Handphone Vivo V11 yang abam kie guna ni ada dua slot kad sim. Jadi abam kie beli kad sim Celcom sebagai talian kedua. Malangnya abam kie jarang guna line Celcom sebab line utama iaitu Digi pun dah cukup banyak bagi kuota internet dan panggilan. Kadang2 tu sampai habis tarikh sah kredit tapi nilai kredit masih banyak lagi. Memang la..kalau topup rm10 cuma dpt tempoh sah 10 hari je. 

Lalu Abam Kie pun mencari dealer One XOX sebab telco ini memberikan tempoha sah terpanjang di Malaysia iaitu 28 bulan! Sesuai benar untuk dibuat sbg backup line atau hadiahkan kpd ibubapa di kampung sbb selalunya mereka jarang buat call.Jadi abam kie pun buat port out dari Celcom ke XOX. Beli kad sim baharu pd harga RM10 je. Dapat RM5 kredit panggilan.



Tengok la kat atas tu! Lambat lagi kan line XOX ni nak mati. 12 Sept 2021! Boleh cakap2, antar sms dan melayari internet sepuas hati! Namun malangnya line XOX di pekan Tanah Merah ni x support 4G! Hampeh betul. Kalau x sokong 4G memang x berbaloi la guna, kan? Jadi abam kie gunakan line XOX ni utk sms je. Semoga pihak XOX dpt mempertingkatkan lagi liputan di tempat tinggal abam kie ni. Biar setanding dengan Maxis, Celcom dan Digi.