Wednesday, 11 April 2018

Gara-Gara Tidak Makan Nasi Lauk Telur Kicap


" Syg.... you nk mkn apa? " soal si lelaki.

" I nak makan seafood, I suka sgt....." balas si gadis. Raut wajah lelaki tu berubah mendung. 

" Sorry syg.. Mak I masak lauk ni je, nasi, telur, kicap je.. Ini je yg mampu Mak I sediakan utk you." Balas lelaki itu rasa serba salah. Lalu membuka tudung saji di atas meja di hadapan mereka. Gadis yg tadi begitu manja terus bertukar berang, wajahnya kemerahan ....

" Ehh... ini jer ke yg Mak kau masak untuk aku? Alah kalau setakat ni baik x payah susah-susah nk undang org datang rumah!! Buat malu jer..." Balas gadis itu penuh sinis. Lelaki muda itu tersentak... Gadis itu lantas berlalu sambil mencapai beg tangannya. Tiba-tiba terdengar lelaki itu ketawa terbahak-bahak. Gadis itu menoleh..

" You..I gurau jer lah. I tau la selera you. Mak I dah masak macam-macam! Tu ada kat ruang meja utama tu...Ahahaha..." Lelaki itu terus ketawa. Gadis itu terus tersenyum.

"You ni, suka tau gurau...eee...geramnya.." gadis itu merengek manja. Gadis itu terus menarik tangan lelaki itu.."Jom.."

" Ehh..jap. Nak ke mana?" Soal lelaki itu.

" Ehh you ni, nak makan laa, I dah lapar ni..." kata gadis tu.
Lelaki itu tersenyum pahit.

" Aku rasa aku dah buat satu kesilapan besar. Betul cakap mak..kalau nak cari isteri, carilah yg boleh makan nasi berlaukkan telur dan kicap, kalau mkn semua itu tanpa merungut, In sha Allah dialah calon yg terbaik yg boleh menerima kita disaat kita jatuh, bukan saja disaat kita senang..." Gadis itu tergaman....lelaki itu tersenyum...

"Maaf.... kau bukan calon isteriku..... Kau bukan gadis yg selayaknya utk menjadi menantu kpd ibu ku.....kau boleh pergi skrg......kita putus..." Gadis itu tergaman, gadis itu merayu.....tapi lelaki itu tetap dgn keputusannya. Si ibu sdg memerhati dari kejauhan, air mata si ibu menitis. Akhirnya gadis itu berlalu dgn keadaan yg penuh 1001 penyesalan....

Moral of the story: Nak cari teman hidup, carilah yg boleh menerima kita seadanya.. dlm keadaan susah dan senang, yg paling penting carilah yg boleh menerima dan menghormati ibu kita... In Shaa Allah... bahagialah hidup kita nanti....

(Sekadar renungan bersama)

kredit cintaku wardah ze

22 comments:

  1. Keno easy going la. Milih sangat tkleh jugok. Kononnya nk jaga standart

    ReplyDelete
  2. betul ni... tak kira la lekaki ke perempuan mmg kena diuji sebegini.. untuk tahu keikhlasan, kejujuran dan penerimaan dia terhadap keluarga kita..

    ReplyDelete
  3. Haih...ini masalah anak- anak perempuan zaman sekarang..so moral of the story..walau tinggi pelajaran kita..ilmu di dapur jangan dipandang rendah..kita yang ada anak perempuan ni seeloknya didik anak kita memasak..ajar makan semua jenis makanan supaya bila bertandang ke rumah org x kekok..

    ReplyDelete
  4. Setuju...baik lelaki mahupun perempuan....sama-sama terima lebih kurang dan baik buruk selagi tidak bertentangan dengan agama dan hukum.....

    ReplyDelete
  5. nasib baik mama memang hantu telur kicap haha

    ReplyDelete
  6. sedap lauk telur kicap ni..

    ReplyDelete
  7. Makanan palinh sedap d dunia la.. saya dgn husband , walaupun ada lauk..kdang2 , mmg akan bedal je telur nasi kicap..dgn cili api je pun dah terangkat..sedap ni

    ReplyDelete
  8. nasi + telur + kicap...sedap bak hang, mau bertambah lagi makan

    ReplyDelete
  9. nasi panas,lauk telur kicap...tambah sambal belacan..fuh...bertambah makannya =)

    ReplyDelete
  10. wahhh.. sedap tu.. kenyang masuk mulut...


    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #34. maaf, baru sempat nak blogwalking ni.

    blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2018/03/senarai-url-blog-34.html

    pemenang akan diumumkan pada malam ini... gud luck!

    ReplyDelete
  11. Hahaha...Deep...
    Jom support my segmen here...
    https://thisni3zahata.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-2018-by-thisni3za.html

    ReplyDelete
  12. Perkongsian yang mendalam.. tapi apapun nasi panas hanya berlaukkan telur mata dengan kicap memang tak terbanding nikmatnya...

    ReplyDelete
  13. kenapa that girl takmakan? sedap kot nasi lauk telur letak kicap hwwaaaa laparrrr

    ReplyDelete
  14. nasi telur kicap tu pembuka selera.. entri abam kie terbaik ada mesej yang tersirat yg disampaikan itu.. betul nak cari pasangan ni kita kena terima dia seadanya

    ReplyDelete
  15. Entri yg sgt menarik ni abam kie. So next time....girls, ingat ek, kalo dihidang nasi lauk telo kicap or yg sewKtu dgnnya jgnlah cepat melatah ye, boypren korang tgh nak test korang tu.

    Sori abam kie tk dpt join segmen. But thanks sudi jemput.

    ReplyDelete
  16. Nice entri Abam Kie, kena pilih yang terbaik sanggup susah senang bersama...

    ReplyDelete
  17. dah pernah baca. ada maksud trsirat

    ReplyDelete
  18. hiii// dah pernah baca ni.. mendalam maksudnyaa tuu

    ReplyDelete
  19. nasi, telur, kicap tula paling sedap. hahaa. dua pinggan pun azah boleh makan kalau lauk mcm tu je :D

    ReplyDelete
  20. Selalu makan nasi berlaukkan telur dan kicap ni. Ada masa beraneka lauk dan ada masa telur dengan kicap😊

    ReplyDelete
  21. haish.... sy pernah kena mcm ni abam kie,.,, g umah tune dl akak hband loni, mak dia msk nasi, ike kering ngn budu jh... hok tu jah wak ada... make juga la kita muga favorite... hahha

    ReplyDelete