Dalam amalan harian masyrakat Melayu khususnya, ada banyak perkara yg dilakukan secara terbalik, bercanggah atau tidak mengikut apa yg diajar oleh Islam. Ia menjadi budaya dan nampak seperti sukar diubah. Saya tulis untuk mengajak berfikir dgn harapan ada yg diperingatkan.

Jika pagi ini hujan ribut dgn petir berdentum, kita tetap bersiap ke tempat kerja, meredah hujan dan ribut kerana nak cari rezeki. Tetapi banyak hari dalam hidup kita tidak hujan, tidak ribut, cuaca terang benderang, kita tetap tak pergi ke rumah Allah walau pun bilal masjid mengajak 5 kali sehari, sedangkan rezeki yg nak cari itu datangnya dari Allah. Sepatutnya ke masjid itu disamakan kalau pun tak lebih, seperti kita berulang ke pejabat.

Berkerja siang malam dan simpan duit bertahun-tahun, bahkan meminjam dgn kerajaan untuk buat rumah selesa, rumah besar di dunia, yg kita cuma nak hidup dlm lingkungan 60 tahun tetapi tak pulun beribadat, mengumpul kebajikan untuk membuat rumah di syurga sedangkan rumah di syurga itu untuk didiami selamanya. Terbalik!

Waktu petang dan hujung minggu sibuk hantar anak tusyen Matematik, Bahasa Inggeris takut tak capai A dlm UPSR, PT3 atau SPM, bayar berapa saja, janji dpt A, tapi anak tak boleh baca Al-Quran, tak sempurna solat, tak faham hal bersuci, hal ibadat, buat tak kisah saja. Serah kepada ustaz di sekolah cukuplah. Sedangkan anak tak boleh baca Al-Quran, tak faham fardu ain, tak sempurna ibadat, ibubapanya akan ditanya di depan Allah. Tapi anak tak dpt A dlm SPM, Allah tak akan tanya. Eih! Eih!

Bila berlaku kematian, buat kenduri arwah bertali arus, habis beribu, sedangkan tak ada kenduri arwah atau kenduri tahlil yg diajar oleh nabi. Telah jelas pada hadis bila mati anak Adam putuslah amalnya kecuali ilmu bermanfaat yg diajar, sedekah jariah dan anak yg soleh yg mendoakan baginya. Anak yg kena doa, bukan orang lain. Lebih baik jika wang itu diwakafkan utk masjid, tempat pengajian, badan kebajikan yg lebih berkekalan pahalanya berbanding dgn memberi orang makan yg putus pahala sekali lalu.

Kalau nak ke Mekah kerja haji, maka dibuat kenduri, jemput orang ramai. Tetapi bila balik Mekah langsung tak buat kenduri. Hakikatnya kenduri dlm Islam satu darinya ialah kerana selamat bermusafir, bukan kerana nak bermusafir. Terbalik. Mungkin kenduri nak pi Mekah boleh bersalam dan ada bunganya, kenduri balik Mekah takut habis buah kurma. Jangan marah.

Bila pergi kenduri kahwin, bersiap di rumah dgn envelope berduit untuk bersalam, malu bersalam tangan kosong, tetapi bila pergi ziarah kematian tak sibuk pun bersiap envelope berduit sedangkan orang yg jemput makan kenduri tak beri duit pun tak apa kerana dia ada lebihan duit sebab itu dia buat kenduri. Terbalik. Tetapi keluarga si mati yg diziarahi mungkin perlu sokongan kewangan, maka perlu diberi hadiah wang atau sedekah untuk membantu. Kalau tak mau serba-salah, bagi duit kedua-duanya.

Akhirnya utk catatan kali ini, kita memang suka terima pemberian baik dlm bentuk hadiah, sedekah atau apa saja. Senyum lebar sampai ke telinga. Tapi kita tak suka pulak memberi, sedangkan hadis nabi menyatakan tangan yg di atas itu lebih baik dari yg di bawah. Banyak orang suka jadi tangan yg di bawah, suka terima saja, dia mendapat ganjaran dunia tetapi hakikatnya orang yg memberi mendapat ganjaran yg lebih besar dari Allah

Fikirkanlah lain perkara dgn ilmu, jangan ikut buta tuli. Ibarat sekawan itik yg mengikut bapa itik berderet turun naik paya, bendang, parit, longkang tanpa soal.

Sumber: ABD GHANI HARON