Monday, 8 July 2019

Peti Surat Kini Terbiar Sepi


Assalamualaikum. Ini adalah foto peti surat di tembok pagar rumah Abam Kie. Cermin dah pecah dilanda ribut dan banjir kuning tahun 2014 lalu. Abam Kie mula menduduki rumah ini pada 2007. Bila pindah ke sini dari rumah sewa, terus pergi ke pejabat pos untuk maklumkan posmen tentang alamat rumah baharu ni. Seminggu lepas itu segala surat sudah mula dimasukkan ke dalam peti surat tersebut.

Pada masa tu peti surat ini selalu menerima pelbagai bentuk surat, bil, kad raya, surat saman, majalah dan sebagainya. Tapi sejak segala penyedia perkhidmatan seperti ASTRO, kad kredit, bank, Telekom Malaysia dan Digi beralih kepada e-statement atau e-billing maka semakin kurang dikunjungi posmen akan peti surat itu. Cuma kekadang bil TNB dan Air Kelantan diletakkan ke dalamnya. Jika tidak maka terbiar sepilah ia. Kekadang mujur gak ada e-billing ni. Tak la rumah abam kie ni dipenuhi kertas. Masa guna bil kertas dulu biasanya selepas setahun abam kie akan melupuskan bil2 yang lama tu.

Abam Kie memang lebih suka surat dihantar terus ke alamat rumah kerana ia berbentuk persendirian. Tak bercampur dengan surat2 orang lain. Masih ramai rakan guru yang menginginkan surat2 dialamatkan ke sekolah. Mungkin posmen tak masuk ke kawasan rumah mereka kot? Jadi bila dihantar ke sekolah, maka penuh la segala surat di dalam laci kat pejabat ni. Satu kerja pulak nak mencari surat2 kita diantara banyak2 surat yang ada. Membazir masa aje. Lagipun kat sekolah abam kie tak ada pigeon hole mcm kat PPD atau Kolej Kediaman UM dulu. Leceh kan nak mencari surat kita?

Teringat masa kecil2 dan remaja di kampung dulu segala surat diletakkan posmen di kedai runcit Pak Long Abam Kie. Jadi semasa balik dari sekolah abam kie singgah kejap nak semak surat. Selalunya Mak Long dah siap asingkan surat untuk keluarga Abam Kie. Kadang2 bimbang gak surat2 penting akan tercicir. 

Jadi sekarang ni seiring dengan peredaran masa dan zaman sains dan teknologi yang serba canggih ini, peranan surat semakin pudar. Hmm...dah lama abam kie tak beli stem di pejabat pos. Surat tawaran masuk U pun dihantar ke emel atau boleh dicetak terus di portal UPU. Jauh bezanya dengan zaman abam kie dapat tawaran buat TESL di UM dulu. Begitulah kisah surat yang kurang digunakan pada zaman skrg.  

21 comments:

  1. Betul Cikgu..banyak yang sudah menjdi kenangan dan bakal lebih banyak lagi yang menuju ke arah menjadi kenangan nanti.

    ReplyDelete
  2. betul tu abam kie... peti surat dh terpinggir skang ni... umh sy pun peti surat dah tak ada surat... hehe... sy pun guna alamat ofis juga sbb kalau kat umh ada kala tercicir...

    ReplyDelete
  3. SALAM CIKGU AK KESIAN PETI SURAT TERTUNGGU-TUNGGU SURAT DIMASUKAN KE PERUTNYA HEH..HEH..MASA MERUBAH SEGALA KAN

    ReplyDelete
  4. betul tu...peti surat saya penuh risalah yang orang hantar dr rumah ke rumah tu...giant la..tesko la... tuition la..peminjam berlesen la

    ReplyDelete
  5. betul, sama rumah saya pon yang masih setia setiap bulan, bill letrik & air, yang lain risalah2 je byk

    ReplyDelete
  6. Betul tu Abam Kie. Sekarang ni susah nak tengok peti tu ada surat macam sebelum ni. Dulu masa kecil-kecil memang surat posmen letakkan dekat kedai kopi lorong nak masuk rumah. Sesekali mesti singgah check ada surat atau tak

    ReplyDelete
  7. surat cik nor sampai kt kedai lagi..huhu

    ReplyDelete
  8. peti surat tu nampak menyeramkann

    ReplyDelete
  9. Betul tu Abam Kie. Hanya bil air & bil elektrik je yang jadi pengunjung setia peti surat kat umah ini :)

    ReplyDelete
  10. Peti surat sekarang ni tiada lagi surat-surat yang macam dulu. Masa kecil, Seronok dapat surat dari kawan-kawan. Bunyi posmen hon pun dah eksaited. Dapat surat. Kopek setem. Hehe.

    Sekarang ni penuh dengan bil astro. Bil api ja 😁

    ReplyDelete
  11. Nanti dh tak perlu lagi posbox tu, semua ebillig or sms. Kat rmh aku pun cmni, urusan rasmi guna address ofis semua

    ReplyDelete
  12. Tinggal kenangan. Sekarang semua nak mudah. Di tempat Fiza lagilah. Kampung kecik je. Segala jenis posto, posmen akan sms bagitau ada surat or brg sampai. then, kena pickup sendiri di pejabat pos.

    samalah, lama dah tak beli setem. hehe...

    ReplyDelete
  13. perasaan bila dapat surat selain surat rasmi tu, lain macam. sesuatu yang kian hilang ditelan teknologi

    ReplyDelete
  14. dulu teringat juga byk dpt kad raya dlm peti surat tu..surat tawaran kerja, tawaran sambung study semuanya melalui surat. Skrg ni nak dapat 1 surat pun dah payah skrg ni melainkan bil letrik, bil air jela...yg lain semua dah digital..

    ReplyDelete
  15. sekarang pun surat datang minta hutang je la haha

    ReplyDelete
  16. Surat yang masih setia mengunjungi peti surat adalah surat-surat dari bank, TNB, JBA. Itu je la

    ReplyDelete
  17. Kat rumah Rabia pun ada peti surat. Posmen selalu hantar surat2 kt rumah.

    ReplyDelete