Wednesday, 9 May 2018

Marilah Mari Pergi Mengundi PRU14


Sejak sebulan lalu sehinggalah hari mengundi PRU 14 pada hari ini, group2 whatsapp berasap2...💨💨💨

Ada yang left group😜
Ada yang buat group baru😎
Ada yang buat donno😐
Ada yang silent reader,  kata mereka lantak deme ler😏
Ada yang menyahut🤗
Ada yang diam jer😌
Ada yang rasional😙
Ada yang emosional😡
Ada yang bersangka baik☺
Ada yang bersangka2🤬
Ada yang admin sendiri tak ikut peraturan
Ada yang marah tak tentu pasal👹
Ada yang merajuk tak tahu punca😛
Ada yang request masuk group kena tendang keluar 🤣
Ada yang kena block🙄
Ada yang tak bertegur sapa🤐
Ada yang dulu berkawan, bermusuh pulak 🤔
Ada yang tak kisah dan tak perasan pun nak mengundi dah😄

PRU sedang berlaku pada hari ini, 9hb Mei. Alhamdulillah. Semoga PRU 14 ini berjalan dengan lancar. Hidup kena diteruskan. Hormati semua pendirian dan perbezaan, jangan kecam2, elakkan membawang. Banyakkan berdoa dan amalan utk bekalan ke dunia hakiki bertemu Pencipta Allah SWT.

Lepas PRU kita bersatu kembali dengan satu fikrah...  5 tahun kita PRU lagi... Janganlah sensitif sangat....Dah nak mengadap Ramadhan laa pulak, bulan seribu rahmat... Syawal nanti kita bermaaf-maafan.

Entah2 ni kali terakhir kita mengundi
Entah2 ni Ramadhan yang terakhir kita berpuasa
Entah2 ni Syawal yang terakhir kita raikan
Entah2 kita sempat ke tidak jumpa hari mengundi, jumpa Ramadhan, dan jumpa Syawal.

Marhaban Ya Ramadhan yang akan kunjung tak lama lagi 🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴

7 comments:

  1. In Shaa Allah.. moga kita bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang ni

    ReplyDelete
  2. selamat menyambut bulan ramadhan abam kie...in advance :D

    ReplyDelete
  3. Marilah mari pergi mengundi.tunaikan kewajipan pada negara

    ReplyDelete
  4. Selamat menyambut Ramadhan x lama lagi :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah selesai sudah PRU.. jom kita fokus pada ramadhan pulak.. :)

    ReplyDelete
  6. lupakan pasal pru, esok dah nak puasa. hehe

    ReplyDelete
  7. bagi mek, maso bahas pasal politik tu betol la bahas tp bukan untuk putus saudara atau untuk bermasam muka. masing masing ad pendpat dn pegangan politik sndiri.

    ReplyDelete