dan selalunya mulut becok dia akan cerita semua benda. Kalau dia kata dia dapat hadiah untuk apa-apa aktiviti saya akan puji dia, amik gambar dan wassap kt papa nya.

    ReplyDelete
  3. Moga ini menjadi ingatan dan amaran untuk PC juga.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Abam Kie atas nasihat yg bermakna.. begitu besarnya tanggungjwb ibu bapa ... sy sebagai anak rasa juga terkesan dgn nasihat Abam Kie.. kalau anak2 yg dah besar ni boleh faham lah kdg kala ibu bapa penat.. tetapi kalau anak2 yg masih kecil mmg tak faham pun.. sy sebagai kakak sulung pun ada masa rasa tidak terdaya melayan karenah adik2..

    ReplyDelete
  5. saya rasa sebak pulak tiba2... terima kasih abam kie.
    insyaallah akan slowly cuba perbaiki diri.

    ReplyDelete
  6. Sedih sangat bila baca post ni..
    Saya pun selalu tak sengaja marah anak bila stress..

    ReplyDelete
  7. saya belum ada anak lagi, tak boleh nak cakap apa-apa sebab belum diuji..tapi saya suka dengan cara kakak angkat saya mendidik anak angkat dia..dia rajin layankan anaknya bercerita, dah macam orang dewasa bila bercerita...hasilnya anaknya jadi seorang yang sweet sifatnya dan bijak pandai akalnya..

    ReplyDelete
  8. Perkongsian yang baik sekali. InsyaAllah akan dijadikan tauladan agar tidak membebankan anak-anak di kala mereka inginkan perhatian kita

    ReplyDelete
  9. insaf.. tetiba rindu diorang kat sekolah tu.. perkongsian yang sangat bermanfaat abam kie. mengetuk keegoan sebagai ibu bapa..

    ReplyDelete
  10. perkongsian yang menarik. itulah kehidupan kan

    ReplyDelete
  11. kesian kat anak tu. mama pun kdg2 imbas kembali apa yg mama buat seharian dan apa treatment mama pada dia. skrg selalu juga menjada kata, lidah dan perbuatan agar syafi tak terguris

    ReplyDelete