Pada cuti Hari Raya Aidil Fitri yang lalu, kawan lama Abam Kie yang berasal dari Johor Bahru ada datang menghadiri kenduri kahwin anak saudaranya yang bernikah dengan gadis berasal dari Machang, Kelantan. Jadi inilah sedikit komen beliau tentang majlis kenduri kahwin yang dihadirinya. Dia menganggap orang2 Kelantan ni ukur baju pada badan sendiri bila masuk bab2 kahwin ni. Jom baca komen beliau! 

✅ Ini kali ke 10 AJ hadiri kenduri kahwin di Kelantan

✅ AJ respect kenduri kahwin di sini. Mostly ukur baju pada badan sendiri

✅ Majlis yang simple-simple, tempat pengantin yang biasa, makanan pun tidak la bermewah-mewah, kompang-kompang silat silat pun jarang

✅ Pelamin biasa-biasa, makanan beradab pun seadanya, tiada photographer itu situasi normal. Bukan tak mampu tapi kenapa nak membazir sehari derita bertahun-tahun kan?

✅ Sometimes, pengantin mungkin segan jadi majlis dibuat simple-simple je.

✅ Tapi apa gunanya kenduri gah, jemput beratus-ratus orang tapi guna duit personal loan lepas kahwin hutang berjela?

✅ Lebih malang anak dah dua 3, hutang personal loan belum selesai

✅ Jangan kerana nak beraksi lebih Raja Sehari, derita dan sengsara bertahun-tahun lamanya

✅ Tepuk dada, tanya selera. Kalau mampu apa salahnya. Kalau tak mampu berpada-pada la ya

✅ Tabik Spring. No wonder orang Kelantan ramai yang kaya raya!