Assalamualaikum. Siapa kata orang lelaki tak suka bergaya? Kadang2 kami kaum Adam ni bersikap lebih cerewet dari orang perempuan. Bila bercakap tentang bab kecantikan kaum lelaki ni, salah satu produk yang wajib ada dalam senarai kami ialah pomade. Kalau selalunya pomade ni digunakan oleh kami yang mahu menumbuhkan jambang atau side burn je, tapi kini kami menggunakan pomade untuk menjadikan rambut sihat dan bersinar pula! Jangan tak tahu pulak! Tapi korang, kaum2 Hawa tau tak ada 4 jenis pomade di pasaran dan yang Abam Kie nak promosi hari ini ialah BIOCHO Pomade.


Apa tu pomade? Pomade pada asasnya merupakan produk penggayaan rambut yang diformulasi daripada minyak, lilin atau bahan air. Apa yang membuatkan pomade semakin mendapat tempat di pasaran adalah kerana ianya tahan lama bila dipakai dan mudah untuk digayakan dalam apa juga gaya rambut yang diinginkan.

Namun tak semua pomade elok dan sesuai untuk dipakai terutamanya untuk jangka masa panjang sebab kandungan bahan-bahan yang ada dalam pomade tu sendiri. Macam yang Abam Kie bagitahu tadi, ada 4 jenis pomade yang dijual di pasaran. Meh, Abam Kie nak jelaskan satu persatu kat bawah ni.


1. Pomade Jenis Gel

Dihasilkan dari bahan-bahan kimia seperti lilin sintetik, hair fixates, polimer, alkohol dan karbome. Pomade ni senang untuk digayakan dan mudah dicuci TETAPI boleh mengakibatkan kekeringan rambut yang melampau, dermatitis kulit serta menyebabkan kehilangan rambut. Pomade ni juga tak sesuai untuk kulit sensitif kerana boleh menyebabkan psoriasis, dermatitis, kelemumur dan kegatalan.

2. Pomade Orthodox Berasaskan Air

Pomade ni merupakan kombinasi gel rambut dan minyak tradisional yang juga mudah untuk dibentuk dan dicuci. NAMUN pomade ni masih mengandungi baham kimia yang boleh mengeringkan kulit kepala, menyingkirkan minyak semulajadi rambut dan menyebabkan kegatalan.

3. Pomade Unorthodox Berasaskan Air

Pomade ni merupakan campuran lilin dan minyak dengan air menggunakan synthetic emulsifer yang mudah untuk digayakan dan dicuci. Walaupun pomade jenis ni mampu melembap dan melindungi rambut NAMUN kandungan bahan kimia seperti paraben dan pewangi sintetik boleh memberi kesan buruk kepada kulit kepala.

4. Pomade Berasaskan Minyak

Dihasilkan daripada lilin seperti Beeswax, lilin petroleum dan minyak tumbuhan semulajadi atau minyak mineral.  Tidak mengandungi bahan kimia dan baik untuk kulit kepala dan rambut. TETAPI masalah utama pomade jenis ni ialah  ianya sukar dibasuh rambut  dan boleh menyebabkan kulit kepala berminyak dan liang tersumbat.


Sekarang dah tau kan 4 jenis pomade yang ada di pasaran. Tapi takde satu pun pomade yang sesuai untuk digunakan setiap hari untuk jangka masa yang lama, kan? Memahami masalah tu, RenoSkin International Sdn Bhd sebuah syarikat yang mengeluarkan produk yang berasaskan bahan semula jadi telah menghasilkan BIOCHO Pomade.

Oh ya lagi satu kalau korang nak tahu, pengasas RenoSkin ni memang ada kelayakan dalam bidang kimia dari UMP untuk menghasilkan produk yang selamat tau. So korang tak perlu nak ragu-ragu dah bila guna produk-produk di bawah label mereka.

BIOCHO Pomade ini dirumus khas menggunakan Beeswax tanpa bahan kimia dan bahan pengawet untuk mengekalkan segala kebaikan pada kulit kepala dan rambut. Antara kandungan lain yang ada dalam BIOCHO POMADE adalah  :

1. Minyak Argan

Kaya dengam nutrien untuk rambut seperti asid lemak dan vitamin E. Antara manfaat minyak Argan ialah ianya mampu menjadikan rambut lebih sihat, lembut, bersinar serta mudah digayakan. Asid lemak di dalamnya penting dalam mengurangkan keradangan kulit dan mencegah kekeringan.

Minyak Argan juga berfungsi sebagai perapi rambut untuk mengatasi masalah rambut mengerbang dan bercabang.

2. Minyak Rosemary

Minyak Rosemary kaya dengan antioksidan hasil daripada unsur kimia utamanya seperti carnosol, carnosic acid, ursolic acid, rosmarinic acid dan caffeic acid. Antara fungsi minyak Rosemary ialah menggalakkan pertumbuhan rambut serta membantu bertindak sebagai ejen semulajadi anti keguguran rambut.

3. Minyak Zaitun Tulen (Virgin Olive Oil)

Antara manfaat Minyak Zaitun Tulen ialah mengurangkan masalah rambut bercabang dan keriting, menguatkan rambut dari akar ke hujung rambut, mengunci kelembapan rambut dari dalam, melindungi rambut dari sinar UV, mengawal keguguran rambut serta berfungsi sebagai perapi semulajadi rambut.

4. Minyak Kelapa Dara (Pure Coconut Oil)

Seperti yang kita tahu, minyak kelapa mempunyai khasiat yang sangat baik untuk rambut kita. Antara manfaat minyak kelapa ialah mampu menjadikan rambut lebih tebal dan bersinar, melindungi rambut dari kehilangan protein, bertindak sebagai anti kelumumur semulajadi, meningkatkan kesihatan kulit kepala, melawan jangkitan dan kulat dan menyokong pertumbuhan rambut.


5 Sebab Kenapa Perlu Dapatkan BIOCHO Pomade ni? 



Rambut kembali segar dan bersinar dengan pengambilan BioCho Pomade secara berterusan.

1. Dihasilkan dari bahan semulajadi tanpa sebarang bahan kimia seperti paraben, pewangi sintetik dan lain-lain.

2. Rambut lebih mudah untuk digayakan, tahan lama serta senang untuk dicuci tanpa meninggalkan sebarang lekatan.

3. Tekstur pomade yang tidak melekit mudah untuk diramas pada rambut.

4. Memberi khasiat dan manfaat kepada rambut  agar lebih sihat, lembut dan bersinar secara semulajadi.

5. BIOCHO pomade ni sangat sesuai untuk lelaki yang ada masalah kulit sensitif, kelumumur dan kegatalan kulit kepala kerana kandungannya berkhasiat untuk kulit kepala dan tidak menyebabkan sebarang keradangan.

Cara nak guna BIOCHO Pomade:

Sesuai untuk semua jenis kulit kepala dan rambut.  Sangat molek disapu ke atas rambut yang lembap. Colek sedikit dalam saiz duit syiling 20 sen. Kemudian gosok diantara dua tapak tangan dan gosok perlahan-lahan di atas rambut anda. 


Rambut menjadi semakin hitam setelah menggunakan BioCho Pomade. 

Bagaimana Nak Beli BIOCHO Pomade?

Macam Abam Kie 'royak' tadi, tak rugi beli dan guna BIOCHO Pomade ni. Jadi kawan2 lelaki di luar sana patut beli dengan segera, tau! Bagi kaum wanita, anda boleh jadikan hadiah untuk adik lelaki, abang, suami atau kawan-kawan pun sesuai sangat. Harga pomade pun mampu milik! Dengan kandungan minyak semulajadi, harga yang dijual hanya RM45 (RM49 SS) sahaja. Berbaloi-baloi sebab sebotol pomade ni boleh tahan sehingga 4 bulan kalau guna 2 kali sehari. Jimat kan???

Bagi korang yang berminat nak beli atau nak jadi pengedar produk BIOCHO, korang boleh order melalui WhatsApp di http://www.wasap.my/60164907155/pomade atau beli di Shopee Shop di SINI.

Untuk maklumat lanjut tentang BIOCHO Pomade dan produk-produk lain korang boleh layari laman web atau FB page seperti di bawah :