Assalamualaikum. Abam Kie selalu gak mengiklankan barang2 di mudah.my. Ada yang laku tapi ada gak yang x laku. Huhuhuhu. Begitulah adat meniaga, ada naik dan ada turun. Tak macam harga petrol tu! Asyik naik je, tak reti nak turun2! Arrrghhh!!!

Dengan menjual barangan terpakai di mudah.my ni dapatlah abam kie sedikit wang lebih. Tak banyak pun tapi boleh la buat belanja KFC kpd bini dan anak2. 

Tapi yang abam kie x suka ialah spammer yg berleluasa di mudah.my ini. Satu contoh perbuatan spammer ni ialah menghantar mesej di inbox mudah.my dengan harapan abam kie akan balas PM mereka tu. Tetapi mujurlah mudah.my dapat mengesan niat jahat dia lalu menyekat akaun spammer tu di mudah.my. Padan muka dia! 

Kadang2 spammer ni hantar mesej ke Wassap abam kie. Tapi jika nombor HP tu bukan bermula dgn +60 memang abe kie x layan terus!


Ada satu kes lagi lagi tak masuk akal! Gila tul bila mat salleh yang dok di Colorado, USA nak beli anak2 kucing abam kie. Hai! Macam dah tak ada anak2 kucing yg comel di USA tu ke? Dia x terfikir ke kos pengangkutan, kastam, pemeriksaan kesihatan dan sebagainya jika nak hantar anak2 kucing tu ke USA? Lainlah kalau nak eskport atau jual panda tu. Mahu berjuta2 kerajaan China untung bila pinjamkan 2 ekor panda ke Malaysia tempohari. Nampok benar menipunya! Kita bakor aje!

Bila difikirkan memang la jenayah spammer ni x akan abis. Jadi kita sebagai pengguna internet kenalah berhati2 agar tidak termasuk ke dalam perangkap mereka. Sekian. Terima kasih.