Saturday, 4 August 2018

Apa yang unik di mytayar.com?


Assalamualaikum. Kawan2 dah siap sedia nak balik kampung ke? Tapi sebelum bertolak ke destinasi masing2 tu Abam Kie nak tanya sikit. Sudah ke periksa tayar2 kereta tu? Tekanan angin cukup ke? Bunga tu masih OK ke bagi cengkaman yang kuat bila memandu di jalan basah? Tayar spare dah dipam cukup2 ke anginnya? Jangan nanti bila di pertengahan jalan tetiba tayar pancit atau meletup plak! Kang tak pasal2 beraya dalam hospital dan tak boleh beraya dengan keluarga tersayang di kampung! 

Sempena Hari Raya Aidil Adha dan cuti sekolah yang bakal menjelma nanti, Abam Kie nak memperkenalkan kawan2 dengan satu laman web automotif yang menjual tayar dan pakej perkhidmatan kereta atas talian iaitu mytayar.com. Laman web ini beroperasi seperti portal pelancongan trivago dan traveloka cuma ia mengkhususkan kepada penjualan tayar secara online. Iyo lah kan. Sekarang nak cepat dan mudah je. Dengan tagline 'Langkah Jimat dan Selamat Untuk Membeli Tayar' sudah pastinya laman web www.mytayar.com bakal memberikan platform baharu yang jimat dan selamat untuk kita berurusan dengan mereka dan rangkaian bengkel yang mengambil bahagian.  


Mytayar.com telah ditubuhkan oleh Encik Ridzuan Ayeop dan isterinya Puan Masita Hamdah sejak lebih empat tahun yang lalu. Bekas pegawai kawalan kewangan ini sekarang mengendalikan laman web mytayar.com secara sepenuh masa. Beliau berharap agar dapat meluaskan perniagaannya ini kepada semua pemandu kenderaan di Malaysia agar mereka mendapat penyelesaian automotif bijak seiring dengan kepesatan teknologi digital sekarang.


Objektif utama mytayar.com ialah bagi mengelakkan pengguna daripada ditipu oleh pemilik bengkel yang jahat lagi rakus untuk mengaut keuntungan daripada pengguna yang naif tentang penjagaan tayar. Laman web ini juga akan membantu para pelanggan membeli tayar dengan cara 'Jimat, Mudah dan Telus' daripada rangkaian bengkel yang mengambil bahagian. Pada masa ini, terdapat 120 bengkel yang disahkan jujur dan bersedia untuk memberikan perkhidmatan terbaik lagi telus kepada pengguna-pengguna di Lembah Klang, Johor Bahru dan Ipoh. Di Pulau Pinang pula terdapat 7 buah bengkel tayar yang menjadi ahli bersekutu mytayar.com! Pada masa terdekat mytayar.com akan menambah lebih bayak rangkaian bengkel di lokasi-lokasi lain di seluruh negara.

Dengan membenarkan rangkaian bengkel meletakkan tanda harga secara terus di laman web mytayar.com sambil mengikut standard harga yang ketat, kita para pengguna kenderaan akan mendapat pelbagai pilihan tayar pada harga yang kompetitif! Harga kompetitif ini adalah hasil daripada standard harga seragam.

Contohnya, Bengkel A mungkin menawarkan harga rendah untuk tayar Michelin tetapi tidak untuk tayar Continental. Manakala untuk Bengkel B harga tayar Continental di situ pula lebih murah! Oleh itu pengguna dapat memilih harga terendah atau pun membuat pilihan berdasarkan jarak atau lokasi bengkel. Hasilnya pengguna dapat membuat perbandingan dan membuat pilihan yang bijak.  

Mytayar.com telah menyamakan aspek teknikal tayar dengan itu meninggalkan aspek komersil, harga dan lokasi untuk diputuskan oleh pengguna sendiri. Lihat gambar di atas dimana tayar yang sama Continental ComfortContact 6 saiz 175 / 65R14 ditawarkan pada harga yang berbeza oleh setiap bengkel yang mengambil bahagian.


Mytayar.com juga sangat yakin harga yang dipaparkan di laman web adalah sangat kompetitif kerana panel bengkel tahu harga di dalam talian mestilah lebih rendah daripada yang ditawarkan kepada pelanggan biasa atau walk-in. Manakala harga yang dipamerkan adalah dari semua panel bengkel yang mengambil bahagian dan terpulang kepada pelanggan untuk memilih harga yang paling sesuai berdasarkan kemampuan mereka.

Dalam jadual di atas, kawan-kawan boleh melihat dan membandingkan harga tayar di mytayar.com berbanding dengan bengkel tayar di luar sana. Rata-rata menunjukkan harga di mytayar.com lebih murah disekitar 20% berbanding harga di bengkel tayar biasa. 


Di dalam gambarajah di atas menunjukkan langkah yang perlu kawan-kawan ambil bila mahu membeli tayar di mytayar.com. Semua pesanan boleh dilakukan secara online. Bila dah bayar deposit, boleh terus buat temujanji dengan bengkel tayar. Selepas itu boleh terus pergi pada masa dan tarikh yg dipersetujui. Mudah kan?

Jadi, jika kawan-kawan nak membeli tayar di mytayar.com, sila klik Abam Pomen berbaju kuning di bawah ini. Dia sedia membantu kawan2. Jangan risau, ye... Jika nak klik di SINI pun boleh. 




9 comments:

  1. terbaek.. memang mudah.. :)

    ReplyDelete
  2. Oo..ok sangatlah ada perkhidmatan macam ni. Mudah dan jimat

    ReplyDelete
  3. menarik juga dengan adanya info begini..

    kita akan lebih berhati-hati dengan apa yang ditawarkan diluar sana

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam . menarik entry ini.thank for sharing.moga bermanfaat kepada orang ramai.

    ReplyDelete
  5. Semoga perkhidmatan ini diadakan di seluruh negara...

    ReplyDelete
  6. terbaik infor..dapat ganjaran pahala bantu promotkan

    ReplyDelete
  7. mudah sekarang sebelum nak beli tayar kita boleh rujuk dekat my tayar dulu kan

    ReplyDelete
  8. Bagus perkhidmatan ini.. memudahkan perbandingan sebelum membeli..

    ReplyDelete