*ADA  19 BARANG DALAM RUMAH YANG KITA TIDAK TAHU, SEBENARNYA ADA TARIKH LUPUT*

Perkongsian  ini adalah untuk memaklumkan kepada kawan2 Abam Kie mengenai 19 barangan yang perlu kita tahu akan tarikh luputnya.  

Mungkin ramai diantara kita yang selama ini tak ambil kisah, tapi artikel ini WAJIB dibaca sebagai rujukan untuk masa akan datang.  Anggap penting. 

Antaranya adalah:

*1. Bantal *
Luput Antara 2-3 Tahun. Bantal apabila mencecah usia penggunaannya selama 2-3 tahun, ia akan mula menjadi tempat pembiakan bakteria dan kuman.  Secara tidak langsung ia menjadi punca utama kesihatan anda.  Walau mahal mana pun bantal yang dibeli,  bila sampai tamat tempohnya, sebaik-baiknya dibuang.

*2. Selipar* 
Luput Dalam Masa 6 Bulan Sahaja. Selipar adalah habitat paling sempurna untuk fungus/kulat.  Walaupun tempoh luputnya 6 bulan, saat pertama kali selipar itu menjejakkan tapaknya ke tanah, bakteria sudah mula membiak.  Oleh itu pastikan selipar kwn2 dibasuh secara kerap, serta cukup 6 bulan, ia perlu diganti baru.

*3. Span Mandi*
Luput Dalam Masa 2 Minggu Sahaja. Bila hari-hari dah sental badan, pastilah banyak bakteria-bakteria yang disisihkan daripada badan melekat ke span tadi.  Oleh itu, cara terbaik adalah untuk menukar span mandi kwn2 2 minggu sekali atau dengan merendamkannya ke dalam air panas menggelegak bagi tujuan memusnahkan bakteria.

*4. Tuala* 
Luput Antara 1-3 Tahun. Walaupun kwn2 membasuh tuala secara kerap, masalah bakteria tetap tidak dapat diselesaikan. Oleh itu, apabila tiba masanya, maksima 3 tahun penggunaan, tukarlah pada tuala yang baru. Jangan guna pada tubuh badan tuala yang sudah relai benangnya 

*5. Berus Gigi*
Luput Dalam Masa 3 Bulan Sahaja. Ini mesti ramai yang buat kan?  Berus gigi harus diganti dalam masa 3 bulan sekali. Jika kwn2 batuk atau selsema, apabila sudah sembuh jangan guna lagi berus gigi tersebut. Ganti yang  baru.  Jika tidak, penyakit yang sama akan berulang kembali kerana bakteria tadi telah berkumpul dan menguasai berus gigi kwn2. Berus gigi mesti dalam keadaan baik dan jangan guna sehingga menjadi kerinting. 

*.6.Hydrogen Peroxide*
Adalah fist aid antiseptic.
Luput Dalam Masa 2 Bulan Sahaja. Selepas anda membuka botol yang mengandungi bahan hydrogen peroxide, hanya 2 bulan saja kandungan di dalamnya akan aktif.  Selepas 2 bulan, cecair tersebut menjadi air biasa. Pun begitu, jika ia tidak pernah digunakan dan masih ditutup rapi, ia mampu bertahan lebih daripada tempoh 1 tahun.

*7. Sikat Rambut* 
Luput Dalam Masa 1 Tahun Sahaja. Sebaiknya sikat dibasuh dengan air panas 1 minggu sekali dan diganti setiap 1 tahun.

*8. Minyak Wangi*
Luput Antara 3-4 Tahun. EDP mengandungi essential oil yang hanya mampu bertahan selama 3 tahun di dalam bekas kedap udara.   Namun bagi EDT, ia mampu bertahan selama 4 tahun.

*9. Puting Bayi*
Luput Dalam Masa 2-5 Minggu Sahaja. Puting wajib diganti setiap 5 minggu, tidak kira keadaannya masih elok atau tidak.

*10. Child Car Seat*
Luput Antara 6-10 Tahun Selepas tempoh ini, struktrur car seat akan mula rosak terutama pada bahagian span.  Ini bermakna ia tidak lagi selamat digunakan.

*11. Bra*
Luput Antara 1-2 Tahun Pun begitu, apabila struktur bra tidak lagi selesa untuk dipakai seperti bentuk asal, ia petanda anda wajib menukarnya tanpa perlu menunggu selama tempoh 1 tahun.

*12. Kasut Sukan* Luput Sebaik Struktur Berubah

*13. Rempah-ratus*
Luput Antara 1-3 Tahun. Rempah-ratus seperti kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga akan mula hilang rasa dan aroma bila disimpan lebih dari 1-3 tahun.  Berbeza bagi rempah yang telah diproses menjadi serbuk, tempoh luputnya lebih cepat iaitu selama 6 bulan.

*14. Tepung*
Luput Dalam Masa 6-12 Bulan Apabila melebihi tempoh luput, tepung akan mula dihadiri parasit dan ulat tepung (kutu)

*15. Pemadam Kebakaran*
Luput Dalam Masa 15 Bulan Jika terdapat sebarang kerosakan pada pemadam seperti retak, berkarat dan klip patah, ia perlu diselenggara dengan kadar segera.

*16. Penyambung Elektrik* Luput Antara 1-2 Tahun

*17. Penyembur Pembasmi Kuman* Luput Dalam Masa 3 Bulan

*18. Pencegah Nyamuk* Luput Dalam Masa 2 Tahun

*19. Power Soket*-
Luput Dalam Masa 4-5 Tahun Walaupun tiada tarikh luput, namun pakar menasihati agar ia diganti setiap 4-5 tahun bagi mengelakkan masalah litar pintas.  Bila power soket mula keras atau sukar ditekan dan berwarna, ia wajib diganti.

Semoga info memberi manfaat untuk anda. Sekian. Terima kasih.

11 Comments

  1. selipar tu selagi takputus hahahaha selagi tapak takhaus tak tukar haih

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Cikgu AK...tuala..selipar tu biasanya selagi tak kotak...tak putus...selagi itulah diguna....

    ReplyDelete
  3. sikat rambut tu selagi boleh guna, mmg tak ganti...cuma basuh, berus, bagi bersih..
    terima kasih berkongsi info..

    ReplyDelete
  4. Wahh banyaknyaa barang yg perlu diambil perhatian tarikh luputnya.. thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  5. tq for sharing.. kadang3 terlepas pandang tentang tarikh luput barangan di dalam rumah ni.

    ReplyDelete
  6. kebanyakan dari senarai tu selagi tak jahanam or habis...memang takkan berganti baru :D dengan saya la tu

    ReplyDelete
  7. banyak juga perkara yang nak luput..

    saya guna selipar selagi tidak putus atau haus tapaknya

    ReplyDelete
  8. biasa pakai sampai rosak baru buang.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  9. bnyk barang yg luput ni. hahahahahah. mcm membazir kalau buang cam tu. nmpk elok boleh guna.

    ReplyDelete
  10. Info menarik. Tak pernah terfikir. Biasa makanan saja luput. 😄

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.