Monday, 15 October 2018

Apa anda rasa dan buat bila kereta calar?


Kdg2 Abam Kie terasa kagum kat pemilik kereta yg x ada kesan calar ni. Bagaimana agaknya dia jaga kereta? Boleh kasi tips penjagaan ke? Kereta Abam Kie ada kesan calar serba sikit. Bila basuh baru perasan. Tak tahu siapa yg buat. Sabar je la. Kereta Proton Preve hitam Abam Kie ni dah 6 thn beli. Baru je habis bayar.

Entah la. Kadang2 kita dah jaga kereta sehabis baik. Nak masuk parkir pun pelan2. Tapi dalam pada berjaga tu pun tercalar gak. Kalau x nak calar-balar rasanya baik diselimutkan aje kereta tu dan simpan dalam garaj. Betul tak?

Pernah satu hari Abam Kie lemparkan soalan ini kepada geng2 cikgu di dalam group Sahabat Guru Malaysia. Mcm2 komen yg abam kie dapat. Ada yang kata lumrah la kereta ni calar. Kalau sikit2 gi polish kat kedai. Jika teruk benar, kena ketuk body n cat baharu.

Bila difikir2 biar la calar sikit2 tu. Semua ni harta dunia. Bukannya buleh bawa ke dalam kubur. Cuma kita sebagai pengguna kereta kenalah jaga kereta tu sebaik mungkin. Kan mahal kereta tu! Ada yg ambik installment sampai 9 tahun! Tapi janganlah kita menjadi hamba kepada kereta tu sampai 1 butir pasir pun x ada atas alas kaki kereta tu! Berpada-pada la. 

Apa pendapat kawan2 jika kereta ada kesan calar? Sila tulis di ruangan komen, OK? Terima kasih.

21 comments:

  1. calar ok lg abam kie... kalau remuk redam tu yg laaaagiiiii sakit hehehe... kereta tanpa calar? ada. lps beli duduk je dlm garaj. x keluar2. guna pun 10 thn sekali mcm jiran sy hahahahaha

    ReplyDelete
  2. body calar xper a.kie..enjin rosak yang tak nak.huhu. dalam kete saya pasir blh buat tiang rumah gamaknya. xkuasa nak vacum dah..haha

    ReplyDelete
  3. Kadang tanpa sengaja kita tercalarkan sendiri...kadang angkara kecuaian dan kesengajaan orang lain mencalarkan..macam-macam Cikgu AK.Adatlah calar sikit-sikit..ujian pemiliknya.Tapi memang ada yang sangat-sangat menjaga sehingga sebelum naik kenderaannya mesti ketuk2 dulu kasut supaya tidak berhabuk dan berpasir dalam keretanya.Allahu.

    ReplyDelete
  4. kalau sendiri yg calar kan, rasa mrh pd diri sndri..
    tapi calar disebabkan org langgar mmg marah tu maksimum..

    ReplyDelete
  5. kereta sy ada sikit calar sbb suami pernah terlanggar dinding. mula2 mmg marah jugak, tp lama2 rasa mcm, apa lah sangat kereta ni nak dibandingkan dgn suami yg sentiasa ada support kita susah senang ni. Rasa berdosa pulak hahaha. Kereta boleh dibeli, suami takde pengganti. So start situ mcm dah rasa kereta ni walaupun kita jaga sehabis baik pun mesti akan ada calar sikit punya. Kalau bukan kita yg buat, maybe org lain. hahaha. So bersabar dan bertabah ajelahhh..

    ReplyDelete
  6. kereta cousin sha! takcalar langsung hahaha kadang pelik dia keluar gi jalan jalan balut kereta ke apa

    ReplyDelete
  7. kereta saya pun baru cat tiba-tiba tercalar. bila saya fikir hati saya yang tercalar. bila saya sabar, calar dihati hilang.

    ReplyDelete
  8. calar tu biasa abam kie. kereta saya sebelum ni bukan sahaja calar malah 2 kali kena accident. sedih juga terpaksa lepaskan dia sebab banyak betul jasa kat saya.

    ReplyDelete
  9. kereta saya pun calar sana sini. Kita beringat, tapi ada orang yang masuk parking sebelah kita tak beringat. masa masuk parking elok je, bila kita balik semula ke kereta selepas satu-satu urusan, tengok kereta dah tercalar.. Toleh kiri kanan, kereta yang parking sebelah kereta kita tak ada..

    ReplyDelete
  10. kereta sy bukan saja calar, kemek pun ada..hihi...betul tu, harta dunia, sikit2 tu just 'close one eye'..redo je lah..

    ReplyDelete
  11. Cheq pernah hantar kereta untuk dicat semula di bengkel, sekali saja..lepas tu tak repaint dah, biar ja ada calar sikit2 yang baru tu..huhuu

    ReplyDelete
  12. tak ada kereta sendiri jadi tak tahu nak komen apa

    ReplyDelete
  13. Salam Abam Kie. Mohon tukar blog lists. Saya dah letak blog Abam Kie kat blog list saya. https://rahsiamelancong.blogspot.com/

    ReplyDelete
  14. kereta kecil pun penuh calar, ini kereta besar kan. kalau boleh jangan kemek sudah la

    ReplyDelete
  15. saya selalu tercalarkan kereta. suami lah yang hangin. hehe. memang bising teruk dia kat saya. kadang tak sengaja tercalar. huhuhuhu

    ReplyDelete
  16. kereta my mum pun kena calar.ambik spray apa entah.nanti akan ok lah calar2 tu.

    ReplyDelete
  17. Hehe..nak wat macamana kan. Tapii kecewa juga la nak-nak kalau bukan sebab kita huhu

    ReplyDelete
  18. Kalau sikit try polish je abam... Kereta mama mmg calar bakar kesian Tuan dia xjaga

    ReplyDelete
  19. kalau calar sikit rietta polish je, naseb baik hilang, naseb kurang baik xhilang, tpi org xbrp perasan...

    ReplyDelete
  20. bengang la, abam kie :(
    da le takde tinggal notes ke hape ke kan.
    kereta aida tu kereta lama, hmmm kalau abam kie tgk dia, hadoi, byk damage!
    mostly gesel di parking lot. tetiba ada jer kesan :(
    aida brani kata la, aida ni sgt hormat kereta org lain.
    takkan pernah la (hingga hari ni) sengaja nak langgar / gesel kereta org.
    berhati-hati.

    ReplyDelete