Friday, 3 May 2019

Cara Mengembalikan Fail Yang Hilang Di Pendrive


Mesti pernah jadi kat korang. Nak buat kerja Assingment tapi bila cucuk pendrive, dalam pendrive kosong. Ini semua sebab virus. Tapi jangan risau! Korang boleh ikut cara dekat bawah ni. TAK SAMPAI 5 MINIT PUN! Moga bermanfaat 😊


1. Mula-mula sekali anda kena cucuk pendrive tu dekat laptop atau PC.


2. Pas tu bila klik dekat My Computer, akan keluar nama pendrive anda dan saiz file. Tapi kalau buka tu kosong, maksudnya file tu dah tersembunyi.


3. Kemudian tengok huruf sebelah nama pendrive anda.


4. Langkah seterusnya, klik butang 'start' di penjuru bawah kiri laptop anda. Kemudian taip 'cmd' dan klik.


5. Lepas keluar kotak hitam tu, taip huruf pendrive diikuti dengan noktah bertindih. Pas tu tekan 'enter'. 


6. Lepas tekan 'enter', akan keluar pula seperti gambar kat atas tu...


7. Sekarang taip attrib -s -h/s/d*.*. Taip perkataan yang berwarna OREN saja. Lepas tu tekan 'enter'. 


8. Tunggu beberapa saat sampai keluar seperti gambar di atas tu....


9. Sekarang buka balik My Computer. Lepas tu buka pendrive anda.


10. Sekarang ni ada folder yang tiada nama kan? jadi, folder itulah yang mengandungi semua fail anda. Klik je folder tu nanti keluar la segala fail anda. Selamat mencuba ya!

Kredit: Maukerja Malaysia 

18 comments:

  1. Alhamdulillah.Terima kasih perkongsian ya Cikgu.Boleh PC kongsikan juga dengan en suami ni.

    ReplyDelete
  2. Nice info, terima kasih cikgu 😊

    ReplyDelete
  3. Virus suka menyerang bila-bila mana sahaja.

    ReplyDelete
  4. Di sini, abam Kie telah menerbitkan banyak artikel yang berfaedah.

    ReplyDelete
  5. Kena simpan info ni. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing this :)

    ReplyDelete
  7. wow hebatnya, byk pendrive mama yg terpaksa mam format rupanya boleh diselamatkan lagi huhu

    ReplyDelete
  8. install software smadav antivirus. senang dia recover balik.. hehe

    ReplyDelete
  9. dah pernah cuba.. memang berkesan :)

    ReplyDelete
  10. boleh sangat dijadikan rujukan nanti...

    walaupun jarang memggunakan pen drive

    ReplyDelete
  11. Perkongsian yang sangat bermanafaat.
    Terima kasih

    ReplyDelete
  12. terima kasih atas perkongsian. cara lain lebih mudah guna software smadav je

    ReplyDelete