Pada satu pagi saya ada mendengar IKIM FM. Pada hari tu Ustaz Pahrol Mat Juoi mengupas tentang isu lalai. Mula-mula Ustaz berkongsi tentang tanda-tanda lalai. Antaranya:

1. Kurang membaca Al-Quran.
2. Kurang berzikir.
3. Lalai dalam solat, kurang ingat kepada Allah, tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat dan kurang solat jemaah
4. Banyak membuang masa untuk hiburan, sukan dan di meja makan serta menonton televisyen.
5. Kurang atau malas berdoa.  Kalau berdoa pun, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6. Sentiasa sibuk dengan urusan dunia dan mudah merasa stress.
7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.
8. Tak berhati-hati dengan perkara yang syubhah dan haram.
9. Bertangguh untuk bertaubat.
10. Malu untuk belajar agama.
11. Bangun fikir nak makan apa dan apa aku nak buat hari ini.

Ada juga Ustaz sebut jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat 'jarak' kita dengan Al Quran. 

Pesannya, beli Al Quran guna duit sendiri.  Pilih ikut citarasa kita.  Cakap dengan Al Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia. (nak baca) 

Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat lalai:

1. Kurang semangat nak beribadah dan tidak suka membaca Al Quran.
2. 'Bunuh' kebaikan yang kita buat; kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama.
3. Hilang fokus dalam hidup
4. Mudah lesu dan buntu, sentiasa rasa esok masih ada dan suka tangguh beribadah dan kerja soleh.

Selepas itu Ustaz menyatakan sebab-sebab lalai seperti:

1. Mengulang-ulang dosa kecil sampai jadi kelaziman.
2. Berkawan dengan orang-orang yang lalai.
3. Berada dalam persekitaran 'rosak' (Contoh: pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat dan buat maksiat) dan berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah
4. Tidak berzikir.
5. Terjerat dalam perancangan-perancangan licik musuh Islam. (Contoh: berlebihan dalam mendengar lagu, menonton filem dan rancangan sukan)

Akhir sekali, Ustaz memberikan cara-cara untuk atasi kelalaian tersebut seperti:

1. Cari sahabat yang baik dan soleh.
2. Hadiri majlis ilmu.
3. Bangun malam untuk solat tahajjud.
4. Banyakkkan zikir dan taubat.
5. Rajin baca quran.
6. Bersangka baik kepada org lain. 
7. Pemaaf
8. Mengingati mati.
9. Kurangkan makan
10. Amalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w
11. Sentiasa bersabar, bersyukur dan bertawakkal.

Kongsilah jika ia memberi manfaat...

11 Comments

  1. Sangat memberi manfaat...dalam pada kita rasa sudah cukup dekat..terkadang tindakkan kita sebenarnya menjauh...tapi tidak sedar..Allahu.

    ReplyDelete
  2. Allahurabbi.. semoga kita tak termasuk dlm klgn org yg lalai.. aaminnn..

    ReplyDelete
  3. syukran...mengingati mati membunuh kecintaan pada dunia..kena kuat mujahadah melawan nafsu..nk kurangkan menonton filem/drama..

    ReplyDelete
  4. Sentap bertubi-tubi!! T^T Semoga kita terhindar dari golongan orang2 yg lalai ^^

    ReplyDelete
  5. Abamkie ditag oleh ccl .
    Jom join http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2018/01/segmen-blogwalking-by-miss-kepeng.html

    ReplyDelete
  6. Takut juga yang nombor 1 mengulang dosa kecil sampai jadi kelaziman..

    Kadang kita duk anggap remeh perkara dosa ni.. Allahu.. terima kasih untuk perkongsian ini abam kie

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.