Assalamualaikum. Bila tengok banyak blog yang menggunakan template yang baharu dan cantik serta kemas membuatkan abam kie teringin memiliki template sedemikian rupa. Iyolah kan, dah 5 tahun abam kie tak tukar template asal blogger tu. Tak berani nak pasang template dari sumber2 luar sebab sukar diedit oleh blogger designer yang As You See Is What You Get tu! 

Pada mulanya abam kie ingin mengupah seorang template designer yg senegeri dengan abam kie. Dah siap bayar deposit pun. Tapi kerana ada masalah yang tidak dapat diselesaikan diantara kami maka MOU tu terlerai  juga. Fullstop.

Kemudian abam kie teringat kat blogger Mellya yang pernah hadiahkan blog header abam kie dahulu. Manalah tahu dia boleh tolong abam kie edit template kali ini. Terus abam kie PM dia. Dia kata boleh je nak tolong edit template abam kie tu. Cuma dia kata dia cuma boleh buat benda alah ini pada Sabtu dan Ahad je sebab pada hari2 lain dia sibuk dengan tugas hakiki. Lagipun dia cuma ambik 1 tugasan setiap hujung minggu sebab x nak terkejar2 dan bekerja di bawah tekanan.

Lalu abam kie mencari2 template yang bersesuaian untuk diguna buat 5 tahun akan datang. Cari punya cari akhirnya terjumpa dengan Vipi blogger template. Bila abam kie test di blog kedua memang nampak lawa...nampak lawa...dia pakai Vipi. Lepas tu abam kie invite Mellya untuk edit dan customize template tu secara terus di akaun blogger abam kie. Memang susah gak nak menepati citarasa abam kie. Banyak kali gak Mellya kena tukar itu dan ini sebelum abam kie berkenan dengan template baharu ni. Alhamdulillah, dalam masa 24 jam template baharu ini berjaya dimuatnaik ke blogger dan dilancarkan secara rasmi! Memang la sehingga kini ada lagi bahagian2 kecil yg perlu diubahsuai tapi tu cuma benda2 harus je. Secara dasarnya template ini sudah 95% siap!

Akhir kata sekiranya kawan2 nak customize template tu boleh la minta tolong dengan Mellya. Cuba kawtim dengan dia. Tapi yang pasti caj yg dia kenakan jauh lebih rendah daripada template designers yang lain di pasaran. Dah la murah, cantik dan kemas pulak tu hasil kerjanya. Untuk keterangan lanjut sila layari blog Mellya di http://mellyacrayola.blogspot.com


12 Comments

  1. Suka konsep baru Abam kie sekarang. Nampak lebih professional, kemas Dan bersih aje. Tahniah Abam kie

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH TEMPLATE BARU MENARIK

    ReplyDelete
  3. cantik template abam kie dengan preve hitam tu :D

    ReplyDelete
  4. Template berwajah baru haruslah semangat baru seiring dengan laungan.
    Merdeka! Merdeka! Merdeka!

    Oppsss!!! over

    ReplyDelete
  5. Bab 5 tahun akan datang tu yang tak tahan tu... setia betul lah abam kie....

    ReplyDelete
  6. Saya ambil tempahan edit blog pun inspired dari Mellya la,,, kreatif Mellya ni...

    ReplyDelete
  7. cantik template abam kie. warna pun sedap mata memandang.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.