Assalamualaikum. Sekarang ni memang banyak syarikat penghantar cepat atau 'courier services' yang ada di negara kita. Dengan kepesatan perniagaan atas talian sekarang maka permintaan untuk perkhidmatan sebegini amat diperlukan oleh peniaga dan pembeli. Antara sykt penghantar cepat yang popular di negara kita ialah Poslaju, Gdex, Abx, Nationwide dan Citylink.

Sekitar 10 thn dulu abam kie suka menggunakan perkhidmatan courier selain drp Poslaju kerana servis mereka cepat dan tidak perlu beratur. Memang la mahal RM1 ke RM2 berbanding dengan Poslaju tapi abam kie x sanggup nak beratur lama di pejabat pos. Tambahan pula jikalau ada org hantar barang kepada kita, mat despatch biasanya akan call kita dulu bila dia boleh hantar barang tu ke rumah.

Tapi itu dulu la. Sejak Poslaju melantik ejen di Tanah Merah ni abam kie x perlu bersesak-sesak dan menjadi penunggu di pej pos lagi. Dekat outlet Poslaju ni sampai je, terus isi borang dan serahkan parcel kepada kerani. Mudah kan? Jadi perkhidmatan penghantaran cepat yang lain kurang mendapat sambutan di Kelantan skrg.

Baiklah, kita berbalik kepada luahan rasa dan kegeraman abam kie terhadap perkhidmatan CityLink di pekan Tanah Merah ni. Gini ceritanya.

Pada tengahari Khamis lepas abam kie tetiba mendapat call drp dispatch boy Citylink. Dia kata dia dah dtg ke umah abam kie utk antar brg. Dia tengok pintu pagar terbuka lalu dia masuk la. Pas tu dia nampak kereta dan motor abam kie ada di garaj. Lalu dia panggil. Tapi tiada jawapan. Manalah nak dengar sebab abam kie ada di dapur kat belakang tu!

Sebenarnya masa tu abam kie tgh memasak. Maklumlah kan cuti2 sekolah abam kie rajin sikit ke dapur. Mamat tu kata dah panggil tp abam kie x dengar apa2 pun! Lps tu dia balik ofis. Yg herannya boleh plak dia call abam kie sesampai di ofis dia! Nape x call masa sampai d umah abam kie td sdgkan hp abam kie memang ada dlm dlm poket tu? Alasan dia sykt x bagi elaun topup. Huh! Yang aku peliknya dia call aku tu guna no 011! Bukannya talian tetap! Boleh plak call abam kie dari ofis dia? Kenapa la x call masa dok di depan umah abam kie td?

Memang la abam kie cukup bengang kalau kena gi kutip parcel d ofis mrka sdgkan pengirim dah bayar servis supaya barang tu sampai ke pintu. Membazir masa dan tenaga abam kie aje. Bukannya abam kie x de d umah. Apalah sgt harga kredit 30 sen! Berkira betul. Ingatlah! Jika anda menolong orang, Allah akan datangkan manusia lain untuk membantu anda kelak.. .. Percayalah.

Tu je abam kie nak lepaskan geram hari ni!