Friday, 9 February 2018

Tanda-tanda pilihanraya makin hampir


12 TANDA-TANDA HAMPIRNYA PILIHAN RAYA (PRU14)

1. Akan munculnya makhluk yg dtgnya 4 tahun sekali di tempat2 awam spt di pasar borong, pasar malam, stesen bas, kawasan nelayan dan ada yg datang ke  rumah- rumah.

2. Menteri2 mula  menanggalkan baju kot dan mula menunjukkan muka masing2 di kawasan pedalaman. Masuk dengan berjalan kaki, berbasikal dan naik motosikal. Malah ada yg memikul kampit beras dan hamper seberat 1kg.

3. Jalan2 kampung yg berlopak 3 tahun mula diturap dgn tar setebal yang mungkin. Malah jalan yang tak rosak juga ditar lapisan baru.

4. Upacara pecah tanah di sana sini, perasmian sana sini utk pembinaan bangunan2 seperti klinik, hospital dan sekolah untuk kebajikan rakyat.

5. Bantuan beras sekampit, gula 2kg, kain pelikat dan susu 2 tin kpd org2 kampung sebagai bekalan selama 4 tahun.

6. Menteri-menteri akan menyuapkan makanan kepada orang2 tua atau orang kurang upaya lalu disebarkan meluas di dada akhbar. Tiada lagi perasaan jijik.

7. Harga minyak akan kerap diturunkan, mungkin 5 sen seminggu setiap liter.

8. Menteri2 akan tebar roti canai di gerai2 di sana sini. Malah siap hidangkan makanan untuk pelanggan.

9. Menteri akan rajin asah sabit, cuci longkang, noreh getah, kait kelapa sawit dan tanam padi.

10. Tetiba shj setiap kali kita makan di gerai atau warung x payah bayar. Ada yang dah bayar. Makan banyak percuma.

11. Aircond kereta menteri rosak secara tiba tiba, cermin  kete sentiasa dibuka utk melambai tangan, mesra rakyat agar muka dikenali.

12. Masalah rumah, masalah tanah yang berlarutan 4 tahun dapat diselesaikan dalam tempoh 1 minggu.

Sumber: Kumpulan Whatsapp

14 comments:

  1. Ada menteri yang istiqhomah melaksanakan tugasnya mendekati rakyat..cuma mungkin tidak didendang dan tidak dipandang..ada bukan tidak ada.Namun begitu sesetengahnya tidak begitu..mendekati rakyat mengikut kehendak dan musim tertentu.Siapa pun mereka..dari pihak mana pun mereka..manusia tetap manusia..ada potensi untuk berubah sama ada lebih baik atau sebaliknya.Baik kita syukuri contohi..tidak baik kita jadikan ingatan.

    ReplyDelete
  2. Paling untuk sblum pilihanraya sbb majoriti apa yg kita nak pasti dapat. Paling menyampah kps piihanraya. Time tu semua janji mcm capati. Heheee apapun undian ditangan anda. Buatlah pilihan yg bijak pandai

    ReplyDelete
  3. 5 sen sikit nau...kami nak 5 posen ke 5 hengget keeee ;-)

    ReplyDelete
  4. SEBELUM PILIHAN RAYA BNYK DRAMA SANA SINI RASA SEGAN PULA NK AMBIL TAHU MEMENINGKAN

    ReplyDelete
  5. hahahaha
    no 12 tu memang lawak tapi realiti

    ReplyDelete
  6. masa untuk mencipta janji paling manis dan paling realistik

    ReplyDelete
  7. hahahha.. kan, this is the real PR..

    ReplyDelete
  8. hahahaha.. betul sangat dah ni abam kie. :D

    ReplyDelete