Kenapa Anda Perlu Memiliki Kad Kredit?
Kad kredit ialah satu lagi item kewangan di dalam pasaran yang berfungsi untuk memberikan kemudahan di dalam kehidupan kita yang sibuk. Sama ada kad kredit ini membantu atau membahayakan bergantung sepenuhnya kepada pengetahuan penggunanya.
Bila ia digunakan secara bijak, kad kredit tidak akan mengakibatkan kita dibelenggu hutang. Bahkan ia menawarkan pelbagai kaedah kepada penggunanya. Di bawah ini, Abam Kie senaraikan lima sebab mengapa kawan2 patut memiliki sekeping kad kredit.
1. Wang tunai kurang selamat dalam pembayaran
Membawa sejumlah wang yang banyak semasa membeli-belah akan mendedahkan kawan2 kepada risiko kehilangan wang tunai yang banyak kepada peragut atau pun kecuaian sendiri. Adalah sukar untuk menjejaki wang tunai kawan2 apabila ia dicuri. Tidak seperti kad kredit yang dibezakan dengan nombor akaun yang unik kepada pemiliknya.
Kehilangan kad kredit tidak bermaksud kawan2 akan kehilangan kesemua wang tunai kerana kita boleh melaporkan kehilangan kad kredit dengan segera agar kad tersebut dibatalkan bagi mencegah transaksi yang tidak sah.
2. Keselamatan tambahan
Kad kredit menyediakan tahap keselamatan yang lebih berbanding kad debit. Bila kita menggunakan kad debit, wang akan ditolak dari akaun bank dengan segera sebaik sahaja transaksi dilakukan. Walaubagaimanapun, dengan kad kredit, pembayaran kepada peniaga akan dilakukan pada hujung bulan. Ini memberi ruang kepada bank untuk menghalang mana2 transaksi haram sekiranya kad kredit kawan2 dicuri. Lebih banyak bank telah mula menawarkan perlindungan tambahan daripada kecurian identiti dan jaminan (waranti) lanjutan untuk pembelian.
3. Mudah dan menyenangkan
Kawan2 mungkin mampu melangsaikan baki kad kredit secara penuh pada akhir bulan, tetapi kebolehan membayar dengan menggunakan kad kredit akan memberikan kemudahan dari segi perbelanjaan.. Memiliki kad kredit juga membenarkan kawan2 membuat pembelian besar dengan bayaran dilakukan secara ansuran bulanan tanpa faedah! Menuju ke pusat membeli-belah? Tinggalkan saja dompet tebal kawan2 di rumah dan cuma bawa sekeping kad kredit aje! Hehehe.
4. Pulangan tunai dan ganjaran
Pembeli yang bijak dapat memperolehi faedah daripada program ganjaran yang ditawarkan dan menebus mata yang diperolehi kepada percutian, wang tunai, barangan impian dan baucer pembelian! Apabila mata ganjaran telah mencukupi, kawan2 boleh menebusnya dengan cenderahati bernilai dan faedah2 lain. Dengan penggunaan kad yang betul, Abam Kie juga mendapat pulangan tunai sebanyak 5% ke atas pembelian pada hujung minggu, sambil juga menerima tawaran diskaun daripada kedai2 terpilih.
5. Kecemasan
Tanpa mengira sebijak dan sejauh mana kawan2 berhati dalam mengambil tindakan, perkara kecemasan tidak boleh dielakkan. Situasi yang memerlukan kawan2 membelanjakan duit lebih daripada biasa, seperti rawatan penyakit atau kemalangan jalanraya, akan memaksa kita mengeluarkan sejumlah wang yang besar yang mungkin tiada di dalam simpanan pada waktu kejadian. Sekeping kad kredit dapat membenarkan kawan2 belanja dulu dan bayar kemudian! Betul tak kata Abam Kie ini?
6 Comments
mudah nak bayar utk belian online..
ReplyDeletegood sharing a.kie..:)
ReplyDeleteboleh guna untuk installment beli phone...hihi
ReplyDeletenk byr sedebuk terasa sgt
Tq for sharing..Tak ada pula kad kredit.
ReplyDeleteBeli tiket Air Asia time balik kelantan ( biasa time raya, sebab nak elak jem) hihi
ReplyDeleteKad kredit amat berguna apabila nak buat bayaran tetapi wang tunai tak cukup. Simpan satu kad kredit dalam dompet adalah lebih baik dengan perlu simpan wang tunai yang banyak dalam dompet.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.