Friday, 29 September 2017

Statistik Pelajar IPTA Mengikut Negeri


Assalamualaikum. Bila melihatkan statistik pelajar IPTA mengikut negeri yang terkini abam kie memang tak terkejut pun bila melihat negeri Kelantan mengungguli carta buat kesekian kalinya. Bukan nak berbangga ke apa, tapi sejak zaman abam kie belajar di UM pada awal tahun 90an dulu mahasiwa dan mahasiswi Kelantan ada di mana-mana. Di kafeteria, perpustakaan, dewan kuliah, padang, dataran, gelanggang sukan, Varsity Lake..... semuanya ada. Toleh kanan dengar orang kechek Kelate, toleh kiri pun ada hok kechek Kelate! Meme ramailah ore kelate masuk U!

Tentu kawan2 heran kenapa ore Kelate ramai masuk U? Mudah je...Pertama sekali sebab ramai orang Kelantan yang bertugas di Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan tu. Jadi mereka la tolong luluskan permohonan kemasukan bakal2 pelajar ke universiti awam ni. Kalau buke ore kelate tulo sesama ore negeri abih tu nak harap ko sapo lagi kea? Setuju kan?

Yang kedua sebab ore2 Kelate ni pandai2 belako. Jjurus pulak tu. Kalu yang alim dan gi surau dan masjid sokmo tu ore2 kelate la kalu kat universiti gak! Majoritinya ore kelate, pah tu kedah, pah tu ganu kalu hok jadi pemimpin2 persatuan Islam di universiti gak. Meme la result periksa awam SPM dan STPM di negeri Kelate molek sokmo. Dah kalu ramai buleh result comel maka ramai la hok buleh masuk U kan?

Yang ketiga tu sebabnya di kelate ni majoritinya ore Melayu yang berbangga dengan dialek ibundanya. Jadi kalu dok KL pun meme susah nak hile slang Kelate tu. Jadi kalu berkumpul set2 pelajar Melayu, kami yg datang dari Kelate ni lah yg lebih menonjol kerana ore lain buleh cam drp gaya percakapan kami. Rasanya dkt 92% penduduk di kelate ni keturunan Melayu. Oleh yg demikian populasi Melayu yang ramai dan menonjol di universiti awam mestilah ore kelate kea?

Gitulah hok abe kie nak royak hari ni. Bak kata Shaza peserta Clever Girl musim kedua...


Hok bijak, hok comel tu dari Kelate la!




21 comments:

  1. comey blako cik mek molek kelate... ore klate org balko di stp uni... kat oversea pun sama...

    ReplyDelete
  2. Betul tu, kadang siap ada club negeri kelantan lagi.

    ReplyDelete
  3. salute org pantai timur. terbaikk

    ReplyDelete
  4. Oghe pasir mas paling comey. Ambo oghe pasir mas abe kie. Haha

    ReplyDelete
  5. setuju gapo abam kie oyat tu ore kelate bilo kumpul gitu la..

    ReplyDelete
  6. hehe, betu tuuu.. dekat uni meme klate rama dooh ><

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah syukur...atas izin dan kehendakNya...rezeki tu..moga sesiapa pun,,dari negeri dan daerah mana juga,,memanfaatkan ilmu yang sementara dan pinjaman itu sebaik-baiknya...

    ReplyDelete
  8. Orang kelantan bukan sahaja bijak tetapi mesra juga.

    ReplyDelete
  9. maso saya belajar di matrikulasi kedah 2006 pun orang kelantan plg ramai situ, bilik2 kiri, kanan, depan semua ada org kelate !!!

    ReplyDelete
  10. Kelantan Dan Johor yg paling ramai ye. Syabass

    ReplyDelete
  11. bangga walaupun pun bukan orang kelate!haha..

    ReplyDelete
  12. Saya org pahang. Heee.. tp ramai kawan dr kltan sbb mber dri form 4 smpai degree. 😙

    ReplyDelete
  13. Wah johor tinggi jugak..hehe.. tp masa zaman ena blaja rmai dri kl n sabah plak.. kelantan xramai.. kelantan kelompok kecik jdi mmg dgn geng2 dorang jela.. tp xsombong pon..comel je dgr diorang cakap.

    ReplyDelete
  14. haha..orang kelantan ada di mana-mana. abang ipar saya kata, memang sifat mereka suka merantau tengok tempat orang.

    ReplyDelete

Thanks for your comment and please come again.