Wednesday, 28 February 2018

Teknik Membalas Komen dan Blogwalking


Assalamualaikum. Kawan2 selalu membalas komen yg ditinggalkan di blog ke? Kalau ya, tahniah abam kie ucapkan! Adat dunia blogging ni, orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Jadi kalau kita rajin meninggalkan komen di blog rakan2 blogger, maka In Shaa Allah, mereka akan berkunjung ke blog kita dan membuat perkara yang sama. Tak nak lah kalau terjumpa blogger2 yg perasan hebat ni. Kita selalu meninggalkan komen di blog dia, tapi dia sepatah haram x nak tulis komen di blog kita. Kepada blogger2 perasan bagus ni abam kie ucapkan #silameninggal.

Baiklah, sekarang abam kie nak berkongsi teknik membalas komen blogger2 yg budiman tersebut. Abam Kie biasanya ambik satu hari (biasanya hari Jumaat) untuk membalas semua komen yg tersenarai itu. Mudah je. Pergi ke dashboard blogger. Pas tu klik senarai komen. Abam Kie akan melawat ke 25 blog yang terakhir meninggalkan komen di blog abam kie. Sekiranya ada blogger yg komen sampai 10 kali di blog abam kie tapi abam kie cuma komen sekali je kat blog dia. Bukannya abam kie kedekut tapi cuma nak memastikan setiap orang daripada 25 orang blogger itu mendapat satu komen daripada abam kie. Jangan marah ye? Kot2 lepas ni ada yang kurang berminat nak tulis komen plak.     

OK tak teknik blogwalking dan membalas komen yg abam kie buat tu? Sila berkongsi teknik membalas komen yang kawan2 buat. Sebenarnya tidak semestinya abam kie balas komen pada satu2 hari je. Kdg2 bila ternampak entri menarik di blog list terus abam kie baca n komen. Manalah tahu kot2 semua kawan cuma nak tulis komen di blog abam kie pada hari Rabu dan Khamis aje. Jangan buat gitu deh? 

Akhir kata kita mesti selalu blogwalking dan meninggalkan komen di blog kawan2. Satu pun cukuplah. Dengan cara ini ia dapat mengeratkan ukhwah dan menyokong sesama blogger. Setuju tak dengan idea abam kie?

29 comments:

  1. hehe... bgs abam kie... ye la byk nak kena bw... kekadang x sempat nak tgk byk entry....

    ReplyDelete
  2. bagus abam kie siap ada sistem..tapi betul lah kena rajin bw..cara kita support sesama blogger..

    ReplyDelete
  3. Bagus jugak gitu abam kie.good idea.Memang betul la kena eratkan networking antara blogger baru seronok berblog.

    ReplyDelete
  4. Biasanya saya buat sesi kunjung balas pada yang tinggalkan jejak pada blog.
    Atau pada ada yang terpapar pada afbfeeds tu.

    Tapi macam efficient juga setkan masa untuk reply kan abam kie

    ReplyDelete
  5. saya takde sistem, yg selalu komen kt blog saya, in shaa Allah, saya akan komen kt blog mereka..lambat atau cepat bergantung pd masa...blog2 lain kalau entry menarik, saya komen..ada yg balas balik, ada yg tidak...huhu..blog jual barang, dealer/ejen MLM, tak ada idea nk komen mcmana..

    ReplyDelete
  6. bagus jugak idea tu....tapi cikyan suka terjah dulu sesape yg ada dlm bloglist..pastu kalo depa dah xde entry baru, baru pi usya kat reading list tu...pastu akan usya sesape yg baru je komen kat cikyan punya blog..tp kdg2 tak sempat jugak nak balas...cuma usaha jugak la supaya membalas komen diorg tu...sbb ada sesetengah org yg mmg rajin sgt sgt dtg...so kita akan terjah dia dulu laaa.... pastu cikyan letakkan pengkoemn yg tegar tu..so pape hal, mmg cikyan akan terjah mereka dlu..sbb tanda mnghargai mereka yg susah2 dtg kat kita...

    hahahhaa..camtu jela..mmg xbersistem laaa..kdg buat kdg tak...t usaha jugak la terjah setiap hari...saje nk eratkn silaturrahim..

    ReplyDelete
  7. slalunya yg dtg blog komen..insya allah akan jejak...lps tu sambil2 blogwalking ternmpk entry menarik utk dikomen , singgah la komen...tp kdg2 ada je kita slalu komen tp die tk kisah pn...maybe die bz sgt kot bersangka baik

    ReplyDelete
  8. Hahaha hopefully Hana tak kena hashtag sila meninggal dari Abam kie hahah ^^ thanks for sharing!!! :D

    ReplyDelete
  9. kadang tu terlepas pandang jugak yang memberi komen...Cara abam kie ni betul² mudah...

    ReplyDelete
  10. kalau mama ikut kesempatang. kalau sepat bw aje mana yg dapat

    ReplyDelete
  11. PC sebolehnya tinggalkan komen walau sepatah dua...bergantung juga pada situasi...kadang cuma baca sahaja...

    ReplyDelete
  12. Bagus teknik abam kie. Kalau nina, mana yang sempat je.

    ReplyDelete
  13. setuju dan bagus teknik abam kie ni.. ^^

    ReplyDelete
  14. semoga hubungan kita terjalin sampai ke syurga.

    ReplyDelete
  15. selalu singgah komen blog kawan2

    ReplyDelete
  16. Nama rabia pun ada...rabia kan suka support blogger2..that why rabia always komen blog org lain.

    ReplyDelete
  17. Hahahaha..tak adil..patutla AbamKie tak melawat blog saya dah. Kecewa..haha

    ReplyDelete
  18. betul tu
    tapi kalau yg tak balas tu kadang2 diorang busy tu
    just positive je
    heheeh

    ReplyDelete
  19. Saya punya cara, saya guna Feedly. Senang nak tengok update terbaru. Balas komen dan blogwalking ni tengok mood dan masa juga, kadang-kadang nak tengok blog sendiri pun tak sempat.

    ReplyDelete
  20. Terbaik abam kie...walaupun saya baru tapi sempat terima komen dari abam kie.

    ReplyDelete
  21. Selalu blogwalking dan tinggalkan komen2 di entei blogger-blogger . Kadang tak sempat nk blogwalking entri2 rakan- rakan ..kalau ada masa teluang CCL akan terjah & drop komen

    ReplyDelete
  22. Kena selalu tunjuk muka dan balan sapaan memeber.

    ReplyDelete
  23. Yes!!! #silameninggal hahahaha...
    Mrs. A pun kalau blogger komen Mrs. A akan prioritykan blog tu.
    Tapi kalau tak komen pun Mrs. A akan singgah juga kalau entry blogger tu menarik perhatian Mrs. A untuk dibaca.

    ReplyDelete
  24. Yes!!! #silameninggal hahahaha...
    Mrs. A pun kalau blogger komen Mrs. A akan prioritykan blog tu.
    Tapi kalau tak komen pun Mrs. A akan singgah juga kalau entry blogger tu menarik perhatian Mrs. A untuk dibaca.

    ReplyDelete
  25. saya pun buat perkara sama. Memang selalunya peruntukkan 1 hari untuk reply semua komen & terus blogwalking kat blog sahabat2 yang komen kat blog saya. lepas tu baru singgah ke blog sahabat lain pula...sahabat yang singgah & komen di blog saya yang akan saya dahulukan...

    ReplyDelete