Friday, 9 November 2018

Jom muatturun kalendar kuda 2019



Kalendar kuda amatlah dinanti-nantikan oleh kita semua apabila tahun baharu bakal menjelang. Biasanya pekedai-pekedai akan memberikan kalendar ini secara percuma apabila pelanggan pergi membeli barang di kedai mereka. Tapi sejak dua menjak ini peniaga ni macam berkira sangat bila nak bagi kalendar free kat pelanggan mereka. Tak baik kedekut tau! Nanti meniaga tak berkat dan x banyak untung tau! Macam Pantai Timur Shopping Centre di Tanah Merah, Kelantan ni memberi kalendar berdasarkan jumlah belian yang kita beli kat pasarayanya. Contohnya kalau beli dibawah RM30 dapat kalendar kecik, kalau belian bernilai RM70 dapat yang sederhana dan kalau belian melebihi RM100 dapat yang besar. Oleh sebab mcm ni la abam kie ralat nak shopping di kedai macam tu. Sedangkan kalau kita kumpulkan resit sepanjang tahun tu memang belian kita di pasaraya tu dah beribu2 ringgit! Geramnya aku!

Mulai dari tahun 2018 ni abam kie dah malas nak shopping ke hulu ke hilir dengan harapan nak dapat kalendar gratis gitu! Bapak udah capek dong! Jadi abam kie muatturun je kalendar kuda ni secara atas talian. Google je. Pasti berjumpa link untuk download benda alah ni. Lepas download tu terus abam kie cetak dan hiaskan serba sedikit. Buat holder ke apa supaya senang nak sangkut. Be creative, man! 

Jadi kalau kawan2 nak muatturun kalendar kuda tu boleh la klik di SINI. Lepas tu cetak dan hias la lebih kurang halal. Seronok kan buat kalendar sendiri kan? Kucing bujang Abam Kie tu namanya Jali. Ia seekor je yang tinggal. Tu pun abam kie kesian je kat ia. Kalau fikirkan nak buang je sebab ia selalu landing atas bonnet dan bumbung kereta Preve hitam tu. Abis calar! Geram tul.


10 comments:

  1. x nak muat turun kalender tp nk muat turun yg putih kt sebelah lg berbulu tu boleh x? haha

    ReplyDelete
  2. Dulu belanja pembeli mewah kalender...sekarang mewah alasan peniaga..adududu.Penyudahnya malas nak tanya-tanya.
    Bak kata makcik PC...mungkin kalender tu dia nak buat langsir agaknya.
    Hai Jali..

    ReplyDelete
  3. dan terus merancang perjalanan 2019 kan abam kie hehe

    ReplyDelete
  4. Walaupun ada banyak je spesies kalendar di pasaran sekarang ni, kalendar kuda tetap menjadi pilihan hati sebab maklumatnya tepat. Kalendar kuda memang terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju. sebab membesar dengan kalendar kuda kan, jadi camna pun tetap pilih kalendar jugak. heheheehe

      Delete
  5. Teringat dulu-dulu, setiap hujung tahun je, kedai runcit mesti bagi kelendar kuda kepada pelanggann setia mereka. Sekarang ni susah untuk medapatkan kelendar kuda.

    Mungkin peniaga dah anggap yang aktiviti memberi kelendar kuda kepada pelanggan dah tak berapa penting sebab di zaman ini pelanggan boleh 'download' di dalam google. Sebenarnya pemberian kelendar kuda ni adalah salah satu daripada strategi perniagaan ( Customer relationship strategy).

    ReplyDelete
  6. kalender yg mudah lagi praktikal...tapi kena hati2 jg ttg gambar kat hari thaipusam tu, ngak elok, boleh je padam dgn 'highlighter'...

    ReplyDelete
  7. Kalendar yang sentiasa menjadi pilihan walaupun ada akan ada kalendar lain hehe. Nampak gaya kena download jugalah ni.

    ReplyDelete
  8. Teman peminat kalendar kuda sejak dulu-dulu lagi.

    ReplyDelete