Monday, 4 June 2018

9 Siti yang patut menjadi contoh para muslimah


Assalamualaikum. Pada kali ini Abam Kie ingin berkongsi satu artikel yang menarik khusus buat kaum muslimah sekalian. Semoga ianya memberikan inspirasi kepada kalian untuk mencontohi 9 orang siti yang terhebat dalam sejarah Islam sepanjang zaman. Semoga ianya bermanfaat. Terima kasih.

1. Siti Khadijah
– Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’. 

2) Siti Fatimah
– Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku tidak akan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu. 

3) Siti Aishah
– Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama. 

4) Siti Hajar
– Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali). 

5) Siti Mariam
– Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa. 

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah. 

7) Siti Aminah
– Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia. 

8) Siti Muti’ah
– Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati dan berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja. 

9) Siti Zubaidah
– Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

13 comments:

  1. Allahu...serikandi yang mesti dicontohi akhlaknya..mentaati Allah SWT..memelihara keimanannya dan sentiasa taat kepada suami.

    ReplyDelete
  2. Pengorbanan mereka memang patut dicontohi

    ReplyDelete
  3. nice sharing abam kie. sama-sama kita contohi sifat siti-siti ini..

    http://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. insya allah dapat beberapa percent dari sifat mulia siti2 tu pun dah cukup baik dah

    ReplyDelete
  5. sorang lagi. summayyah ! dunia sekarang ni susah nk jadi isteri macam zaman rasul. huhuhuuhuh

    ReplyDelete
  6. ada 9 siti....nama siti tu sendiri dah terbayang lemah lembut bersopan pemilik nama

    ReplyDelete
  7. semoga siti2 ini menjadi ikutan anak2 sekarang..

    ReplyDelete
  8. follow sini.. :)

    http://ejulz.blogspot.com/2018/06/giveaway-ramadhanraya-2018-by.html

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  10. nice sharing, semoga dapatlah jadi mcm siti siti ni :)

    ReplyDelete