Cara Mengembalikan Fail Yang Hilang Di Pendrive
Mesti pernah jadi kat korang. Nak buat kerja Assingment tapi bila cucuk pendrive, dalam pendrive kosong. Ini semua sebab virus. Tapi jangan risau! Korang boleh ikut cara dekat bawah ni. TAK SAMPAI 5 MINIT PUN! Moga bermanfaat 😊
1. Mula-mula sekali anda kena cucuk pendrive tu dekat laptop atau PC.
2. Pas tu bila klik dekat My Computer, akan keluar nama pendrive anda dan saiz file. Tapi kalau buka tu kosong, maksudnya file tu dah tersembunyi.
3. Kemudian tengok huruf sebelah nama pendrive anda.
4. Langkah seterusnya, klik butang 'start' di penjuru bawah kiri laptop anda. Kemudian taip 'cmd' dan klik.
5. Lepas keluar kotak hitam tu, taip huruf pendrive diikuti dengan noktah bertindih. Pas tu tekan 'enter'.
6. Lepas tekan 'enter', akan keluar pula seperti gambar kat atas tu...
7. Sekarang taip attrib -s -h/s/d*.*. Taip perkataan yang berwarna OREN saja. Lepas tu tekan 'enter'.
8. Tunggu beberapa saat sampai keluar seperti gambar di atas tu....
9. Sekarang buka balik My Computer. Lepas tu buka pendrive anda.
10. Sekarang ni ada folder yang tiada nama kan? jadi, folder itulah yang mengandungi semua fail anda. Klik je folder tu nanti keluar la segala fail anda. Selamat mencuba ya!
18 Comments
Alhamdulillah.Terima kasih perkongsian ya Cikgu.Boleh PC kongsikan juga dengan en suami ni.
ReplyDeleteNice info, terima kasih cikgu 😊
ReplyDeletenice info..
ReplyDeleteThanks Cikgu
ReplyDeleteBoleh kongsi PC dengan Sang isteri.
ReplyDeleteVirus suka menyerang bila-bila mana sahaja.
ReplyDeletePerkongsian yang bermanfaat.
ReplyDeleteBlogwalking
ReplyDeleteDi sini, abam Kie telah menerbitkan banyak artikel yang berfaedah.
ReplyDeleteKena simpan info ni. Tq for sharing.
ReplyDeleteThanks for sharing this :)
ReplyDeletewow hebatnya, byk pendrive mama yg terpaksa mam format rupanya boleh diselamatkan lagi huhu
ReplyDeleteinstall software smadav antivirus. senang dia recover balik.. hehe
ReplyDeletedah pernah cuba.. memang berkesan :)
ReplyDeleteboleh sangat dijadikan rujukan nanti...
ReplyDeletewalaupun jarang memggunakan pen drive
Perkongsian yang sangat bermanafaat.
ReplyDeleteTerima kasih
nice sharing abam kie.
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian. cara lain lebih mudah guna software smadav je
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.