Friday, 3 November 2017

Bila perlu mula berniaga?


Halangan terbesar untuk seseorang berjaya dalam perniagaan adalah DIRI SENDIRI!

Contoh?

1. Saya malu nak promote
2. Saya tiada pengalaman
3. Saya ada anak kecik
4. Saya tiada masa
5. Saya belum bersedia
6. Saya Sibuk Banyak Kerja 

1. SAYA MALU NAK PROMOTE
Kalau kita malu nak promote, orang takkan tahu kita ni ada kedai. Lebih-lebih lagi jika kedai kita ni online. Kedai di alam maya, jika tidak diiklankan, takkan ada yang menjenguk. Betul tak?

2. SAYA TIADA PENGALAMAN
Semua orang bermula dari bawah. Bermula daripada tidak tahu apa-apa dan tidak pernah melakukan, tetapi sanggup belajar dan praktis supaya lebih pandai akan selok-belok perniagaan. Selagi kita belum bermula selagi tu kita takkan ada pengalaman. Selagi tu lah kita takkan berjaya.

3. SAYA ADA ANAK KECIK
Sebab kita ada anak kecik ni lah kita jadikan sebagai motivasi untuk terus berusaha sehingga berjaya. Sebab kita nak menyediakan dan memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita sepanjang dia membesar. 

Jika kita nak tunggu anak-anak dah besar baru kita nak berniaga maka dikhuatiri kita dah sangat tua pada masa tersebut dan dah kekurangan tenaga. Sementara masih bertenaga muda yang kuat ni, GO FOR IT!

4. SAYA TIADA MASA
Sesiapa pun boleh cakap dengan mudahnya 'Saya takde masa'. Pepatah Inggeris ada mengatakan, 'Where there's a will, there's a way' Kalau kita nak, kita akan dapatkan. Sesemput mana pun masa, kita akan gagahkan jugak. 

Berniaga online seperti trend sekarang ni, tak perlu guna tenaga dan masa untuk jaga kedai pun. Semuanya hanya di hujung jari anda. Selagi kita sempat bukak facebook, Instagram tu, sempat sangat nak promote. Itu sudah dikira sebagai satu usaha. Jangan lupa doa. In shaa Allah dimakbulkan

5. SAYA BELUM BERSEDIA
Bersedia ni sangat umum. Jika ni yang anda rasa satu halangan bagi anda, nyatakan apakah yang akan membuat anda bersedia. Cepat-cepat sampai ke garisan bersedia tu.

6. SAYA SIBUK BANYAK KERJA DI PEJABAT
Dan satu lagi sibuk la ngan kerja opis ni...Tapi masih ada masa utk comment fb.. Apa kata ubah comment fb dgn promote online business kan berbaloi?

Selagi Anda BerAlasan.. Anda Tetap Anda yang Suka BerAlasan.

Biarlah org nk kutuk kita buat bisnes partime daripada org kutuk kita meminta2 dan meminjam duit...
PEDULIKAN cakap2 org sbb bila kita susah bkn org nk tolong..

🚜🚜🚜🚜🚜💯✅🕋   ✅✅✅✅

13 comments:

  1. betul betul betul, zaman najib tak boleh malas2

    ReplyDelete
  2. mama teringin nak jadi peniaga berjaya tapi kena singkirkan dulu obstacle kat atas tu

    ReplyDelete
  3. eheheheeh.. ina setuju semua kat atas tu..Ina pernah jual MLM..satu ketika dahulu.Kebetulan masuk kedai nak makan, terus promote sekali kat tokey kedai..kebetulan reeki... tokey tu pon beli

    ReplyDelete
  4. Erm... Bgs ni abam kie. Skang satu kerja dh tak cukup

    ReplyDelete
  5. bagus sharing ni, sebab ni masalah yang selalu dihadapi..

    ReplyDelete
  6. Saya dah diajar berniaga seawal sek ren. Masa tu tolong ne ek saudara berniaga di medan selera. Seronok sgt. Takde apa nk di malukan.

    ReplyDelete
  7. rabia dulu pernah jadi dropship tapi sekejap je sebab kerja jd cikgu tadika.at least ada pengalaman jd ds

    ReplyDelete
  8. saya sekarang pun baru bertatih untuk berniaga. sebelum ni, semua persoalan di atas (kecuali anak kecil) ada dalam kotak minda saya.

    ReplyDelete
  9. bior lerr untung rm2 skalipun mek memang tetap berniaga. kadang bukan sebab nk sgt untng tp lebih kepada hobi. kalau ada benda nk niaga ni kita sentiasa intai peluang dan kena peka dengan sekeliling. untuk tajamkan kita punya pemikiran jugak

    ReplyDelete
  10. GV setuju cikgu Abam. Permulaan kejayaan adalah bermula dari diri kita sendiri. Good advice cikgu. :D

    ReplyDelete
  11. susah lah jikia ada ja alasan..macam ma Cg Abam..na nak maju kan

    ReplyDelete
  12. kalu dan banyok sangat alase gak, serumo bendo tak jjadi. Ambo pegang satu prinsip jah, kalu dah molek pada perkiraan, pejam mato..Jalan... Kalau banyok alasan, tak jjadi gawa.

    ReplyDelete

Thanks for your comment and please come again.