Assalamualaikum. Pada 1 Disember 2017 bersamaan dengan hari Jumaat penghulu segala hari, anak kelima Abam Kie, Nur Imtinan 'Afiiyah telah menyambut hari lahirnya yang kedua, Kebetulan pula hari lahirnya kali ini serentak dengan sambutan Maulidurrasul. Jadi amat berkat dan bertuah la anak abam kie yg bongsu ni. Pada tahun lepas ulangtahun dia disambut di Tapah, Perak. Namun kali ini kita buat di Tanah Merah aja. 


Isteri abam kie yg bersungguh-sungguh nak sambut hari lahir Imtinan ni. Bagi abam kie cukuplah dengan membeli KFC dan makan di rumah. Jadi abam kie kena keluarkan belanja sikit. Ingatkan dia nak masak sejenis menu je. Tapi alih2 4 menu disediakan iaitu mihun sup, macaroni, mee goreng dan nasi goreng. Dia juga membuat sebiji kek coklat. Ingatkan kecik2 je majlis, rupa2nya besar gak!


Oleh kerana Imtinan belum pandai memotong kek, maka daddy la yang tolong potong. Jamuan ini cuma dihadiri oleh kaum keluarga terdekat dan rakan anak-anak yang tinggal di taman perumahan bersebelahan. Pada hari itu masih hujan tapi sekejap-sekejap saja. Alhamdulillah, majlis jamuan hari lahir ini berjalan dengan lancar. In Shaa Allah, semua anak abam kie akan dididik menjadi para solehah. Teringin gak nak dapatkan anak lelaki tapi usia pula dah lanjut. Tak larat nak mengasuh baby lagi. Bersyukurlah atas segala pemberianNya. Aamiin.

19 Comments

  1. anak muka daddy ya? heeee.. msti manja ngn daddy jelah nii.. epi besday imtinan.Moga jadi anak solehah dan membesar dengan bijak

    ReplyDelete
  2. SELAMAT HARI LAHIR ANAK SOLEHAH COMELNYA DIA

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lahir..imtinan..biasa la abe kie..ibu2 ni memg xkn ckup 1 ..ehehhe..dlm kepala mcm2

    ReplyDelete
  4. selamat hari lahir imtinan!!semoga jadi anak yang solehah dan sentiasa sihat selalu..

    ReplyDelete
  5. Selamat ulangtahun kelahiran Imtinan...alhamdulillah..moga puteri2 Cikgu AK menjadi saham dunia akhirat..amin..

    ReplyDelete
  6. wah meriah mjlis hari jadi imtinan. Happy belated bday Imtinan. 😊

    ReplyDelete
  7. Happy Belated Birthday Si Comel....

    ReplyDelete
  8. Sanah helwah Nur Imtinan 'Afiiyah semoga jadi anak solehah kebanggaan ibu ayah. Comel dia

    ReplyDelete
  9. semoga Imtinan membesar menjadi anak yang solehah, selalu happy dan sihat sentiasa. amin.

    ReplyDelete
  10. Happy belated day imtinan.. semoga menjadi anak yang soleh ya.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.