Wednesday, 14 February 2018

Berlaku Adil Kepada Anak-Anak


BERLAKU ADILLAH PADA ANAK-ANAK MESKIPUN SEKADAR YANG DIRIBA DAN DUDUK DI SISI

Anda mungkin pernah merasa atau melihat ibubapa yg memelihara anak-anak yg kadangkala memberi layanan berbeza antara yg sulung dgn yg bongsu, yg lelaki dgn yg perempuan, yg cerdik dgn yg kurang, yg OKU dgn yg sempurna. Kali ini Abam Kie nak perturunkan hadis riwayat Anas bin Malik mengenai layanan terhadap anak, katanya,

"Pada suatu hari ketika seorang lelaki duduk dg n Rasulullah. Tiba-tiba datang anak lelakinya lalu dia menciumnya dan didudukkan di ribanya. Tak lama kemudian datang pula anak perempuannya, lalu didudukkan di sampingnya. Nabi yg melihat hal ini bersabda,"Kamu tidak adil kepada anakmu." (Riwayat Baihaqi)

Jika sekadar berbeza layanan mencium dan duduk di riba dgn duduk di samping pun ditegur oleh Rasulullah, maka mungkin pada kita banyak lagi ketidakadilan kpd anak-anak yg dilakukan tanpa sedar atau sedar. Anak yg cerdik dipuji, yg kurang cerdik diherdik dicaci, yg perempuan dibeli itu ini, yg lelaki dibiar bermain lumpur, yg berjawatan dibangga, yg kerja buruh, dicebek mulut, yg cantik, yg comel, dibawa ke majlis, dipapar di FB, yg sedikit hodoh, tak sempurna ditinggal di rumah, berat hati nak snap camera, sedangkan semua anak adalah kurniaan Allah. Siapa pun tidak tahu ketentuan nasibnya. Subhanallah!

Bila anak memprotes berebut dg n saudara lain itu antara ciri ketidakadilan. Dgn demikian ada ibubapa membeli pakaian yg serupa, memberi pilihan tempat duduk di kereta, pilihan memilih makanan di restoran dll. Berhati-hatilah. Abam Kie faham perkara adil kpd anak2 adalah sukar terutama yg ramai anak, tetapi tanganilah agar mereka tidak memendam perasaan, fahamkan mereka, dengar hujah dan permintaan serta bantahan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Yg penting jangan menunjukkan ciri ketidakadilan yg jelas.

Telah banyak teladan kita melihat anak yg disanjung kerana bijak dlm pelajaran, cantik, akhirnya tidak peduli ibubapa yg tua bila berjawatan besar. Sedangkan anak yg kurang cerdik, akhirnya tinggal dgn ibubapa yg tua dan memelihara mereka. Itu balasan Allah, sindiran Allah kpd ketidakadilan kita dahulu kpd anak. Bahkan ada anak yg dihantar mengaji pondok kerana tak dpt 5A dlm UPSR (dgn sindiran hang pi jadi lebai pondok sudahlah). Ahirnya menjadi penyejuk mata ayah bonda, dan ketika solat jenazah ibu bapanya, dia yg mengimamkannya, sedanngkan anak yg dibangga hanya menunggu di kubur dgn cangkul di tangan untuk menimbus tanah kubur ibubapanya. Allahuakbar.

Ada bapa yg berbangga dgn 3 anak yg belajar overseas, balik menjadi jurutera di industri, sedang anak bongsu yg sekadar lulus PMR bekerja sebagai pelayan pejabat di sekolah dihina, diherdik sebagai bodoh. Tetapi akhirnya bila si bapa rosak buah pinggang, dgn anak yg dihina sebagai bodoh itulah dia bergantung hidup membiayai rawatan dailisis percuma kerana anak itu pegawai kerajaan meskipun sekadar pelayan pejabat. Anak-anak yg dibangga kerana cerdik, kerana kerja hebat di mana??? Jangan hina anak yg sedikit lemah dlm pelajaran.

Abam Kie cuma ingin mengajak kawan semua menoleh ke belakang, melihat kembali layanan kpd anak utk membetulkan kesilapan agar hadis ini dipatuhi. Kpd mereka yg akan ada anak, beringatlah utk berlaku adil meskipun pada kadar ciuman sayang dan antara yg diriba dg n yg didudukkan di sisi. Wallahualam....

Sumber: TUAN HAJI ABD GHANI HARON

17 comments:

  1. terima aksih a.kie atas ingatan, anak2 dijadikan sebaik-baiknya oleh Allah swt tuk kita. Kita yg mencorakkannya.... baik atau pandai itu dah tetapan Allah, tiada apa yg nak dibezakan sebab Allah itu Maha Adil, dan kita juga harus adil dan terima ketentuanNya...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Abam kie. #Deep tanpa sedar layanan kita terhadap anak-anak sekarang bakal patah balik kelak bila kita tua nanti

    ReplyDelete
  3. Saya sokong statement ni!!! ^^ hahah! ^^

    ReplyDelete
  4. teringat la pulak saya dengan anak-anak yang sudah jauh dari sisi

    ReplyDelete
  5. betul tu abam kie..kena rendahkan ego kita demi anak-anak..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas ingatan abam Kie.. Insha Allah, semoga kita semua dapat berlaku adil pada anak-anak..

    ReplyDelete
  7. terima kasih abam kie pengkongsian ni

    ReplyDelete
  8. Kena adil.. kadang mungkin susah tapi itulah yang sepatutnya ibu bapa buat.. Semoga dipermudahkan urusan semua ibu bapa.. semoga tak lupa amanah Allah

    ReplyDelete
  9. How true. Tq Abam atas sharing

    ReplyDelete
  10. setuju sgt... mereka kan dilahir dr perut yg sama, ibu ayah yg sama... jd mengapa perlu ada diskrimanasi antara mereka? jujur ckp, sy sbnr nya ckp pantang kalau ada yg suka banding2 kan org ni... bla ckp seolah2 mcm tak ada iman... igt takdir/rezeki seseorg tu boleh dpt kt pasar mlm ke?

    ReplyDelete
  11. nice sharing
    assalamualaikum
    salam kenal
    done follow

    http://hidayuayumie.blogspot.com/

    ReplyDelete