Rata-rata penduduk di Kelantan suka makan beras yang diimport dari Siam dan menolak beras tempatan. Kenapa orang Kelantan/ Pantai Timur suka makan beras Siam ni? Jom, abam kie nak ceritakan sebab-sebabnya.

1. Pertama sekali kerana ia peroi. Senang cerita, ianya masak sebutir-sebutir. Bukannya melekat-melekit macam beras tempatan tu. Kurang kanji sebab itu ia tak melekit bila masak. Jadi kalau nak buat nasi goreng memang sesuai sangatlah!  Cuma bila nak buat bubur nasi, beras siam ni tak sesuai kerana bila kurang kanji, ia tak melekit dan tak lembik, maka tak sedap jadi bubur nasi. Jelas kawan2?

2. Ia diusangkan. Maksud diusangkan ialah ia disimpan dalam tempoh yang tertentu bagi mencapai kualiti gred beras yang terbaik.

3. Ia tidak mudah patah dan sangat lasak.

4. Sesuai kepad pemggemar beras keras, bukan beras lembut/lembik.

5. Bila mahu tanak beras siam ni pun mudah kerana jika air sikit pun ia x mentah. Kalau air banyak pun ia x lembik sangat. Kalau beras tempatan terlebih bubuh air maka siaplah nak makan bubur nasi nanti!

Kalau balik kampung di Kelantan, para perantau akan memborong beras banyak2 sebab nak buat stok. Di luar Kelantan susah nak jumpa. Kalau ada pun mahal la. Biasanya di Kelantan ni, daerah Pasir Mas dan Rantau Panjang tu murah sangat harganya. Bila dah masuk ke Tanah Merah ni mahal la sikit. Contohnya harga sekampit beras 9kg cap arnab dan pisang tu RM30 aje. Manakala cap basikal dan mangga dengan timbangan 5kg tu harganya RM13. Biasanya abam kie beli 2 kampit terus. Baru RM26. Lagi jimat, kan?

Jadi kepada kawan2 yang berkunjung ke Kelantan, jangan lupa membeli beras siam ni untuk dijual kepada kawan2 di kejiranan dan pejabat anda pula. OK?