Assalamualaikum kepada semua rakan blogger yang dihormati sekalian. Sukacita dimaklumkan bahawa Abam Kie bakal menganjurkan satu lagi giveaway sempena pengumuman keputusan peperiksaan SPM semalam. Sehubungan dengan itu, abam kie ingin mempelawa rakan2 blogger yg berminat lagi dermawan untuk menjadi penaja 'SPM Result Giveaway' yang bakal dilancarkan pada 2 April 2018 dan berakhir tiga minggu kemudian.

Syarat2 untuk menjadi penaja mudah sahaja:

1. Minima tajaan ialah RM20 sama ada dalam bentuk tunai atau barangan.

2. Anda boleh mengenakan mana-mana 2 syarat berikut kepada bakal peserta:

a. 'Follow' blog.
b. 'Follow' Google Plus.
c. 'Like' FB Page.
d. 'Follow' Instagram.
e. Apa-apa syarat yang bersesuaian.

3. Bilangan penaja yang dicari ialah 5 orang sahaja.

4. Jika anda berminat, sila hantarkan nama penuh, URL blog dan emel ke nombor HP Abam Kie iaitu 0129820100 pada atau sebelum 19 Mac 2018 (Isnin).

Semoga tawaran ini mendapat maklumbalas yang positif daripada rakan2 blogger yang dihormati sekalian. Ucapan jutaan terima kasih abam kie hulurkan. Semoga kerjasama dan persahabatan sesama blogger ini akan terus terjalin selama-lamanya. Aamiin...