Wednesday, 29 November 2017

8 Rahsia Untuk Menghias Rumah Dengan Kos Yang Rendah


Memiliki rumah yang cantik dan bergaya adalah impian kebanyakan orang. Ada yang inginkan rumah bertema resort, klasik moden, minimalis dan macam-macam lagi. Namun, kos yang diperlukan untuk menghias rumah sentiasa menjadi faktor penghalang. Semestinya rumah yang lebih besar akan memerlukan lebih banyak modal untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian.

Pasti ramai pemilik rumah yang terfikir, adakah terdapat cara lain untuk menghias rumah tanpa mengeluarkan modal yang besar? Suka untuk saya kongsikan berita baik yang memang benar terdapat beberapa cara untuk menggayakan rumah tanpa merobek dompet anda. Malah, ada sesetengah langkah itu boleh dilakukan sendiri jika anda mempunyai peralatan yang lengkap. Jom baca apakah langkah-langkah yang saya maksudkan itu.

1. Cat dinding rumah

Dapatkan khidmat tukang cat untuk mengecat rumah anda dengan lapisan cat baru setiap tahun. Jika anda inginkan kesan yang lebih dramatik, gunakan teknik cat bertekstur pada bahagian feature wall.


Kondo di Sri Hartamas. Projek oleh Box Creative.

2. Tambah pokok hiasan

Letakkan pokok hiasan di ruang tamu untuk memberikan suasana yang lebih tenang di ruang itu. Selain menambah warna semulajadi pada hiasan dalaman, pokok hiasan juga membantu dalam meningkatkan kualiti udara rumah anda.

  Kondo di Cheras. Projek oleh Meridian Inspiration.

(Baca: 9 Surprising Bedroom Changes That Help Improve Sleep)

3. Letak karpet di ruang kosong

Jika lantai ruang yang hendak dihias nampak terlalu kosong, tambahkan karpet mengikut saiz yang sesuai. Tetapi, pastikan warna atau corak karpet baru itu sesuai dengan sofa, langsir dan keseluruhan tema ruang tersebut.

Kondo di Singapore. Projek oleh ZADC Studio.
4. Tukar susun atur bilik

Jika anda sudah merasa bosan dengan susunan perabot yang ada, beranikan diri untuk menukar susun atur dan mix-and-match perabot yang ada di sekitar rumah anda. Jika anda mempunyai bajet, menambah beberapa perabot kecil seperti bangku kecil atau bean bag berwarna ceria sudah memadai.

Rumah di Cyberjaya. Projek oleh Nice Style Interior Design.

5. Tambah ruang simpanan

Tambah kabinet gantung di dinding atau rak simpanan di tempat tersorok agar rumah anda lebih praktikal. Jika anda lebih menggemari tema minimalis dan kemas, tempah bingkai dan pintu kabinet dengan kombinasi warna asas seperti putih, kuning air atau kelabu seperti dalam gambar di bawah.

Kondo di Mont Kiara. Cadangan oleh Hatch Design.


6. Gantikan lampu

Jika sebelum ini anda menggunakan lampu kalimantang, gantikan dengan lampu bereka bentuk yang lebih menarik. Kini, lampu jenis LED, spotlight atau lampu gantung dengan terendak yang bercorak moden dijual dengan harga yang berpatutan. Dapatkan saja khidmat electrician untuk lakukan pemasangan lampu tersebut.

Kondo di Bangsar oleh MIL Design and Construction.

7. Gunakan kertas hiasan dinding

Kertas dinding datang dalam pelbagai jenis kualiti, saiz, corak dan tekstur. Jadi, jika anda tidak mempunyai bajet untuk memasang kertas dinding di semua dinding, pilih satu atau dua dinding sahaja untuk dijadikan feature wall.  
 
Banglo di Putrajaya. Projek oleh Senihomes.

8. Tambah cermin hiasan

Cermin besar berbingkai akan membuatkan sesebuah ruang kelihatan gah dan mewah. Sifatnya yang memantulkan cahaya juga akan memberikan ilusi ruang yang lebih luas dan lapang.
 
 Kondo di Taman OUG. Projek oleh Double Art Design Studio.

Selepas membaca perkongsian di atas, saya percaya pasti ramai pemilik rumah berasa tidak sabar untuk memulakan projek menghias rumah masing-masing, bukan?

Jika anda memerlukan khidmat interior designer, Recommend.my mempunyai lebih 900 interior designer daripada seluruh negara yang berdaftar dengannya. Kongsi maklumat ringkas tentang rumah idaman anda dan pihak Recommend.my akan menghubungkan anda dengan interior designer yang berpengalaman untuk menjadikan rumah idaman anda satu kenyataan. 

18 comments:

  1. Bags tipsnya abam.. tq for sharing

    ReplyDelete
  2. HIASAN RUMAH YG CNTIK SELESA DIAMI N LETAK MATA

    ReplyDelete
  3. suka konsep minimalis dan warna earth/natural...tak suka serabut2...tapi kdg2 polos tu boring jg..

    ReplyDelete
  4. semua contoh lawa-lawa!! bestnya dapat menghias rumah ni

    ReplyDelete
  5. No 2 tu menarik. terbaik tips Abam k ni.terima kasih jadi panduan

    ReplyDelete
  6. Menarik ni Abam Kie, bab cat tu penting untuk naikkan seri rumah... kalau salah pilih warna, memang sendu je dalam rumah...

    ReplyDelete
  7. kena beli rumah sendiri dulu nih...

    ReplyDelete
  8. Bagus tip ni abam kie.. Tapi kene standby duit yg banyak jugak ni sbb semua bende pun dah mahal sekarang.. pening kepala..

    ReplyDelete
  9. Tips yang sangat bagus Mr Abam Kie. :D

    ReplyDelete
  10. rasa nak letak wallpaper je dalam bilik ni

    ReplyDelete

Thanks for your comment and please come again.