Terbeli mesin basuh rosak di Sen Heng
Pada akhir Syaaban 1438H yang lalu kebetulan mesin basuh LG yg abam kie gunakan semenjak 2007 tetiba rosak maka penggantinya perlu dicari segera. Biar pun mesin basuh semi-auto ada dan boleh digunakan tetapi seboleh2nya kami nak guna yg auto gak. Hmmm... nak yg mudah aja kan? Mesin basuh LG ni kira lasak la jugak sebab mampu bertahan selama 10 tahun. Semasa banjir besar 2014 dulu pun ia masih mampu bertahan dari dihanyutkan arus. Kira hebat la tu. Tapi lama-kelamaan sudah tiba waktunya untuk mengucapkan selamat tinggal.
Lalu seminggu sebelum Ramadan abam kie berkunjung ke kedai Sen Heng Tanah Merah untuk meninjau harga mesin basuh yg mampu milik. Setibanya di sana abam kie tertarik dgn model Toshiba yg bermuatan 10kg. Harganya cuma RM1199 selepas rebat. Rebat sangatlah tu? Kot2 memang itulah harga asalnya. Biasalah taktik orang nak meniaga kan?
Abam Kie bayar menggunakan kad kredit Maybank secara ansuran tanpa faedah selama 12 bulan tapi kedai tu caj RM27 sebagai yuran prosesan. Huh! Nampak benar menipunya. Selang dua hari kemudian mesin basuh tu pun sampai la di rumah. Kali pertama abam kie guna OK je tapi apabila isteri menggunakannya mesin basuh ni buat hal plak! Ia berterusan memesin pakaian tanpa henti. Sekali tu sebelum iftar abam kie ON mesin tu tapi bila abam kie balik dari surau dalam jam 10 p.m mesin tu masih lagi berputar! Takkanlah sampai 2 jam 30 minit masih x selesai membasuh kot?
Keesokan harinya abam kie teruske kedai Sen Heng untuk membuat laporan atas kerosakan itu. Memang geram kan sebab 2X guna terus rosak! Rasanya skrin LED mesin tu yang bengong. Kalau abam kie x OFF suis memanglah sampai ke pagi ia bekerja! Geramnya.
Setelah berunding dengan staff di situ dia kata akan memaklumkan kat boss dia yg sedang bercuti di Korea sebab dia x boleh bagi keputusan sendiri. Huh! Tapi selang dua hari kemudian dia ada wassap n bagitahu yg boss dia akan gantikan mesin basuh bermasalah itu dengan yg baharu. Itulah yg sepatutnya. Esoknya mesin basuh baharu pun sampai. Pemandu tu siap buka kotak di depan abam kie bagi mengesahkan yg mesin tu memang belum diusik. Siap mereka pasang abam kie pun test la. Ahamdulillah. Mesin tu berfungsi dengan baik.
Jadi pesanan abam kie kpd kawan2 sekiranya ada masalah dgn barang yg dibeli dari kedai, sila buat aduan terus kpd peniaga tu. Jika mereka enggan melayan kawan2, terus je lapor kat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK). Orait? Hak pengguna perlu dipertahankan!
15 Comments
Allhamdulillah, Abam kie mujur dia ganti balik yg baru...
ReplyDeletenasib ganti semula
ReplyDeletenasib baik dapat ganti ye abam kie
ReplyDeletenasib baik...aduhaii..
ReplyDelete~ Kisahsidairy~
fuh alhamdulillah dia ganti yg baru ^^
ReplyDeletehttp://www.mohdnoorshawals.com/
Adeh..Dugaan tu..Mujur la nak ganti yg baru terus..Kalo offer nk repairkan aje? Lagi haru..huhu
ReplyDeleteAlahai kesiannya.. nasib dpt yg x ok. Kalau rosak kena cpt bgtau kdai supaya dia boleh tukar
ReplyDeleteAlhamdulillah mudah berurusan..sebab ada juga yang bila kita buat aduan mereka macam nak mengelak..tu yang kecewa dan sakit hati.
ReplyDeleteSelalunya seng heng akan ganti yg baru sebab nk jaga nama mereka.
ReplyDeleteTp skrg mesin basuh byk yg xtahan lah abam ki. Br 2 tahun pakai dah rosak. Padahal guna seminggu 2-3 kali je.
thanz kongsi info nih
ReplyDeletesyukur
ReplyDeleteAlhamdulillah mujur dpt gnti yg baru.
ReplyDeleteHa nasib baik.. Saya take note ni jenama LG. haha.
ReplyDeleteHonestly... barang letrik skrg susah nak jangka kualitinya walaupun harga mahal... ss pon ada masalah dgn aircond bebaru ni... sampai skrg hanging... mungkin nak report ke kpdnkk laa...
ReplyDeletePelanggan kena tahu hak sebagai pembeli kan supaya tak kena tipu...
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.