Monday, 5 August 2019

Perlu ke pakai penapis air mahal?


"Doktor tak pakai water filter ke doktor?" 

Eh, saya pakai je water filter di rumah. Tapi saya pakai water filter yang biasa - biasa je. Asalkan boleh tapis kelodak yang ada dalam bekalan air, ok saja. 

Kadang - kadang kelodak dalam air akan buat rasa air kurang enak, jadi saya lebih selesa menggunakan water filter. Murah je pun tak sampai RM 200. Jenama Panasonic. Bila sampai masa ya, hanya perlu tukar penapis yang baru. Tak sampai RM 100.

"Doktor tak takut ke dengan bahan kimia dalam bekalan air? Boleh lekat dekat buah pinggang tau?!" 

Apa yang kamun merepek ni? Memang la fungsi buah pinggang untuk 'filter' darah. Tapi ia bukanlah semudah itu. 'Filter' buah pinggang bukan macam water filter. Kalau macam tu, setahun sekali nak kena tukar buah pinggang ke apa? 

Awak ingat air terus masuk dalam darah ke macam mana? 

Sistem badan kita sudah lengkap dengan sistem untuk mengawal asid dan bes dalam badan. Belum sempat masuk sistem darah pun dah ada berbagai mekanisme badan mengawal apa yang akan sampai ke salur darah dan sel. Tak usah percaya la orang dok jual air alkali bagai. 

Cuba tanya dia, apakah tahap pH dalam perut? Alkali ke asid? 
Nak lagi 'power', tanya penjual tu mana satu lagi sifat menghakis; alkali atau asid? 

Pakai je la mana - mana filter ikut suka. Tapi jangan lupa untuk masak dulu. Air lebih afdhal diminum jika di masak dahulu. Memang tak mati kalau minum terus, tapi kita nak kurangkan insiden jangkitan kuman melalui air. 

Nak pakai water filter GoAway atau Kokok pun, pakai la. Ikut kemampuan masing - masing. Memang mudah jika ada filter jenis yang boleh proses air yang terus panas atau sejuk. Tapi tengoklah kemampuan dan kegunaan. 

Macam saya yang baru beranak dua ni, sempat je nak masak air dan simpan dalam bekas atau flask. Elektrik pun jimat. 

"Doktor cakap macam ni, tak risau ke tutup periuk nasi penjual water filter?" 

Apa ke merepek benor kamu ni? 

Penjual sendiri yang tutup periuk nasi mereka apabila bagi claim bukan-bukan boleh sembuh berbagai penyakit. Sendiri cari penyakit lah. 

Meh saya berikan tips untuk buka periuk nasi tu.

JANGAN OVERCLAIM dalam pemasaran produk. Pelanggan akan lebih hargai peniaga yang ikhlas, tidak menipu dan berikan perhidmatan tip - top. 

Mesej sahaja:

"Apa khabar tuan? Mesin penapis ok ke? Saya nak uruskan untuk maintenance. Boleh saya arrange tarikh dengan tuan?" 

Simple je kan? 

OK la. Tak simple. Tapi boleh faham kan?

Sumber: 

Dr Ahmad Firdaus Bin Mohd Haris
Pengerusi dan Pengasas
Medical Mythbusters Malaysia

13 comments:

  1. setakat ni saya masak air guna cerek elektrik je...takde filter pun. tapi mesti guna yang direct ke tap kat sinki dapur..jangan yang dari storage kat atas bumbung rumah tu

    ReplyDelete
  2. betul ckp doktor tu...sy pun setuju sangat2

    ReplyDelete
  3. saya setuju tuan... sy dan suami mmg dr dulu tak ambik water filter yg tgh viral.. mmg guna panasonic je.. saya setuju dgn kata3 doktor tersebut.. dalam masa yg sama.. kita jaga kebersihan btl2.. masak air dulu... sy pun ada anak kecik yg menyusu botol... so depends pada diri kita sndiri juga.. penjual jgn overclaim..pengguna pun jgn riak kata aku sihat je tak guna brand itu ini.. hehe.. kita santai2 je

    ReplyDelete
  4. betul tu... kalau kita ikhlas dgn produk kita, itu dah ckp utk menawan hati pengguna

    ReplyDelete
  5. sekrg penapis air dh ada utk air panas, mmg sangat mudah, cerek dah di simpan tapi itulah harga ribu-riban..

    ReplyDelete
  6. Dah jadi macam barang keperluan.

    ReplyDelete
  7. Mmg sy slalu dgr org yg buat bisnes mlm hrga penapis air diorg sampai ribu2 harga..

    ReplyDelete
  8. Hahahaha... macam tahu jer... jenama GoAway dengan Kokok tu ada satu lagi cikgu jigjig.

    Bagi Mrs. A boleh je pakai tapi ikut kemampuanlah tak perlu kut nak ikut trend terkini.

    ReplyDelete
  9. dah lama tak guna penapis air sejak penapis air yang pernah digunakan rosak.

    ReplyDelete